Angin malam yang sepoi-sepoi menjadikan suasana berasa begitu sejuk. Para pelajar yang terselamat sedang sibuk melakukan hal masing-masing. Ada yang tidur, ada yang menyanyi dan ada yang sedang berborak. Iyra,Daniel,Afiq,Danish dan Myra sedang berbincang tentang pelan mereka untuk keluar dari sekolah ini dan bergerak ke tempat perlindungan yang terletak di Tanjung Malim,Perak.
Flashback
Selesai mengambil makanan dan minuman,Afiq,Myra dan Danish bergerak ke perpustakaan sekolah untuk menggunakan perkhidmatan komputer untuk mencari maklumat tentang perkembangan terkini. 'KEM PERLINDUNGAN DI TANJUNG MALIM,PERAK SEDANG DI BUKA'. Website ini menarik perhatian mereka lalu membuka website tersebut. "Sesiapa survival yang masih selamat,sila datang ke pusat perlindungan di Tanjung Malim." Afiq membaca apa yang tertera di skrin komputer itu. "That's mean,kita kena pergi sana!"jerit Myra dengan kegirangan."Aku ada idea yang mungkin menjadi...maybe,"kata Iyra. Mereka hanya mengangguk dan membenarkan Iyra memberitahu cadangannya. "Apa kata kalau kita ambil kunci kereta cikgu and then kita pandu pergi Tanjung Malim,"cadang Iyra dengan nada yang bersungguh-sungguh. Dia amat berharap bahawa rakan-rakannya itu akan menerima cadangannya yang dianggap bernas. "Kau gila ker?! Macam mana kita nak bawak kereta? Lesen pon tak de apatah lagi nak bawak! Kau ingat kitorang pandai?"kata Daniel panjang lebar tidak bersetuju dengan cadangan Iyra yang dianggap gila itu. Iyra hanya mencebik dengan kata-kata Daniel. Itu hanya cadangan dia saja,tak perlulah marah-marah. "Tak salah kalau kita cuba kan?"tanya Afiq dengan nada yang sinis.
"WOOHOOOOOO!!!!! INI GILA GUYS!! HAHAHAHAHAHAH!!"jerit Iyra dengan kuat sekali. Mau tidaknya,Afiq membawa kereta seperti pemandu F1 yang handal. Danish yang berada di sebelah Afiq menanyakan "Bro,macam mana kau boleh pandai bawak kereta nie?" "Al maklumlah,abang aku suruh belajar bawak sebab takut ada emergency kat rumah,"katanya dengan riak yang belagak kalah Firaun. "BUMMM!!" Bunyi kereta terlanggar sesuatu jelas kedengaran menyebabkan Afiq segera memberhentikan kereta Beza biru itu. Mereka semua segera keluar dari isi perut kereta untuk memeriksa keadaan di luar. Alangkah terkejutnya apabila mereka ternampak seekor zombie yang sedang terbaring sambil darah memancut-mancut keluar dari kepala zombie itu. "Eeeeeeee......kepala darah........geli....eeeee"kata Iyra dengan nada yang menjijikkan. Tiba-tiba mereka terdengar bunyi 'Wuarrgghhhhh' lalu memalingkan kepala mereka ke arah bunyi itu. Myra hanya tersengih kerana bunyi itu adalah bunyi notification telefonnya. "Hehehe...sorry😅 ada orang mesej aku." "Buat syeram je tau kau nie,"kata Danish dengan bengang. "Arghhhhh!! Tolonggggg!!!!" Mereka semua terdengar satu jeritan yang semakin lama semakin kuat. Ternampak seorang wanita sedang berlari menuju ke arah mereka.
"Korang,siapa tu?"tanya Isya. "Ko fikir kitorang tau?"kata Iyra sedikit menyampah dengan soalan bodoh yang baru di tanya sebentar tadi. "Dik!! Tolong akak,please!! Suami akak dengan anak akak dah kena kepung dek zombie!! Please tolong akak! Akak merayu!"kata wanita itu sambil menangis di hadapan mereka. "Sorry,akak. Kitorang tak boleh tolong. Kitorang nak kena pergi tempat perlindungan,"ujar Ana tanpa belas kasihan. Dasar selfish punya tino. Akak itu segera menangis selepas mendengar kata-kata Ana itu. Ya Allah,tolonglah hambamu ini. Sesungguhnya engkau yang maha esa. "Afiq! Ko bawak pompuan nie pergi tempat perlindungan dulu! Biar aku tolong akak nie!"kata Daniel. "Daniel! Bahaya lah! Ko boleh mati tau tak?!"jerit Myra. "Biar aku mati dengan kebaikan....jangan aku mati dengan hanya pentingkan diri sendiri,"ujar Daniel yang menyebabkan sekumpulan budak perempuan itu tersentap. Afiq segera menghidupkan enjin kereta Beza itu dan menyuruh budak-budak perempuan masuk ke dalam. "Afiq! Aku ikut Daniel!"jerit Iyra dan Danish. Maklumlah,kembar yang tidak dapat dipisahkan. Daniel hanya mengukirkan senyuman nipis lalu berkata "Afiq,aku perintah kau untuk jaga diorang elok-elok sehingga aku,Danish dengan Iyra sampai kat Tanjung Malim,"kata Daniel sedikit tegas. Afiq membuat gaya tabik spring lalu menggerakkan kereta yang di pinjam sebentar. 'Kau jada diri elok-elok' kata Daniel di dalam hati.
