S

360 52 110
                                    

Jungkook's situation

"Saya dah balik" kata Jungkook di hadapan rumahnya sambil membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

"Awal balik harini Kookie. Tak pergi lepak dengan hyung-hyung kamu yang lain dulu ke? " tanya Puan Jeon.

"Tak. Kookie penat laa harini. Kookie masuk bilik dulu eh omma. "kata Jungkook lalu meminta diri masuk ke dalam biliknya. Ommanya yang perasan perangai Jungkook yang berubah hanya mampu menjongketkan bahu dan meneruskan masakannya yang tergendala tadi. Terbit rasa risau apabila Jungkook berubah sedemikian tapi ditepisnya rasa itu.

Di bilik Jungkook ⭐

"Isyyy, kenapa dengan aku ni? Asal aku rasa macam Wonu hyung ada dekat dengan aku masa aku berdekatan dengan Wonwoo hyung tadi. Tapi dia macam tak kenal aku jee. Tak mungkin laa dia Wonu hyung kan sebab kalau Wonu hyung, dia yang akan kenal aku dulu sebab kitorang kan rapat. Jungkook fokus! Mungkin dia tak ingat kau kot. Kan dah lama korang tak jumpa. Muka pon berubah. Kau kena cuba bercakap dengan dia esok. Jangan jadi macam tadi" kata Jungkook yang berbaring di atas katilnya.

Flashback ~

"O, Jungkook? Buat ape kat kelas hyung ni? "tanya Taehyung yang melihat Jungkook berada di hadapan kelasnya dan Jimin itu.

"Haah Kook. Tak pernah-pernah lagi kau nak tunggu kitorang macam ni. Buang tabiat ek? "tanya Jimin kepada Jungkook.

"Isyy hyung ni. Kook datang pon marah, tak datang lagi aa. Ngajuk kang" kata Jungkook sambil memeluk dirinya sendiri. Bibirnya pula dimuncungkan sedikit tanda dia tengah merajuk.

"Alaa, hyung dengan Jimin hyung bergurau jee. Jangan laa ngajuk" kata Taehyung untuk memujuk Jungkook. Semasa Jungkook merajuk, dia dapat melihat dari hujung matanya yang Wonwoo tengah melihat mereka sekarang ni.

'Ok, ni laa masanya untuk aku try bercakap dengan dia'kata Jungkook dalam hati sambil berjalan ke arah Wonwoo. Jimin dan Taehyung di depannya tadi hanya dihiraukan.

Sesampai sahaja di tempat empat orang member seventeen itu, dia memulakan percakapan.

"Err, hai Wonwoo hyung" kata Jungkook dengan perasaan takut.

"Hmm" hanya sepatah yang dijawab Wonwoo.

Hoshi yang melihat perubahan muka Jungkook apabila mendengar jawapan daripada Wonwoo tadi terus menukar topik .

"Eh Jungkook, asal tetiba je harini datang kat sini? Kamu ade cari sesuatu ke? "tanya Soonyoung sekadar berbasa basi.

"O? Takde laa hyung. Kook saje je datang kat sini. Ermm... Kook pergi dulu ek hyung, sian Kook tengok Jimin hyung dan Taehyung hyung muka merah-merah camtu. Bye hyung-hyung. Ermmm bye Wonwoo hyung" kata Jungkook sebelum beredar dari situ dan pergi ke tempat Jimin dan Taehyung berdiri.

"Asal kau pergi kat sana tadi Kook? "tanya Jimin, pelik.

"Takde pape laa hyung. Errr, Kook balik dulu ek. Bye" kata Jungkook lalu meninggalkan mereka berdua.

"Tak nak lepak dulu ke? " laung Taehyung memandangkan Jungkook sudah jauh di hadapan.

"Tak" balas Jungkook lalu meneruskan perjalanannya.

End flashback ~

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Wonwoo's situation

Lepas sahaja Jungkook beredar dari meja mereka berempat. Wonwoo terus menyimpan barangnya yang tergendala tadi.

"Asal kau balas macam tu hah kat Jungkook? Sian budak tu tau" kata Jun. By the way, akhirnya Wonwoo ingat nama mereka bertiga.

[COMPLETE] Lost Brother // Jeon Wonwoo x Jeon Jungkook [BTSVT]Where stories live. Discover now