♥️ - Idea

65 12 17
                                    

Ahyeon berasa pelik dengan tindakan Yunjie yang ttibe pergi sorok belakang dia.

"Yunjie, kau kenapa main sorok sorok plak ni?" Tanya Ahyeon pada Yunjie yang berada di belakangnya. Ahyeon memandang semula ke depan, di mana 2 orang pemuda yang hensem lagikan kacak berada di depan dia.

'Hmm...mungkin salah seorang antara dua ekor ni yang jadikan Yunjie macam ni.' Teka Ahyeon. Hangyul dan Hyunbin memandang Ahyeon yang memandang diorang lain maceim. Ahyeon masih tak tahu perasaan Yunjie terhadap Hangyul.

"Ahyeon, kau dah kenapa pandang kitaorang macam tu? Taulah kitaorang ni hensem. Takyah pandang macam tu sekali." Tegur Hyunbin. Ehh dia ni, sempat plak puji diri sendiri + Hangyul.

Sementara Yunjie dibelakang Ahyeon....

'Memang dia hensem pun >///<' Bisik hati Yunjie, sempat plak puji Hangyul. Nasib baik dia tak dengar.

"Ehh yelah korang, jom lah masuk kelas. Ha lagi satu, Yunjie, harini aku nak duduk dengan Hangyul kat depan sebab aku tak nampaklah. Boleh? Kau duduk dengan Hyunbin." Kata Ahyeon pada Yunjie yang berada di belakangnya. Yunjie hanya mengangguk, setuju.

▪️▪️▪️

Di kelas, tempat duduk Yunjie, Ahyeon, Hyunbin dan Hangyul dah bertukar. Macam yang Ahyeon katakan, Ahyeon duduk dengan Hangyul di depan sekali manakala Yunjie dan Hyunbin duduk di barisan kedua.

Ahyeon yang berada di depan Hyunbin asyik usha Yunjie yang berada di belakang Hangyul jerr.

'Aku duduk kat belakang Hangyul. Aku duduk kat belakang Hangyul.' Bisik hati Yunjie. Waduhh....tak fokus dah dia. Apa yang cikgu tengah ajar kat depan tu pun dia tak dengar lah kot, dah asyik dok tengok belakang Hangyul jer.

"Errr umm...Yunjie..." Hyunbin yang berada di sebelah Yunjie menegur dia. Segala bende yang Yunjie lamunkan hilang serta merta. Dia pun memandang ke arah Hyunbin.

"Hmm? Kenapa Hyunbin?" Tanya Yunjie kepada Hyunbin lalu mengangkat keningnya, tanda 'ada apa?'

"Ouhh errkk...umm takde pape. Lupa dah apa nak cakap tadi. Hehehe sorry." Balas Hyunbin. Yunjie hanya meng'ouh'kan ajer. Dia pun memandang semula ke depan dan bukannya dengar apa yang cikgu ajarkan.

'Haishhh susah aku nak teka apa sebab Yunjie blushing pagi tadi. Aku kena cari idea lain ni.' Bisik hati Ahyeon. Ada ada jerlah dia ni.

"Pelajar semua, cikgu ada satu pengumuman. Esok, kita akan pergi ke Gyeongbokgung Palace. Kita akan pergi ke sana dengan menaiki bas yang disediakan. Jadi, sila datang awal ke sekolah esok yer. Kalau tak cikgu tinggal." Kata cikgu yang tengah mengajar mereka tadi. Ahyeon tersenyum sinis bila dengar pengumuman tu.

'Yes!! Akhirnya mentol idea aku bercahaya jugak. Hehehe...tak sabar untuk esok. Yunjie, Hangyul, korang tunggu esok.' Bisik Ahyeon pada dirinya sendiri. Hangyul yang berada di sebelah dia dah rasa seram sejuk gitu.

▪️▪️▪️

✅ ⤬ Just A Friend [Lee Hangyul]Where stories live. Discover now