Iyra dan Myra segera mengambil alatan untuk mempertahankan diri mereka daripada makhluk itu yang dipanggil sebagai "ZOMBIE". Iyra mengambil penyapu manakala Myra mengambil penyodok. Mereka berdua segara berlari ke arah padang kerana mereka berfikir bahawa wabak zombie itu belum merebak ke satu sekolah. Apa yang mereka jangkakan itu jauh sekali berbeza,sekolah mereka tidak lagi selamat. Ini kerana berpuluh-puluh ekor zombie sedang berkeliaran di kawasan sekolah untuk mencari mangsa. Myra berasa takut namun,ditenangkan oleh Iyra. Sebaik sahaja Myra di dalam keadaan yang stabil, mereka berdua terus kembali ke blok pentadbiran di mana terletaknya kelas mereka. Iyra mengetuai perjalanan mereka sambil memegang senjata masing-masing. Alhamdulillah,tiada seekor pon zombie di kawasan sekitar situ. Mereka berdua terus berlari ke dalam kelas mereka lalu mengunci kedua-dua pintu serta menutup langsir.
Kesan-kesan darah itu tidak dihiraukan oleh mereka berdua. Mereka sekarang sedang berada dalam keadaan panik. Apakah yang telah berlaku sebenarnya? Mereka keliru. "Myra! Apa dah jadi ni sebenarnya? Kenapa ada zombie?"tanya Iyra sayu. "Aku pon tak tahu wei! Aku....aku....aku takut doh,"ujar Myra hampir mengalirkan air matanya yang jernih itu. "Dah! Dah! Jangan risau...kita akan okay! Sekarang ni jom kita keluar dari kelas ni and then,kita cari orang yang terselamat. Maybe kalau ramai orang,kita rasa lebih selamat?"pujuk Iyra. Myra hanya mengangguk dan jiwanya kembali bersemangat.
Myra membuka daun pintu kelas mereka dengan perlahan lalu mininjau-ninjau kawasan mereka. Takut-takut zombie itu berkerumun di situ. Myra segera masuk ke dalam kelas semula lalu menutup pintu. "Wei! De banyak zombie kat area bilik kaunseling. So,macam mana nie?"tanya Myra untuk meminta kepastian daripada Iyra."Kita still keluar tapi senyap-senyap. Selalu aku tengok cerita zombie,diorang sensitif ngan bunyi,okay?" "Aku ikut jer. Tak kisah." Mereka berdua segara keluar dari kelas mereka dengan senyap tiba-tiba..."ACHHOOOMMMMMMM!!!!!!" Myra terbersin lalu membuatkan zombie-zmobie itu mengejar mereka. Mereka segara berlari masuk ke dalam pejabat yang nampaknya seperti kosong. Mereka berdua duduk di atas kerusi menunggu sambil mengambil nafas yang tadi hilang entah ke mana. Mereka terdengar bunyi orang menaip papan kekunci lalu mereka memalingkan arah mereka ke kiri. Ternampak sosok zombie kerani yang sedang menekan papan kekunci itu. Entah apa yang ditekan pon tak tau. Myra yang sedang bosan segera menanya zombie kerani itu "Cikgu tengah buat apa tu? Main y8 ker tengok byuntae imagines? Kalo tengok byuntae....eeee cikgu x senonoh." Iyra segera tergelak besar selepas melihat gelagat bodoh rakannya itu. "Kau ni...dah tau tu zombie lagi mau tanya!" Hanya ketawa kecil sahaja yang diberikan oleh Myra.
Bunyi pintu pejabat itu mahunya hendak runtuh akibat zombie-zombie yang menolak dedaun pintu itu. "Woi! Woi! Jangan buat vandalisme kat sini boleh tak? Tau tak mahal nak bayar balik!"amarah Iyra mula mencetus seperti gunung berapi. Semalam,dia baru sahaja belajar tentang vandalisme. Segerombolan zombie itu pon senyap selepas kena 'sound' dengan Iyra. "Kan senang macam ni!"sambungnya lagi. Sekumpulan zombie itu pon mula membuat bising kembali. "Ni salah ko la nie! Dah elok-elok diorang senyap pastu kau buat bising balik!" Kini giliran Myra untuk meletus. Hampir 30 minit mereka duduk di situ. Badan pon sudah sakit,oksigen juga makin berkurangan.
"Apa kata kalo kita biarkan pintu belakang tu bukak pastu nanti mestilah zombie tu akan ikut pintu belakang and then,time tu kita keluar ikut pintu depan. Amacam? Ok ke idok?"cadang Iyra. Myra hanya mengangguk laju dengan cadangan bernas yang diberikan oleh Iyra sebentar tadi. Iyra bergegas membuka pintu belakang mengikut pelannya tetapi malang tidak berbau. Zombie-zombie itu ada yang setia menunggu di hadapan pintu itu dan ada juga bergerak ke pintu belakang. Mereka buntu. Myra sudah berputus asa membiarkan dirinya menjadi mangsa seperti yang lain manakala Iyra sudah menyorok di bahagian bawah kerusi menunggu. Sebelum sempat Myra diterkam oleh zombie-zombie itu,ada 3 orang jejaka memukul kesemua zombie itu tanpa belas kasihan. "Yang kat sana tu,ok tak?"tanya lelaki itu bernama Daniel. Iyra segera keluar dari bawah kerusi itu membuatkan 3 orang lelaki itu terkejut. Mati-mati mereka ingatkan itu zombie,jadi mereka pon ingin memukul Iyra tetapi sempat dihalang oleh Myra.
YOU ARE READING
Zombie In The Town
HorrorCerita ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar perempuan tingkatan 2 yang tidak berapa betul cuba meneruskan hidup mereka di tempat tinggal mereka yang telah terkena wabak zombie. Pelbagai cabaran yang mereka hadapi bersama, susah mahupun senang...