PART 4

66 3 0
                                    

TANAH PERKUBURAN ISLAM KLANG

Cahaya pagi mentari tanpa segan silu menjamah permukaan tanah perkuburan Islam Klang itu. Lalang-lalang tinggi dan tebal tumbuh meliar tidak ditebas, menjadi peneman setia setiap deretan pusara.

Namun di satu sudut, kelihatan satu batu nisan yang terletak cantik dan sekelilingnya yang bersih dan terjaga. Di atas tikar mengkuang di sebelah pusara itu, berteleku seorang lelaki yang lengkap berbaju melayu. Di tangannya kemas memegang senaskah surah yasin.

"Assalamulaikum Rara. Maafkan abang sebab dah lama tak datang. Harini abang pakai baju pemberian Rara. Abang tahu Rara suka tengok abang pakai baju ni.." bicaranya terhenti. Rasa sebak dan sayu mula menjalar di hati. Dicabut-cabut rumput halus di atas pusara untuk menghilangkan rasa pilu. Tiada satu pun yang terselamat dari gapaiannya.

"Abang nak Rara tahu yang abang tak pernah berhenti. Rara tahu kan, tak ada kes yang abang tak pernah selesaikan. Abang akan cari pembunuh Rara sampai ke lubang cacing! Itu janji abang." Nada suaranya berubah tegang. Dia cuba menahan amarah yang sedang bergelora hebat di dalam dada.

Namun, cepat-cepat dibuang rasa itu. Dia tahu arwah adiknya itu pasti sedih melihatnya begitu. Kerana itu dia harus kuat. Ditarik nafas sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan. Seketika kemudian, wajahnya kembali tenang.

Dia bangun. Diusap lembut batu nisan berwarna putih itu. "Rara tunggu abang ya. Nanti abang datang lagi." katanya seraya melipat tikar mengkuang lusuh itu dan berlalu pergi.

Tiba di dalam kereta, dia merenung panjang. Pandangan dikalihkan ke arah pusara tadi. Hatinya kesal tak bersudah. Kalaulah pada hari kejadian dia...

RINGGGG..

Bunyi panggilan masuk menyentak lamunan lelaki itu.

'V'

Tertera nama si pemanggil di skrin telefon. Panggilan yang sememangnya ditunggu-tunggu. Pantas dia menekan punat hijau.

"Hello." jawabnya ringkas.

"Inspektor Jimin?" tanya satu suara di hujung talian. Mungkin ingin memastikan bahawa dia sedang berbicara dengan orang yang dimaksudkan.

"Ya, saya bercakap."

"I got something. Meet me at the usual place. 2 P.M." talian segera dimatikan. Ringkas dan sulit pesanan itu. Maksud yang hanya difahami oleh mereka berdua.

Lalu dia menegakkan duduk. Stereng kereta digenggamnya kemas. Hatinya sedikit teruja. Mungkin maklumat kali ini bakal memberi petunjuk baru dalam kes yang dikendalikannya. Tanpa membuang masa, dia memecut laju meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.

PANTAI PIMPING, MEMBAKUT

"Wah! Makin cantiklah tempat ni. Aku ingat lagi dulu kita selalu mandi kat situ." Kata Lisa sambil tangannya menunjuk ke arah yang dimaksudkan. Senyuman di bibir tidak pernah lekang.

"Tu la kau. Lama sangat terperuk kat KL tu. Sekali sekala baliklah lawat kitorang kat sini." Rose menjuih bibir. Kononnya terasa hati. Tapi dia faham kekangan masa yang dihadapi Lisa. Baginya Lisa seorang yang rajin dan pandai berdikari.

Dengan pakej yang dimiliki, tidak hairanlah kini dia bergelar 'Instafamous'. Satu terma yang diberikan kepada artis Instagram oleh netizen. Dengan pengikut melebihi satu perpuluhan dua juta orang, rezeki Lisa tidak pernah putus dengan memberikan 'review' berbayar kepada syarikat- syarikat besar. Kerana itu jugalah, Lisa mampu membayar yuran pengajiannya tanpa mengharapkan pinjaman pendidikan.

"Alaa sorry lah. Lepas ni, aku akan cuba untuk balik sekerap mungkin. Okay?" pujuk Lisa.

"Okay." Rose menguntum senyum.

Mereka beriringan berjalan ke arah pondok-pondok rehat yang disediakan di tepi pantai. Sambil itu mereka berswafoto dan merakam video dengan berlatar- belakangkan suasana pantai untuk dimuatnaik ke dalam instagram milik Lisa. Baru beberapa saat gambar dikemas kini, sudah beribu 'like' dan komen yang diterima. Rose kagum berserta bangga.

Mereka akhirnya memilih pondok yang sedikit tercorok. "Tiada gangguan." katanya Lisa.

Bakul berisi snek dan makanan tengahari dikeluarkan satu persatu. Rose turut membawa sebotol air coca cola besar berisipadu 1.5ml. Dituang segelas dan dihulurkan kepada Lisa.

