Setulus Kasih Indah - Bab 1

87 2 2
                                    


Muhamad Hadif Rykal. Sebaris nama yang sangat megah tahap popularnya di universiti. Lelaki tinggi, berbadan sasa serta memiliki wajah kacak itu membuatkan pemilik nama Muhamad Hadif Rykal ini bagaikan manusia yang tidak mempunyai kekurangan langsung. Dirinya menjadi pujaan semua wanita di universiti dan ini menyebabkan kebanyakan pelajar lelaki di universiti itu berasa cemburu dengan kelebihan Muhamad Hadif Rykal bin Tan Sri Ismail. Suara emas yang dia miliki juga turut melengkapkan lagi pakej lelaki sempurna dalam dirinya. Tatkala dia menyanyi, semua wanita pasti tidak akan berkelip daripada memandangnya. Suaranya bagaikan buluh perindu yang bersenandung. Namun sikapnya yang sempurna itu menyebabkan ramai wanita patah hati apabila tidak dapat memilikinya.
Rykal berjalan masuk ke dalam universiti dengan langkah yang bergaya. Dia tersenyum lebar apabila dihampiri seorang gadis cantik yang seksi. Pipi wanita itu dicium lembut. Tindakannya itu menyebabkan ramai wanita di situ menjeling cemburu.





"Good morning, my girl. You look so beautiful today," ucap Rykal dengan nada romantis. Sarah tersenyum lebar. Nampaknya tidak sia-sia usaha kerasnya bangun seawal 6 pagi untuk berdandan supaya kelihatan cantik. "Thank you, hon..."
Rykal memimpin tangan Sarah menuju ke kafeteria universiti mereka. Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang di pintu utama kafeteria itu. Habis basah bajunya dengan jus oren yang dibawa oleh si gadis.
"Maaf. Saya betul-betul minta maaf." Gadis itu menundukkan badannya sambil meminta maaf. Dalam masa yang sama, si gadis mengelap baju Rykal menggunakan sapu tangan putih miliknya.
Rykal yang tergamam dengan situasi tersebut hanya membiarkan sahaja kerana otaknya sedang ligat memikirkan siapakah gerangan gadis cantik itu. Sarah di sebelah Rykal sudah terbakar dengan api cemburu. Dia bertindak memegang tangan gadis itu dengan kuat.
Indah mengaduh kesakitan. "Maaf. Saya tak sengaja." Dengan nada rendah dia bersuara. Dia tidak berani mengangkat mukanya kerana terlalu takut mendengar suara garang perempuan cantik itu.
Indah memandang lelaki kacak yang telah menjadi mangsa tumpahan jusnya tadi. "Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Biar saya gantikan baju encik nanti."
Sarah mengetap giginya. "Kau fikir baju boyfriend aku ini murah? Kau tahu tak baju yang dia pakai ini bersamaan dengan yuran pengajian kau selama dua tahun?" Rykal mencuit bahu Sarah. Dia malu apabila semua pelajar di kafeteria dan di kawasan berhampiran memandang adegan mereka ini.
"Sudahlah itu. Tak payah marah dia. Dia dah minta maaf. Lagipun I rasa mesti dia betul-betul tak sengaja tadi." Sarah menjeling gadis yang berada di hadapannya.
Dia rasa wajah itu tidak pernah dia lihat di kawasan universiti selama ini. Dia pelajar baru kut.
"Tapi dia dah kotorkan baju honey. Macam mana honey nak ke kelas nanti?"
"I ada baju spare dalam kereta. Nanti I pergi tukarlah. Sudahlah, malulah orang tengok kita." Sarah melepaskan tangan Indah yang sedari tadi digenggam kuat. "Lain kali kalau kau lakukan perkara yang sama, jangan harap aku akan lepaskan kau. Sudahlah, kau boleh pergi dari sini."
Indah menunduk sekali lagi sebelum berjalan pergi. Dia hanya menunduk sahaja sepanjang berjalan ke dewan kuliah dek dihambat perasaan malu. Entah kenapalah harinya malang sangat. Sudahlah ini hari pertama dia mendaftar masuk ke universiti ini. Macam-macam pula yang berlaku.

