"Uu sedap nyee bau. Kau masak ape ni Gyu? "tanya Wonwoo kepada Mingyu.
Mingyu yang tengah memasak itu terus menoleh ke arah Wonwoo sambil tersenyum.
"Gyu masak bulgogi, ramyeon pedas giler ngan kimchi jjigae. Pastu tadi Gyu ade suruh Seokmin ngan Minghao pi beli jjajamyeong sikit. " katanya.
"Mak aihh bamyaknyee. Kau nak buat kenduri ke ape malam-malam macam ni hah? " tanya Wonwoo dengan riak terkejut.
"Hehe mana ade laa hyung. Tadi Gyu ajak Kook datang rumah kita tadi. Nak study group sama" kata Mingyu lagi sambil tersengih menunjukkan gigi taringnya itu.
Ketika Mingyu ingin mengambil pinggan untuk meletakkan kimchi jjigae, pinggan itu terjatuh lalu Wonwoo dan Mingyu, kedua-duanya memegang pinggan itu.
Maka berlabuh laaa kapal Meanie di sini ~~
"Ape yang hyung dua ni buat kat sini? " sergah seseorang dari arah belakang.
Dan orang itu ialah Dino yang masih suci lagi.
Kebetulan masa tu, Minghao dan Seokmin dah balik. Terus sahaja mereka berdua menutup mata sang maknae itu.
"Chan jangan tengok dorang Chan. Chan budak lagi " kata Seokmin sambil memberi pandangan asal-tak-buat-maksiat-kat-dalam-bilik-je-hah kepada Mingyu dan Wonwoo.
Seperti baru tersedar daripada lamunan, masing-masing melepaskan tangan masing-masing daripada pinggang tersebut.
Minghao dan Seokmin dah bawak Dino pergi depan supaya otak budak tu tak tercemar dengan perkara yang tak patut.
"Err Gyu gyu..... Haa Gyu nak pergi bukak pintu jap. Rasanya. Kook dah sampai tu. Hyung tolong panggilkan hyung-hyung lain yee suruh turun makan. "
Wonwoo yang masih lagi awkward pasal tadi hanya mengangguk dan melangkah pergi ke bilik-bilik membernya yang lain.
⭐ Di pintu hadapan
"Haa Kook. Masuk laa. Buat macam rumah sendiri" kata Mingyu kepada Jungkook.
Jungkook yang kelihatan kekok itu terus sahaja ditariknya masuk ke dalam rumah dan dibawa ke meja makan.
"Haa Kook. Dah sampai dah? " tanya Seungcheol kepada Jungkook.
Jungkook hanya mengangguk sahaja.
"Jangan malu-malu laa ngan kitorang. Kita kan dah kenal lama. Anggap je kitorang ni macam keluarga kau " kata Jeonghan pula. Joshua di sebelahnya hanya tersenyum.
"Ok " kata Jungkook sambil mengambil tempat di tepi Wonwoo. Dah tu jee tempat kosong.
Ahli Sebong dan Jungkook meratah makanan mereka dengan nikmatnya sehingga kenyang.
Skip~~
"Ok yang ni kira camni au " kata Minghao seraya menunjukkan jalan kira kepada Jungkook. Jungkook hanya mendengar dengan tekun.
Sekarang 97 liner berada di dalam bilik mereka bersama Jungkook. Mereka juga mengajak Jungkook untuk bermalam di rumah itu.
"Wei Kook, tolong aku ambik air jap kat dapur. Aku haus aa " kata Mingyu sambil meliang lentukkan badannya. Ingat comel aa tu.
"Ok jap " kata Jungkook lalu turun ke bawah untuk mengambilkan air untuk Mingyu.
Setibanya kat bawah, Jungkook terus sahaja mengambil air untuk Mingyu dan meneruskan langkahnya untuk ke bilik 97 liner itu .
