"Jie, aku pasti kau boleh buat. Percayakan pada diri kau." Kata Ahyeon pada Yunjie sambil menggenggam tangannya.
"Hmphh! Aku boleh!" Kata Yunjie menguatkan dirinya.
Okay, sekarang ni, apa kes Yunjie ngan Ahyeon duduk 'semangat²' ni?
Macam yang korang tau, Hangyul ialah crush Yunjie dan Yunjie sekarang ni nak luahkan perasaan dia pada si Hangyul tu.
Manalah taukan, si Hangyul tu pun ada menaruh perasaan kat Yunjie jugak XD
"Kuatkan semangat kau Yunjie. Aku yakin kau boleh." Lagi sekali Ahyeon cuba untuk memberi semangat pada Yunjie.
Sempat dia urut urut bahu Yunjie. Macam nak wrestling plak dah.
Selepas dengar kata Ahyeon tu, Yunjie keluar dari tempat menyorok mereka. Yunjie datang dekat ke arah Hangyul dan Hyunbin.
"Err...Hangyul, boleh saya nak cakap dengan awak kejap?" Tanya Yunjie pada Hangyul dengan menutup matanya dan menahan nafasnya.
"Nak cakap dengan saya? Okay." Hangyul pun bangun dan meninggalkan Hyunbin keseorangan.
Kini, dia mengikuti Yunjie dari belakang.
"Umm...Hangyul, sebenarnya...sebenarnya..." Yunjie tergagap gagap mahu meluahkan perasaannya itu.
Hangyul tertunggu tunggu dengan kata kata Yunjie tu.
"Sebenarnya awak?" Tanya Hangyul yang melihat Yunjie macam struggle (?) nak bagitau sesuatu.
"Se-sebenarnya saya sukakan awak! Sejak memula awak bagi saya payung masa hujan hari tu. Dah lama saya menaruh perasaan kat awak. Saya harap awak faham perasaan saya ni, Hangyul." Kata Yunjie, memberitahu perasaan sebenar dia pada Hangyul.
"A-awak sukakan saya? Tapi saya cuma anggap awak sebagai kawan jer, Yunjie. Tak lebih dari kawan. Awaklah kawan terbaik yang sama pernah ada. Maaf, saya tak boleh balas cinta awak tu." Balas Hangyul, memberitahu perkara sebenar (Ya Allah!! Klishe gilerrrrr!!!)
Yunjie hanya mengangguk faham. Dia tak sangka jawapan yang akan keluar dari mulut Hangyul tu.
"Ouhh macam tu ker. Takpelah. Cukup sekadar saya dah beritahu perasaan saya kat awak pun, saya dah puas." Kata Yunjie lalu berlalu pergi meninggalkan Hangyul seorang diri di situ.
Hangyul hanya memandang Yunjie pergi dengan pandangan kosong. Dia pun pergi semula ke arah Hyunbin yang masih keseorangan tu.
Yunjie pun berjalan semula ke arah Ahyeon dengan sedih sekali.
+•••+
Okayy...ni second last bab. Next, FINAL!!
YOU ARE READING
✅ ⤬ Just A Friend [Lee Hangyul]
FanfictionSTATUS : COMPLETED Bila kau dah berkawan dengan si dia dan ada perasaan pada dia tapi dia masih menganggap kau hanya seorang kawan saja. Tak lebih dari tu. Apa perasan kau? Ofc sedih + kecewa gila nak mati × Sedih kena reject × × Start : 010919 (Pib...