Kelas Yunjie berjalan seperti biasa. Sekarang ni masa Math. Saem Jisung ajar diorang. Uwuuu
"Saem, izinkan saya pergi ke tandas." Yunjie mengangkat tangannya untuk meminta izin ke tandas.
Saem Jisung mengizinkan Yunjie untuk ke tandas. Ahyeon meneman Yunjie pergi bersamanya.
Eunhwa yang duduk di belakang Hangyul tersenyum sinis bila tempat duduk Ahyeon dan Yunjie sekarang ni kosong.
Dengan gerakan yang perlahan, Eunhwa merangkak menuju ke tempat duduk Yunjie.
Mulut Eunhwa macam tengah mengunyah sesuatu sebab dari tadi terkumat kamit mulut dia.
"Eunhwa, apa yang kau buat tu?" Tanya Hangyul tapi mata dia masih memandang saem Jisung yang masih sedang mengajar mereka.
"Shuushh...senyamlah Hangyul." Kata Eunhwa. Mulut Eunhwa yang dari tadi mengunyah tu mengeluarkan sesuatu.
Rupanya chewing gum yang dari tadi dia dok kunyah diletakkan di permukaan kerusi Yunjie.
"Eunhwa!" Jerit Hangyul dalam keadaan berbisik tapi masih boleh didengari Eunhwa.
Dengan perasaan yang tak bersalah, Eunhwa duduk semula di tempat duduknya yang berada di belakang Hangyul.
Hangyul sempat menjelingnya.
'Ish Eunhwa ni.' Bisik hati Hangyul. Hangyul pun mendekati tempat duduk Yunjie untuk menanggalkan chewing gum.
Tanpa Hangyul sedar, Yunjie dan Ahyeon telah berada di depan pintu kelas. Eunhwa plak gelak terkekek kekek di tempat duduknya.
"Yahh!! Apa kau buat tu ha?!" Tanya Yunjie dalam keadaan yang marah. Dia ingat, Hangyul yang letak chewing gum kat kerusi dia.
"Sa-saya cuma..." Tak sempat Hangyul nak bagitahu perkara sebenar, Yunjie menolak Hangyul ke belakang.
Yunjie duduk semula di kerusinya. Chewing gum tu plak, dia tutup menggunakan tisu.
Hangyul pun duduk di kerusinya semula dengan perasaan yang bersalah. Yunjie plak hanya memandang Hangyul dengan sebelah mata.
▪️▪️▪️
Balik sekolah...
Hujan turun dengan sangat lebat. Yunjie plak tak bawak payung terpaksa tunggu hujan reda.
Ahyeon dah balik. Ayah dia ambik. Ahyeon ada pelawa Yunjie balik sama sama tapi Yunjie menolak. Taknak susahkan Ahyeon lah katakan.
"Yunjie? tak balik lagi?" Ttibe seseorang menegur Yunjie. Rupanya dia ialah Hangyul.
Yunjie mengelat dari memandang Hangyul. Hangyul menunduk. Dia tahu kenapa Yunjie jadi macam tu.
"Yunjie, tadi saya cuma nak tanggalkan chewing gum yang Eunhwa letak. Hari ni merupakan hari pertama saya jejak kaki kat sekolah. Saya tak pernah pergi ke sekolah sebelum ni dan saya nak kawan dengan semua orang. Saya harap awak faham." Jelas Hangyul dengan panjang lebar.
Yunjie memandang Hangyul dengan sayu. Dia agak kesian dengan Hangyul sekarang ni.
"Saya harap, kita masih boleh berkawan." Sambung Hangyul. Dia menghulurkan payungnya pada Yunjie.
Alang alang, pemandu kereta ayahnya jugak dah sampai.
Yunjie mencapai payung tu dengan keadaan teragak agak. Payung tu pun bertukar tangan.
Semasa Yunjie fokus memandang Hangyul, payung yang dipegangnya ttibe tertutup mengakibatkan Hangyul dan Yunjie tergelak.
"Okaylah, saya pergi dulu. Jalan elok elok yer."
▪️▪️▪️
YOU ARE READING
✅ ⤬ Just A Friend [Lee Hangyul]
FanfictionSTATUS : COMPLETED Bila kau dah berkawan dengan si dia dan ada perasaan pada dia tapi dia masih menganggap kau hanya seorang kawan saja. Tak lebih dari tu. Apa perasan kau? Ofc sedih + kecewa gila nak mati × Sedih kena reject × × Start : 010919 (Pib...