PART 3

79 4 0
                                    

Aroma masakan memenuhi ruang dapur. Nasi goreng belacan berlaukkan telur mata dan nescafe panas menjadi menu pilihan mereka pagi itu.

"Wahhh sedapnya bau. Pandai kau masak. Ini macam!" Lisa menunjukkan isyarat 'thumbs up' menandakan dia memuji masakan Rose.

"Alaa masak biasa-biasa je." Rose tersipu malu sambil menyudu nasi goreng ke dalam pinggan Lisa.

Lisa memulakan suapan pertama. "Mmmmm.. sedapnyaaa.. lama tak makan nasi goreng belacan ni." mimik mukanya jelas menunjukkan betapa dia menikmati makanan itu.

"Memang aku masak special untuk kau tau. Sebab aku tau tu favorite kau."

"Thank you Rose.." Lisa meneruskan suapan. Berselera sekali.

"Oh ya, subuh tadi kau ada terbangun ke?" Rose cuba mengungkit kejadian subuh tadi. Dia masih tidak berpuas hati.

"Hmm? Subuh tadi? Takde pun. Aku tidur mati kut." jawab Lisa sambil tertawa malu. "Kenapa?" giliran dia pula bertanya.

"Oh..yeke. So kau tak dengar la apa-apa bunyi subuh tadi kan?"

"Bunyi apa?"

Melihatkan riak muka Lisa, Rose cepat-cepat mengubah topik. "Takde pape. So, pagi ni kita nak kemana?" tidak elok rasanya dia memeningkan kepala Lisa dengan masalahnya. Lagipula, Lisa itu tetamunya.

"Apa kata kita pergi picnic kat pantai? Dulu hujung minggu je kita mesti lepak situ. Rindunya..."

Nasib baik Lisa tidak memanjangkan isu itu. Lalu laju sahaja Rose bersetuju. "Okay. Kalau macam tu dalam jam 11.00 pagi kita gerak."

"Hooray!"

Seraya itu mereka tertawa. Banyak kenangan manis yang mereka cipta bersama. Dia dan Lisa ibarat isi dan kuku, jika terpisah, maka sakitlah terasa. Begitulah rasa sayangnya Rose terhadap Lisa.

Namun, jauh disudut ingatannya, seperti ada satu cebisan memori yang hilang. Mungkin lebih kepada memori yang samar. semakin dia cuba untuk mengingatinya, semakin jauh ia menghilang. Apa sebenarnya yang cuba dicari? Kenapa dia rasakan memori itu sesuatu yang sangat dekat dihatinya dan tidak asing baginya.

'LET'S KILL THIS LOVE. RAM PAM PAM PAM PAM PA.'

Bunyi deringan telefon mematikan lamunan Rose. Die melirik ke arah nama pemanggil.

JUNGKOOK.

Talian segera dimatikan.

"Siapa tu?" tanya Lisa kehairanan.

"Budak ofis. Mesti nak tanya pasal kerja. Malas layan." Rose berbohong.

"Oh."

TING. Mesej whatsap pula yang masuk.

Jungkook: Hi Rose. Busy ke? Jum lepak makan pagi ni. I miss you.

Mesej itu dipandang sekilas.

"Jungkook ke tu?" soalan daripada Lisa itu mengejutkan Rose. Dia gugup.

"Erm..err.."

"Alaa kau ni Rose. Aku okay la. Perkara tu dah bertahun berlalu. Aku tak pernah marahkan kau. Kalau kau dengan Kookie bersama, akulah orang pertama yang paling gembira." Lisa menggunakan nama samaran Jungkook. Terdengar sungguh ikhlas butir bicaranya itu. Benarkah dia tak kisah? Adakah dia sudah tiada hati pada Jungkook?

"Aku takda pape la dengan dia. Kitorang kawan je. Dia selalu juga contact aku ajak lepak. Tapi aku malaslah." Rose cuba menafikan.