"Thanks." Huluran disambut. Diteguknya sedikit. Kemudian, dia meniru aksi model iklan coca cola yang menjadi trademark syarikat ternama itu.

Tergelak Rose dibuatnya. Lisa memang seorang yang suka melawak. Lisa sama yang dia kenal sejak dari kanak-kanak.

"Eh, tu bukan Kookie ke?" hampir tersedak Rose mendengarkan pertanyaan Lisa itu. Kalut dia membetulkan rambut.

"Kookie? Kau biar betul. Orang lain kut." Rose cuba berlagak selamba. Padahal hatinya sedang bersorak gembira. Bahagiakah dia? Apatah lagi setelah mendapat restu daripada Lisa sendiri.

"Eh betul la. Memang kookie. Kookie! Oi Kookie!" pekik Lisa tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.

Kookie yang sedang mengambil angin di pesisir pantai perasan namanya dipanggil. Gagau dia mencari arah datangnya suara itu. Kemudian, dia melihat ada dua orang gadis sedang memandang ke arahnya dari salah satu pondok. Seorang daripadanya sedang melambai-lambai sambil memanggil namanya.

"Rose? Dia kat sini?" dia kenal benar akan gadis yang satu itu. Hatinya tiba-tiba berbunga. gadis pujaan kini didepan mata. "Tapi siapa pula sebelah dia tu?" matanya sengaja disepetkan untuk memfokuskan penglihatan. Otaknya ligat memerah ingatan sambil dia berjalan mendekati mereka. Semakin dia mendekat semakin jelas wajah itu dipandangan.

"Lisa?" Serta merta air mukanya berubah. Kenangan suatu ketika dulu terlayar ditubir mata. "Apa dia buat kat sini?"

"Kookie! I miss you!" tanpa disangka Lisa meluru lalu memeluk Jungkook. Satu tindakan spontan yang membuatkan Jungkook mahupun Rose terpaku. Sepanjang persahabatan mereka, tidak pernah ada di antara mereka yang melampaui batas pergaulan.

"Mungkin itu budaya orang-orang bandar yang terlalu kebaratan." Fikir Rose. Dia tidak mahu bersangka buruk terhadap Lisa. Tapi dia tidak nafikan bahawa dia sedikit cemburu.

Melihatkan pelukan yang tidak berbalas, Lisa meregangkan dakapan. Jungkook kekok. Sudah bertahun dia tidak berjumpa dengan Lisa sejak cinta gadis itu ditolaknya mentah. Dia menoleh ke arah Rose. Ingin melihat reaksi 'kesayangannya' itu. Dia takut Rose tersalah anggap.

"Ish korang ni. Awkward betul la macam ni." Lisa bercekak pinggang. Rimas dengan keadaan yang tiba-tiba berubah janggal. "Tak boleh ke kita jadi macam dulu? Dulu kita rapat sangat. Dah macam belangkas. Aku rindu semua tu." rayu Lisa. Rose pula seperti mati kata. Dia tersekat di antara rasa sayangnya pada Jungkook dan setiakawannya pada Lisa.

"Err.. ss..sory. Aku.. aku cuma terkejut nampak kau kat sini. Aku tak tahu pun kau dah balik. Bila sampai?"

Jungkook tahu Rose serba salah. Kasihan dia melihat wajah comel itu berubah kelat. Kalau Rose yang memeluknya tadi, tentu saja dia tidak teragak-agak untuk membalas pelukan itu. Bibirnya tersenyum nakal. Tapi cepat-cepat dia menyembunyikannya.

"Jumaat lepas. Aku stay rumah Rose."

"Oh yeke. Rose tak bagitahu aku pun. Kalau tak, boleh ajak lepak sekali." Entah iya ataupun tidak, Jungkook sekadar bermanis kata. Kalau boleh, dia sendiri tidak mahu bersemuka dengan bekas sahabat baiknya itu.

"Rose malu dengan kau lah. Dia kan su.." belum sempat Lisa menghabiskan ayat, mulutnya ditekup pantas oleh Rose. Rose memberi isyarat agar Lisa tidak terlepas cakap. Merah padam muka Rose. Langsung tidak berani memandang wajah Jungkook. Dia malu! Lisa pula terus-terusan mengusik dengan berlagak seperti tidak mengerti maksud kata-kata Rose.

Tercuit hati Jungkook melihatkan babak itu. Mereka bertiga juga seperti itu pada suatu masa yang dulu. Tapi Jungkook pelik, "Memang macam ni ke rupa dia sebelum ni?" dia tertanya sendiri. Diperhatikannya wajah Lisa. Cuba membayangkan kembali wajah-wajah itu sepanjang perkenalan mereka. Namun bayangan itu terlihat kabur. Mungkin perasaannya sahaja barangkali.

JANJI TERIKAT MATIWhere stories live. Discover now