Indah tergamam apabila lelaki yang dilanggarnya pagi tadi datang mendekati dirinya. Dia segera mengemaskan buku-bukunya. Dia berpura-pura menjamah sandwic yang dibawanya dari rumah supaya lelaki itu tahu yang dia tidak mahu diganggu.
Rykal berjalan laju mendekati gadis yang menjadi persoalan kepadanya semenjak pagi tadi. Dia melemparkan flying kiss kepada sekumpulan gadis yang melambainya. Perempuan spesies itu memang senang nak dicairkan! Huh! getusnya dalam hati.
Rykal duduk di sebelah Indah yang sedang bersandar di bawah sepohon pokok rendang. Bajunya yang kotor dihulurkan kepada gadis misteri itu.
"Nah, awak mesti ganti balik baju saya ini."
Indah tersedak mendengar butir bicara lelaki kacak itu. Dia mengambil botol air yang dihulurkan oleh lelaki itu. Dadanya ditepuk-tepuk bagi menghilangkan rasa kurang selesa. Teragak-agak dia mengambil kemeja lelaki itu lalu dipegang erat.
"Saya boleh ganti tapi boleh tak awak berikan saya masa? Saya tak cukup duit nak gantikan baju awak yang mahal ini." Indah bertanya dengan takut. Rykal tergelak kecil. "Saya cuma nak awak basuhkan sahaja kemeja saya itu. Tak payahlah nak ganti dengan duit. Boleh tak?"
Indah tercengang.
"Betul ke ni? Awak tak nak saya ganti dengan duit?" Rykal mengangguk.
"Awak tolong basuhkan sahaja sampai bersih dan wangi."
Indah menghela nafas lega. Nampaknya, tidak perlulah dia mengeluarkan gajinya untuk membayar baju yang mahal itu. "Saya boleh basuhkan dan esok saya akan pulangkan pada awak." Dia melipat kemeja yang kotor itu lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Rykal menghulurkan tangannya.
"Nama saya Muhamad Hadif Rykal. Awak boleh panggil saya Rykal dan saya pelajar business management. Awak?"
Indah teragak-agak untuk menyambut. "Nama saya Indah Nur Sakinah. Awak panggil saya Indah sahajalah. Saya pelajar fakulti seni reka."
"Awak pelajar baru di sini ke? Saya tak pernah nampak muka awak langsung selama ini."
Indah menganggukkan kepala. "Saya baru mendaftar di sini hari ini. Ini hari pertama saya jejakkan kaki ke universiti."
Rykal menelan air liur melihat sandwic yang berada di dalam bekas makanan Indah. Perutnya berkeroncong minta diisi kerana pagi tadi dia tidak sempat bersarapan gara-gara adegan jus oren itu.
Indah yang perasan terus menghulurkan bekas makanannya. "Cubalah rasa sandwic yang saya buat. Ini sebagai tanda persahabatan kita."
"Persahabatan?" soal Rykal.
"Awak orang pertama yang bersapa dengan saya hari ini. Kenapa? Awak tak sudi jadi sahabat saya ke? Saya sedar yang saya ini tak setaraf dengan awak," soal Indah kembali bersama senyuman manis.
Rykal semakin tertarik untuk mengenali Indah. "Dapat berkawan dengan gadis secantik awak, siapa yang tak mahu."
Indah tergelak lalu bangun daripada duduknya. Dia perlu ke tempat kerjanya sebelum terlambat. "Saya tak secantik teman wanita awak. Rykal, saya kena pergi sekarang. Bye..."
Rykal turut bangun lantas mengejar langkah Indah.
"Saya tak ada teman wanita. I am sexy, free and single. Awak ada kelas ke sekarang?"
Indah melajukan langkahnya lagi. "Ada saya kisah awak ada teman wanita ke tidak? Saya nak pergi kerjalah."
Rykal berhenti mengejar. "Awak kerja?!" Suaranya yang tinggi menyebabkan langkah Indah terhenti.
Indah berpaling. "So what? Is it weird?" soal Indah kemudian berlari meninggalkan Rykal.
Sarah yang sedari tadi memerhatikan mereka berdua datang menghampiri Rykal. Dia memeluk lengan Rykal dengan manja. "You fikir apa tu?"
Rykal tersedar daripada lamunannya. "Eh! Bila you ada di sini?"

"I baru habis discussion dengan Prof. Hashim tadi. Kebetulan I nampak you dekat sini jadi I datanglah. Jom kita keluar nak tak?"
Rykal menggeleng. "Maaf. I tak ada mood nak keluar hari ini. Lagipun I dah janji dengan mummy yang I nak balik awal malam ini sebab hari ini birthday dia."
Sarah melepaskan tangan Rykal. "Esok you janji temankan I. I nak beli banyak barang untuk bercuti di Paris nanti."
Rykal hanya mendiamkan diri. Dia malas mahu berjanji dengan Sarah kerana gadis itu akan menuntut sehinggalah dia menunaikan janjinya. Sebenarnya, minggu ini dia sibuk sedikit kerana dia telah mendapat assignment baru.