Namun Lisa masih mahu menagih kepastian. Pandangannya dikalihkan ke arah Rose. "Kau takda hati kat dia ke?"

"Haa?" Rose gelisah. Nasi dipinggan dikuis-kuis dengan sudu. "Tak. Aku Cuma anggap dia sebagai kawan je."

"Yeke? Kalau macam tu aku ada 'can' la?" kali ini nada Lisa kedengaran serius.

Wajah Rose berubah serta merta. Macam ayam berak kapur pun ada. Tersembur gelak tawa Lisa. Geli hatinya melihat reaksi wajah Rose yang kalut.

"Aku gurau jela. Takyah la buat muka camtu." Lisa menyambung tawa.

"Kau ni. Suka usik aku." Rose mencebik. Buat-buat merajuk.

"Kau tu. Sampai sekarang tak pandai menipu. Aku taknak la kau berbohong semata-mata nak jaga hati aku. Kita dah dewasa la. Dah boleh fikir secara matang. Kalau kau suka kat Kookie, terima la dia. Aku tahu dia tak pernah berhenti sayang kat kau."

Rose menghela nafas panjang. Terasa seperti baru sahaja terlepas satu beban yang amat berat. Walaupun sebenarnya dia berasa serba salah. "Thanks Lisa. Aku.."

"Dah. Aku nak mandi. Pastu kita packing la barang tuk picnic. Okay?" Lisa memberikan senyuman yang lebar. Seakan memberi restu. Hati Rose berbunga gembira. Sudah lama dia memendam rasa.

Terimbas kembali kenangan semasa mereka berada di tingkatan dua. Ada seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah mereka. Jungkook namanya. Wajahnya polos dan kacak. Badannya juga tinggi lampai dan kulitnya putih melepak. Maka tidak hairanlah dia menjadi rebutan para gadis disitu. Di mana-mana sahaja namanya disebut. Jungkook ini, Jungkook itu.

Dia akhirnya bersahabat baik dengan Rose dan Lisa. Boleh dikatakan mereka ibarat 'three stooges'. Kemana sahaja bersama.

Dua tahun perkenalan mereka, Lisa meluahkan perasaannya terhadap Jungkook. Namun cintanya ditolak kerana Jungkook menaruh hati kepada Rose. Sejak dari itu, layanan Lisa terhadap Rose menjadi dingin. Mereka sering bergaduh disebabkan perkara-perkara yang remeh.

Setelah mengetahui hal yang sebenar daripada Jungkook, Rose cuba untuk memujuk semula hati kawan baiknya yang sedang rawan itu. Dia mengatakan yang dia tidak mempunyai sedikit perasaan pun terhadap Jungkook. Untuk lebih meyakinkan Lisa, dia berjanji yang dia tidak akan menerima Jungkook sekiranya lelaki itu meluahkan perasaan terhadapnya.

Dek kerana itu, barulah hati Lisa terpujuk dan mereka kembali rapat seperti sebelumnya. Tidak mungkin mereka sanggup memutuskan persahabatan yang sudah lama terjalin hanya kerana seorang lelaki. Bermula saat itu, persahabatan mereka dengan Jungkook menjadi renggang dan Jungkook juga sudahpun berpindah ke sekolah lain.

Setelah tamat SPM, Jungkook cuba untuk menjalin semula persahabatannya dengan Rose. Dia mahu memikat hati gadis itu yang sudah lama menjadi pujaan hatinya. Dia tahu Rose juga mempunyai perasaan yang sama. Oleh kerana mahu menjaga hati kawan baiknya, Rose sanggup mengetepikan perasaan sendiri. Tapi sampai bila? Sungguhpun begitu, Jungkook tidak pernah berputus asa dan setia mencuba sehingga ke hari ini. Dia benar-benar ikhlas menyintai Rose.

Mungkin kali ini, mereka akhirnya boleh bersama.

JANJI TERIKAT MATIWhere stories live. Discover now