R - Blind Date

45 9 10
                                    

TAMAN (taman apa2 jerlah)

Kelihatan Hyunbin dan Yunjie saja yang berada di taman tu. Hmm...mana plak perginya Ahyeon dan Hangyul ni? 

"Pstt...Yunjie, Hyunbin ngan Hangyul dah ada kat situ ker?" Kedengaran suara Ahyeon di wireless earphone Yunjie.

Yunjie melihat belakang Hyunbin lalu membalas soalan Ahyeon tu. 

"Hangyul takde tapi Hyunbin jer ada." Bisik Yunjie pada Ahyeon yang sedang menyorok di sebalik semak. 

"Hyunbin, macam mana dengan keadaan kau? Yunjie dan Ahyeon ada kat situ ker?" Kalini kedengaran suara Hangyul yang juga sedang menyorok di sebalik semak.

Diorang pun berkomunikasi menggunakan wireless earphone jer.

"Ahyeon takde tapi Yunjie jer ada sekarang ni." Balas Hyunbin pada Hangyul. Hangyul di semak mengangguk. 

"Baguslah tu. Nilah peluang kau nak ngorat dia." Kata Hangyul di earphone Hyunbin. Hyunbin menggenggamkan tangannya dan berhasrat plan Hangyul ni menjadi.

"Err...Yunjie, mana Ahyeon?" Tanya Hyunbin memulakan perbualan antara mereka berdua.

"Yunjie, cakap kat Hyunbin yang aku ada kerja nak buat." Kata Ahyeon yang terdengar pertanyaan Hyunbin tu. 

"Ouhh Ahyeon kata dia ada kerja nak buat. Hangyul plak mana?" Tanya Yunjie plak pada Hyunbin selepas dia selesai menjawab pertanyaan Hyunbin tu.

"Err...Hangyul kata dia pun ada kerja nak selesaikan kat rumah dia." Balas Hyunbin sambil tersenyum pada Yunjie. 

"Bagus Hyunbin." Kata Hangyul pada Hyunbin. Yunjie hanya mengangguk angguk faham dengan jawapan Hyunbin tu. Dia agak kecewa bila Hangyul takde kat situ.

"Okay Hyunbin, tiba masa kau bagitau perasaan kau kat Yunjie." Kata Hangyul, ingin memulakan plan pertama mereka berdua. 

"Umm...Yunjie. Aku nak bagitau kau sesuatu." Kata Hyunbin, cuba beranikan dirinya untuk memberitahu perkara yang sebenar. Hyunbin menelan air liurnya. Dia rasa tekak dia sangat kering time tu.

"Tunggu apalagi Hyunbin, cakaplah saranghaeyo, Yunjie." Arah Hangyul. Hyunbin masih sukar untuk meluahkan perasaannya. 

"Yunjie, sa-sa..." Kata2 Hyunbin terhenti bila telefon bimbit Yunjie berbunyi. Yunjie pun melihat nama yang tertera di skrin telefonnya, 'Choi Eunkyo' (XD).

"Mian Hyunbin. Jumpa kat sekolah esok." Kata Yunjie lalu mengangkat panggilan. Melepas Hyunbin nak meluahkan perasaan dia pada Yunjie disebabkan ketidakyakinan dia tu. 

Ahyeon yang berada dalam semak merangkang dengan perlahan supaya Hyunbin dan Hangyul tidak tahu dia ada kat situ.

Ahyeon pun berlari ke arah Yunjie. Hangyul plak keluar dari semak lalu duduk di sebelah Hyunbin. 

"Hmm...takpelah Hyunbin. Kenapalah kau tak terus cakap saranghae jer tadi kat Yunjie tu? Kan dah melepas." Kata Hangyul sebaik saje bontot dia berada di atas bangku bersebelahan dengan Hyunbin.

Hyunbin mengeluh dengan berat. 

"Haihh..kau cakap senanglah. Nak buat macam mana, dah bukan masa aku bagitau perasaan aku kat dia." Kata Hyunbin, pasrah. Hangyul memandang Hyunbin dengan pandangan yang kesian. Dia memujuk Hyunbin dengan membawa Hyunbin pergi ke sebuah café.

▪️▪️▪️

✅ ⤬ Just A Friend [Lee Hangyul]Where stories live. Discover now