INDAH DUDUK melepaskan keletihannya. Dia membuka plastik roti coklat lalu menjamahnya perlahan-lahan. Sambil itu tangannya ligat melakar sesuatu di dalam buku lakaran miliknya. Kemudian dia mengerling jam di dinding kafe tempatnya bekerja dan ternyata jarum jam sudah menganjak ke angka 10 malam. Hatinya serta-merta menjadi risau apabila teringat neneknya yang tua tinggal berseorangan di rumah.
"Isy! Apasal bos tak nak tutup kafe lagi ni?" Indah mengomel sendirian.
Secara kebetulan Amran iaitu pemilik kafe tempatnya bekerja masuk ke dapur. Dia mendekati meja yang diduduki oleh Indah lantas melihat buku lakaran gadis itu.
"Emmm... Awak memang berbakat dalam bidang fesyen." Amran memuji ikhlas.
Indah terkejut lantas dia terbangun. "Sorry! Encik Amran, saya lapar sangat. Sebab itu saya makan di sini sekejap." Amran hanya senyum menampakkan lesung pipitnya di kedua-dua belah pipi.
"Saya tak kisah pun awak nak makan sekarang sebab saya memang tak nampak langsung awak makan siang hari tadi. Lagipun dah tak ramai pelanggan. Jadi, tak banyak kerja sangat. Kalau awak nak balik sekarang pun tak apa."
Indah membesarkan mata. "Betul ke?"
"Ya. Pergilah balik rumah. Saya boleh tutup kafe ini nanti."
"Tapi saya tak selesalah kalau tinggalkan awak tutup kafe ini seorang diri. Saya ini pekerja, tapi boleh pula balik awal." Indah meluahkan kebimbangannya.
Amran menepuk bahu Indah. "Sepatutnya sekarang ini bukan waktu bekerja untuk awak. Jadi awak boleh balik sekarang. Saya akan tunggu pelanggan terakhir tu pulang. Selepas tu saya tutuplah kafe ini."
Indah senyum lalu menundukkan badannya. "Terima kasih, Encik Amran."
Indah segera menukar pakaian kerjanya kepada pakaian biasa sebelum dia berlari keluar dari kafe. Dia memandang sekeliling yang masih terang bercahaya walaupun semakin menginjak ke tengah malam. Dia membuat keputusan untuk menaiki bas kerana lebih jimat. Dia terpaksa berjalan ke hadapan kerana pondok menunggu bas terletak jauh sedikit daripada kafe itu. Indah berjalan perlahan sambil sesekali menarik-narik baju sejuk yang tersarung di badannya akibat ditiup angin Kuala Lumpur malam itu.
Tiba di depan sebuah butik pakaian, Indah berhenti berjalan. Dia berdiri tegak memandang pakaian yang dipamerkan. "Wah! Cantiknya. Entah bilalah aku punya rekaan boleh dipamerkan macam itu." Dia mengomel sendirian.
Rykal memeluk mummynya yang kelihatan masih anggun walaupun umur sudah mencecah 50 tahun. "Happy birthday, mummy." Puan Sri Maria mencium pipi satu-satunya anak yang
dia ada.
"Terima kasih, sayang..." Rykal memberikan sebuah kotak yang berbalut kemas kepada mummynya. "Ini hadiah untuk tahun ini. Saya harap mummy akan suka."
"Thank you so much." Puan Sri Maria tersenyum lebar.
Selepas itu Rykal ditinggalkan keseorangan oleh Puan Sri Maria. Dia yang bosan dengan majlis-majlis sebegini membawa diri ke taman bunga. Sambil meneguk jus buah, tangan kanannya ligat membalas mesej daripada Sarah. Rykal mengeluh kerana terpaksa memujuk Sarah yang merajuk dengannya.
Indah merengus kasar apabila melihat ada sepasang kasut but milik lelaki berada di hadapan pintu rumah. Dia segera menanggalkan kasut lalu masuk ke dalam rumah. Indah mengeluh apabila melihat keadaan rumah yang tunggang-langgang. Dia berlari ke bilik neneknya apabila mendengar jeritan.
"Abah!" Indah menjerit nyaring kepada bapa tirinya yang sedang cuba mengambil wang dari tangan neneknya. Dia menolak badan bapa tirinya sehingga terjatuh. Kemudian tubuh neneknya didakap erat.
