Prolog

39 4 0
                                    

Suasana di dalam kelas 2 Nebula hingar-bingar kerana ketiadaan guru pada waktu pertama dan kedua. Para pelajar sibuk melakukan hal masing-masing. Ada yang sedang menyiapkan tugasan sekolah dan ada juga yang sedang berbual-bual dengan rakan sebelah.

       "Wei! Semalam siapa yang tengok cerita 'Bitter Dreams'? Ben Ladin hensem,doh!"jerit Isya dengan kuat. Maklumlah,kebelakangan nie cerita 'Bitter Dream' sangat popular di kalangan fans-fans drama Melayu ni. Entah apa yg best sangat (author tak tengok wahai readers-readers sekalian. Plz jangan kecam author). "Kan!! Ben Ladin hensem giler doh!"jerit Iyra dengan lantang. "Orang kat belakang tu,tolong senyap sikit,"kata Zayid selaku ketua kelas. Iyra hanya buat tidak tahu sahaja. Dia memang bengang dengan rakan sekelasnya yang selalu tidak puas hati tentang groupnya lebih-lebih lagi diri dia sendiri. Hampir semua pelajar perempuan di dalam kelas itu gilakan kuasa jadi mereka semua hanya buat tidak tahu sahaja.

        "Korang! Nak tau tak semalam Ar-Rasy pergi spotlight tau. Lepas tu banyak giler barang woof woof!"kata seorang lelaki yang tidak berapa lelaki itu kepada group GMA."Kau ni....Allah dh bagi kau jadi manusia still pilih nak jadi anjing. Sikit-sikit woof woof. Cuba la gong gong lak,"ceramah Myra panjang lebar. Siapa je yang tidak tahu kalo dia membebel? Dari perkara kecil boleh pula dia melalut sampai akhirat. Aduhhhhh!!!!!!

          Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu kelas mereka dengan kasar sekali membuatkan semua pelajar di dalam kelas itu terkejut. Orang itu masih mengetuk pintu walaupon Ayu sudah menyuruh dia untuk membuka pintu. Ye la,pintu kelas itu bukannya berkunci jadi kenapa tidak membukanya sahaja. Kebetulan Ar-Rasy yang berada berdekatan daun pintu itu pon membuka pintu itu tanpa rasa ragu-ragu. Sekujur tubuh yang dipenuhi dengan darah berdiri di hadapan dedaun pintu itu. Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut dengan susuk tubuh yang menggelikan itu terutama sekali Ar-Rasy kerana dia berada hanya 1 inci sahaja daripada susuk yang berdarah itu. Belum sempat Ar-Rasy hendak melarikan diri,susuk itu pon segera menerkam Ar-Rasy lalu menggigitnya dengan rakus sekali sehinggakan ada serpihan-serpihan daging milik Ar-Rasy berterabur di atas lantai kelas. Para pelajar amat jijik dalam masa yang sama takut dengan adegan tersebut. Tanpa membuang masa,semua pelajar di dalam kelas itu segara berlari keluar mengikut pintu belakang kelas sebelum mereka dijadikan mangsa seperti Ar-Rasy.

           Iyra dan Myra segera mengambil alatan masing-masing untuk mempertahankan diri mereka daripada makhluk pelik itu yang digelar 'ZOMBIE"

Zombie In The TownWhere stories live. Discover now