Daniel,Danish dan Iyra view
Sesampai di sebuah bangunan yang usang, Akak yang mereka bertiga temui tadi meng'lead' gerak langkah mereka. Usai sampai de depan pintu yang tertera no '123' segera dibuka. Terlihat seorang jejaka yang sedang memegang kayu besbol berpaku dalam lingkungan 30-an dan juga seorang budak lelaki kecil yang sedang menyorok di bawah sofa. "Abang...bebudak nie datang nak selamatkan kita,"ujar akak itu lembut. "Sofea...jangan percaya sangat diorang! Nanti diorang akan tinggalkan kita jadi mangsa! Semua manusia sama! Pentingkan diri!"jerit jejaka itu dengan bengis lalu menarik lengan isterinya, Sofea untuk jauhkan diri daripada mereka bertiga. "Abang! Sofea yakin yang diorang bukan macam tu,"pujuknya lagi sambil menangis teresak-esak. Mereka bertiga hanya melihat drama suami isteri itu. "Pak cik...kami janji kami akan selamatkan pakcik,makcik dan juga anak pakcik,"kini Danish cuba memujuk jejaka itu. "Kitorang tak perlukan korang! Korang hanya membebankan kitorang! Sofea! Halau bebudak ni keluar!"jerit jejaka itu lagi. Sofea hanya melihat suaminya itu dengan perasaan marah. Tidak bolehkah suaminya itu mengikut kehendaknya? Orang sudah mau tolong,masih berdegil lagi. Apa nak jadi dengan suaminya itu?"Tak pe,pakcik. Kami berniat nak tolong pakcik dengan keluarga pakcik untuk terus hidup tapi pakcik tolak peluang keemasan ni. Kami sanggup suruh kawan kami pergi ke pusat dahulu semata-mata hendak tolong. Heh...tapi ini yang kami dapat. Pakcik jangan ingat dengan sikap pakcik ini,pakcik akan terus hidup,"ujar Daniel geram dengan sikap pakcik yang tidak kenang budi itu."Jom korang kita gerak sekarang sebelum matahari terbenam,"ajak Iyra yang malas hendak berada di situ. "Wuargghhhhhh!" Mereka semua terdengar bunyi yang menggerunkan itu lalu segera bersiap sedia dengan senjata di tangan. Pintu kini terbuka dengan luas akibat zombie-zombie yang menolak dedaun pintu dengan kuat. Segerombolan zombie memasuki ke dalam rumah itu hendak menerkam mereka semua. Iyra segera memukul kepala zombie-zombie itu dengan sekuat hati. Begitu juga dengan Daniel dan Danish. Jejaka tadi dan juga Sofea segera menolong mereka yang tidak cukup tangan itu.
Zombie semakin ramai memasuki rumah itu. Mereka semua sudah tidak cukup tangan dan kehabisan tenaga untuk berlawan. "Pangggg!!!!" Bunyi tembakan kedengaran di luar rumah itu. Satu persatu zombie ditembak sehingga kesemuanya pun mati. Senang buat cite. Tembak dah mati. Inilah melayu! HOHOHOHO!!!!!!! Alangkah terkejutnya mereka melihat susuk tubuh yang tegak berdiri di hadapan mereka.
Convenience store
"Ambil semua makanan yang ada! Takut tak cukup! Perjalanan kita masih jauh,"ujar perempuan itu sambil tangannya pantas mencapai makanan yang berada di hadapannya. Makanan itu diletakkan di dalam sebuah beg sandang. "Aku tak nak makan makanan haram nie!"ujar jejaka itu. "Encik Firdaus,tolonglah bekerjasama dengan kitorang kali nie,"pujuk perempuan itu dengan tenang. "Hei, budak! Mak bapak aku tak pernah ajar aku mencuri! Kau tu hanya budak sekolah! Mak bapak kah tak ajar ke jangan mencuri?!"kata Encik Firdau itu dengan lantang. Hampir terdiam mereka semua. "Abang! Kenapa abang berperangai macam nie?! Sofea sedih dengan sikap abang!"marah Puan Sofea. "Bertenang kak,jangan macam ni,"pujuk Iyra."Encik Firdaus, memang betul mak bapak saya tak ajar. Diorang dah tak de sejak saya lahir lagi. Saya hanya duduk dengan nenek saya jer. Nenek saya dah tak larat lagi. Dia dah tenat dan saya hanya mampu dengan ketentuan Allah,"katanya sebak menahan air mata daripada terus mengalir. Kesedihan itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Encik Firdaus hanya menunduk malu dengan sikap dirinya yang suka bercakap lepas. "Pakcik minta maaf." "It's okay,pakcik. Asalkan pakcik tau dan mengaku kesalahan pakcik."
Kereta Myvi berwarna merah dihidupkan enjinnya lalu segera menyusur ke jalan raya menuju ke destinasi mereka, Tanjung Malim. Satu persatu saluran di tukar namun masih tidak menjumpai lagu yang diinginkan. "Yang kau cari saluran radio tu buat apa? Bukannya ada orang tolong manage kan radio tu. Semua dah kena gigit dengan zombie,"ujar Daniel. "Amboi mulut kau choi....mana tau orang tu hidup lagi,"Iyra menjeling tajam. Dasar mulut tak de insurans. Desis hati Iyra. "Myra..."kata Danish.
YOU ARE READING
Zombie In The Town
HorrorCerita ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 2 yang tidak berapa betul cuba meneruskan hidup mereka di tempat tinggal mereka yang telah terkena wabak zombie. Pelbagai cabaran yang mereka hadapi bersama, susah mahupun senang...