"Aku nak duit! Beri aku duit!" Bapa tirinya menjerit meminta wang.
Indah segera mengeluarkan wang dari saku seluarnya lalu dilemparkan ke muka bapa tirinya itu. "Jangan datang ganggu kami lagi! Pergi mati, lelaki tak guna!" Indah menjerit nyaring.
Bapa tiri Indah tersenyum lalu mendekatinya. "Aku akan datang lagi nanti. Sediakan duit yang banyak untuk aku." Indah menangis teresak-esak apabila bapa tirinya telah pergi. Dia menangis di dalam pelukan neneknya. "Nenek... Jom kita pindah ke tempat lain."
Neneknya menggeleng. "Kita perlukan banyak duit untuk berpindah. Kita mana ada duit, sayang." Kepala Indah diusap lembut.
Indah menunduk memandang ke lantai. "Saya dah tak sanggup lagi nak berdepan dengan lelaki bangsat itu! Dia hadir dalam hidup kita hanya untuk menjadi bebanan. Ini semua salah mama."
Indah menangis lagi di dalam pelukan neneknya. "Tak baik cakap mama begitu. Mama tak bersalah dalam hal ini. Biarlah dia tenang di sana," ucap neneknya sambil mengelus rambut Indah.
Setelah keadaan tenang dan memastikan neneknya tidur, Indah duduk memeluk lutut di atas bangku yang terdapat di tingkat paling atas bangunan rumah pangsapurinya. Dia dapat melihat pemandangan bandar raya Kuala Lumpur di situ. Air mata yang tidak berhenti mengalir sedari tadi disapu perlahan. Dia mendongak memandang langit yang gelap-gelita tanpa sebarang bintang. Segelap itu jugalah hidupnya selama ini.
Dia kembali menangis teresak-esak apabila mengimbas kembali perjalanan hidupnya selama ini. Nasibnya malang kerana kehilangan papa pada usia 10 tahun akibat kemalangan yang menimpa papanya di tempat kerja. Selepas itu, tinggallah dirinya bersama mama dan nenek di rumah mereka. Dua tahun kemudian, ketika umurnya genap 12 tahun, mama telah berkahwin semula dengan seorang lelaki yang amat dia benci.
Dia dan nenek tidak pernah suka dengan kehadiran Hassan di rumah mereka kerana lelaki itu berkahwin dengan mama hanya untuk kesenangan hidup. Disebabkan lelaki itu jugalah rumah mereka tergadai gara-gara hutang Hassan. Oleh sebab itulah, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke pangsapuri ini. Apa yang paling dia benci adalah peristiwa yang terjadi sewaktu umurnya 17 tahun. Kesucian dirinya hampir diragut oleh bapa tirinya!
Bermula daripada peristiwa itu, barulah mama tersedar bahawa Hassan itu lelaki tak guna. Namun, umur mama juga tidak panjang apabila mama meninggal beberapa bulan setelah peristiwa itu kerana menghidap penyakit kanser hati. Semenjak itu, dia yang bertanggungjawab mencari rezeki. Dia tidak boleh mengharapkan nenek kerana nenek sudah tua dan sering sakit. Siang dia belajar di sekolah dan pada waktu malam dia bekerja separuh masa di kafe Amran. Nasib baik dia pandai membahagikan masa. Jadi, pelajarannya tidak pernah merosot.
Perkara itu berterusan sehinggalah kini. Dia dapat menuntut di universiti. Itupun dia dikira terlambat berbanding rakan-rakan lain yang sebaya dengan umurnya kerana dia mendaftar lewat setahun. Tahun lepas dia tidak dapat mendaftar kerana wangnya tidak cukup lagi.
Indah menghela nafas berat. Dia tidak tahu sama ada dirinya cukup kuat untuk menempuh hari esok yang menjanjikan cabaran untuknya. Namun selagi nenek ada, dia tetap tabah menghadapi hari esok. Jauh di sudut hati, dia mengharapkan akan tiba juga hari yang dapat memberikan kebahagiaan kepada dirinya dan nenek.

Subscribe to:

Setulus Kasih Indah - Sakura RiaWhere stories live. Discover now