"APA pandang-pandang?"
Usik Dhiya, pura-pura marah tapi dalam hati melonjak suka. Sekurang-kurangnya dia dah berjaya buat mata Aidan tak berkedip memandang. Suka rupanya Aidan dengan fesyen rambut kepuk-kepuk ni. Dah beberapa hari, kerjanya asyik kerling-kerling Dhiya saja. Dah beberapa hari juga masuk bilik awal dari yang sepatutnya. Tak sia-sia usaha Najah yang beria-ia make over Dhiya.
Aidan sengih.
"Cantik!" komennya sepatah.
"Selama ni Dhiya tak cantik ke?"
"Eh cantik. Sebab Dhiya yang cantik luar dalam inilah yang buka hati I nak kahwin tau."
"Ya ke?"
"Ya la, I tak pernah bohong you kan, Dhiya sayang..."
Dhiya angguk. Benar. Aidan tak pernah tipu dia, dalam apa keadaan sekalipun
"Sebab tu Dhiya sayang sangat dengan you, Dan..."
Manja suara Dhiya. Sambil tu digesel-gesel tubuh ke sisi Aidan. Tangan pula buat-buat nakal tersentuh sana sini. Benda halal, tak dosa... Buat pi la apa pun, asalkan hati si suami dapat diraih sepenuhnya. Jarang-jarang dia bertindak dahulu dengan beraninya. Selalu tu, dia tunggu Aidan mulakan. La ni, dah tak boleh jadi perempuan jenis dulu yang malu-malu nak bertindak. Kena tukar stail. Kena agresif goda suami sendiri. Mungkin itu yang Aidan suka. Manalah tahu kan?
"You make me stunning, Dhiya..."
Kedengaran suara gatal Aidan merengek. Hati Dhiya dah kembang semangkuk. Mahunya tidak, ni baru permulaan. Baru gear satu, belum pergi gear tiga lagi. Ingat Dhiya tak hebat ke dalam hal ni? Cuma sebelum ni, dia terleka sikit. Yalah, sebab dimanjakan Aidan dalam segala hal. Dibiarkan saja Aidan mendominasi hubungan mereka suami isteri. Tanpa dia sedar kehendak Aidan sendiri. Apa yang sisi hati lelaki Aidan mahu.
Tangan Dhiya semakin menakal. Aidan dah tak boleh bertahan. Spontan dia berdiri dan mencempung tubuh Dhiya untuk dibawa masuk ke dalam bilik. Mana mahunya di ruang tamu, tak selesa. Dalam bilik lagi mengujakan.
"Hurm... Sedap bau perfume ni. Baru, eh?"
Dhiya angguk manja mengeyakan. Dua pasang mata bertemu. Dup dap, dup dap jantung masing-masing.
"Suka?"
"Yup... Nice," bisik Aidan dengan ton suara romantis.
Dhiya senyum senang. Bangga. Sekali lagi terima kasih diucapkan pada Najah. Kagum sungguh dengan pilihan Najah, semuanya menjadi dan disukai Aidan. Tak rugi belanja ribu-riban, beli macam-macam hari tu. Berbaloi kerana dapat pujian demi pujian dari encik suami.
Malam-malam, Dhiya dah tak pakai lagi stoking kartun pemberian Abang Dzikri. Semua tu disimpan baik-baik di dalam sebuah laci. Aidan tak pernah kompelin pasal stoking, tak bermakna dia suka. Tak boleh la Dhiya ikut selera sendiri saja. Entah-entah Aidan jemu pandang stoking warna-warni tu. Pemberian lelaki lain pula.
Betul la... Dalam hubungan suami isteri, sesekali perlu ada kejutan dan kelainan.
"ABANG..." panggil Dhiya.
Aidan menoleh pandang Dhiya. Semacam pandangannya. Bikin Dhiya jadi serba tak kena. Malu pun ada. Maklum, dia tak pernah panggil Aidan dengan panggilan 'abang'. Dia dah biasa bahasakan diri I you saja dengan Aidan. Dah sebati dengan lidah sejak berkawan lagi. Hari ini nak cubalah ubah. Kalau-kalau boleh buat sayang Aidan bertambah.
"Ulang lagi sekali, Dhiya... I kurang dengar."
"Abang nak Dhiya buat kopi ke teh?"
Aidan ketawa. Tapak tangannya spontan mendarat ke dahi Dhiya.
YOU ARE READING
Aku Pilih Bahagia
General FictionTajuk: Aku Pilih Bahagia Penulis: Umie Nadzimah Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-137-0 Halaman : 512 Harga: RM24.00 (Semenanjung) // RM27.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : Ogos 2019 Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. N...