L

568 65 165
                                    

"Kookie-ya~~Kookie kira ek. Hyung pergi sembunyi ok. Jangan tipu tau"

"Ok hyung. Kookie jujur orangnya. Bukan macam hyung. Suka menipu 😜."

"Deyy -_-. Ahh, cepat laa kira. Hyung pergi sembunyi dulu tau"

"Ok. Hana, dul, set....."

"Hyung, keluarlaaa. Kookie dah penat cari hyung ni. Hyung..... "

"Hyung... HYUNG!!!! " kedengaran suara pekikan remaja lelaki yang baru sahaja tersedar dari mimpi buruknya.

"Huhhh... Dah seminggu aku mimpi pasal hyung. Hyung kat mana sekarang ni? Kookie rindu hyung... "kata remaja itu sembari bangun dari katilnya lalu menuju ke tandas untuk bersiap ke sekolah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Oh? Awal kamu bangun hari ni kookie? Ade hal ke? "tanya omma remaja tersebut.

"Hmm, Kookie mimpi pasal tu lagi laa omma" kata remaja itu sambil bermain main dengan makananya. Mukanya tampak begitu sedih mengingatkan hal tersebut.

"Kamu mimpi pasal hyung kamu lagi? Haisyyy... Sudah sudah laa tu Jungkook . Hyung kamu tu ade je lagi kat dunia ni cuma dia ade kat tempat lain" kata omma remaja itu yang dikenali sebagai Puan Jeon.

"Seriously omma?! Hyung tak mampos lagi? "tanya remaja yang bernama Jungkook itu.

"Amboiii bahasa... Omma rasa kalau hyung kamu ade kat sini ni, dah lama kamu lunyai kalau dia dengar kamu cakap macam tu" kata Puan Jeon sambil mencubit lembut pipi anak bongsunya itu.

"Hehe.. Omma tahu kat mana hyung sekarang ni? Kookie nak cari hyung. Dah lama kookie tak main ngan hyung" tanya Jungkook kepada ommanya .

"Omma cuma tahu yang lepas appa kamu ambil hyung kamu, dorang dah tak duduk kat Korea. Omma tak tahu diorang ade kat mana sekarang ni" lirih sahaja suara Puan Jeon berkata.

Jungkook yang melihat ommanya sedih hanya mampu berdiam diri dan menghabiskan makanannya.

Skip~~

"Bye omma... "kata Jungkook sambil melambaikan tangannya kepada ommanya yang sudah jauh memandu itu.

"Dah habis lambai? Ke kau nak lambai omma kau sampai habis waktu sekolah hah? "tanya Suga, kawan aka senior Jungkook dengan pedas sekali.

"Alaa kau ni Suga. Biar laa dia nak lambai omma dia pon. Lagipun tu omma dia bukannya omma orang lain. Aduhh kau ni, jeles cakap je laa" kata Jin yang sama umur dengan Suga itu.

Sungguh taeharu Jungkook mendengar kata-kata Jin hyungnya. Tapi rasa taeharunya tidak lama lepas ayat Jin disambung oleh dua jebon di belakang Jin.

"Anak mak laa katakan... "kata dua orang itu yang memang selalu menyakat Jungkook. Sape lagi kalau bukan Jimin dan Taehyung.
Serentak dengan itu, seluruh gengnya yang dinamakan sebagai BTS itu ketawa.

Jungkook yang menahan malu sehingga merah mukanya beredar dari situ.

'Isyyy malu pulak aku nak mengaku diorang ni kawan aku . Ketawa macam baru terlepas dari hospital sakit jiwa jee. Baik aku masuk kelas dulu'kata Jungkook sambil berjalan menuju ke kelasnya. Dengan tiba-tiba nya Jungkook terlanggar seseorang.

"Ah, sorry" kata Jungkook sambik menunduk. Baik budak nii. Mohon semua bini Jungkook kembangkan hidung dapat laki macam ni.

"Sokay" kata lelaki yang dilanggar Jungkook tadi lalu pergi dari situ.

"Kau dah kenapa Jungkook berdiri macam tugu negara kat sini? Aku tak tahu laa pulak cita-cita kau nak jadi tugu" kata Hoseok yang sedari tadi melihat Jungkook kaku berdiri selepas dilanggar tadi.

"O? Takde pape laa. Aku cuma rasa lain macam je tadi. Ah... Hyung, Kook masuk kelas dulu ek" kata Jungkook kepada hyung-hyungnya.

"Ok. Jumpa kat kantin masa rehat nanti" kata Namjoon selaku yang paling tua dalam gengnya. Jin dan Yoongi sudah pergi ke institusi masing-masing.

Jungkook hanya melakukan tanda 'ok' menggunakan tangannya.

'Kenapa aku rasa macam pernah nampak orang tadi ek? Ah pape je laa' Jungkook meneruskan perjalanannya ke kelas yang tergendala tadi.

Skip ~~~

"Wei Jungkook, asal aku nampak kau senyap je dari tadi " kata Taehyung.

"Ntah nyee... Dari dalam kelas dia lagi aku nampak dia mengelamun. Nak kata ingat kat awek. Awek tadak" sambung Jimin.

"Haa? Takde pape laa hyung. Kook cuma mengantuk sebab bangun awal tadi" nafi Jungkook.

"Ooo... Wei korang, nak tahu tak? " tanya Jimin kepada rakan-rakannya yang lain.

"Tak" jawab mereka serentak.

"Isyy korang ni. Tanak kawan" kata Jimin sambil mengembungkan pipinya.

"Alaa hyung citer je laa. Kitorang gurau je laa" kata Jungkook lepas menghabiskan tawanya melihat hyung nya itu merajuk.

"Ntah kau ni. Macam tak biasa kena palau, udah-udah laa tu kembungkan pipi kau yang sudah sedia kembung tu. Buruk pulak aku nengok nya" kata Taehyung.

Jimin melihat Taehyung dengan pandangan siap-kau-balik-nanti lalu memulakan ceritanya.

"Tadi kan... Ade budak baru masuk kelas aku. Pastu kan nama dia Jeon Wonwoo... "

Kata-kata Jimin sudah tidak didengari oleh Jungkook kerana dia sibuk berfikir.

'Jeon Wonwoo? Hyung? 'fikir Jungkook lalu meminta diri untuk pergi dari situ.

"O? Kau nak pergi mana? "tanya Namjoon.

"Kook nak pergi kat group seventeen jap. Nak tanya Mingyu pasal homework. "bohong Jungkook.

"Tolong kirim salam kat kembar aku sekali kookie" kata Taehyung.

"Bila masa pulak kau ngan Joshua ni kembar hah? Jangan nak perasan laa. Dia tu dari America(?) tau. Kau nak jadi kembar dia? Huh... Cakap english pun broken" kata Jimin.

Taehyung yang mendengar kata-kata Jimin tadi bersiap sedia untuk menerkam mamat yang tidak cukup ketinggian itu. Jungkook pula terus sahaja pergi ke kumpulan seventeen yang duduk tidak jauh dari meja kumpulannya tanpa mempedulikan hyung nya yang bagai anjing dan kucing itu.

Sampai sahaja di meja kumpulan seventeen aku terus berasa gugup apabila melihat salah seorang member baru mereka.

"Eh, Jungkook? Buat ape kat sini?"























































TBC ~~~

*ok x setakat ni ?😅 klau ok nanti Ah In published bab laen ok 😊

[COMPLETE] Lost Brother // Jeon Wonwoo x Jeon Jungkook [BTSVT]Where stories live. Discover now