Jungkook melalui bilik 96 liner untuk menaiki tangga. Boleh dilihat dari luar yang bilik tu bersepah gilerr .
Jungkook hanya menggelengkan kepala dan ingin menaiki tangga tapi dihalang oleh seseorang.
"Eh Hoshi hyung. Kenapa ni? "tanya Jungkook
"Erkkk Jungkook, boleh tak hyung nak mintak tolong sket? Hyung nak mintak tolong Kook kemaskan katil hyung. Pleaseee" kata Hoshi sambil berusaha membulatkan matanya yang sepet tu bagi menunjukkan puppy eyes.
Belum sempat Jungkook bersetuju, Hoshi sudah pun meninggalkannya dan mengambil air yang dibawa Jungkook tadi.
"Hisyy aku mana tahu katil dia yang mana satu. Kalau cakap yang bersepah , semuanya bersepah. Nampaknya aku kena cari tahu dengan cara ni je laa " kata Jungkook sambil membuka satu buku yang berada di atas meja kecil bersebelahan dengan sebuah katil.
Sejurus dia membuka buku itu, kedengaran seseorang menengkingnya.
"WOI !!! " terus sahaja buku di tangannya itu dirampas.
"Errr Wonwoo hyung...sorry. Kook tak tahu pun tu buku hyung. Kook cuma nak---"
"BAIK KAU KELUAR DARI BILIK SEKALIGUS RUMAH NI SEKARANG SEBELUM AKU HILANG AKAL!!!! " tempik Wonwoo.
"Ta...tapi hyung...Kook tak---"
"AKU BUKAN ABANG KAU LAA.KAU KELUAR SEKARANG.KE KAU TAK RETI BAHASA HAH!! " sejurus berkata begitu, Wonwoo menarik Jungkook keluar daripada biliknya.
Semua orang yang berada di bilik masing-masing kecuali 96 liner yang berada di ruang tamu terus sahaja menuju ke arah Wonwoo yang mengheret Jungkook itu.Jungkook yang diheretnya hanya menangis teresak-esak tanpa melakukan apa-apa.
"Hyung....kenapa hyung heret Jungkook ni? " pertanyaan daripada Minghao tidak dijawab oleh Wonwoo sebaliknya dia terus mengheret Jungkook sehingga ke pintu rumah.
"Balik ah kau! Jangan jejak kaki kau kat sini lagi " hamun Wonwoo.
Ahli seventeen yang lain hanya mampu melihat tanpa dapat membuat apa-apa kerana walaupun baru seminggu bersama, Wonwoo memang tidak dapat dikawal jikalau dia marah.
Bagi Jungkook pula, entah kenapa dia rasa sangat sangat sedih apabila Wonwoo mengheretnya di hadapan orang ramai. Sungguh sakit hatinya apabila diperlakukan sebegitu.
'Apa salah aku sampai Wonwoo hyung heret aku camni? Takkan sebab buku tadi jee...Mesti buku tu buku istimewa kan untuk dia. Macam buku yang Wonu hyung bagi kat aku dulu...' bisik hati kecil Jungkook.
Dia melangkah keluar dari rumah seventeen dengan hatinya yang pedih sekali. Sesekali dia menoleh melihat ahli seventeen yang lain melihatnya prihatin.Dia cuba mengukirkan senyuman tapi senyuman itu sangat tawar dilihat oleh seventeen.
Sambungan chap ni di chap yang lain yee~~
Ah In thu Ah In ade ckp yg bln ni hiatus an tpi x jdi hehe....so Ah In nak beritahu yg Ah In ade pub satu ff ni bertajuk Siapa Kau Sebenarnya Hannie?
Ah In ade tnye korang kan haritu dan rmai yg nk citer ni. First tajuk dia swbenarnya Siapa Kau Yoon Jeonghan tapi tak jadi.... k bye readersss sila singgah kt ff tu yee .muahhh
YOU ARE READING
[COMPLETE] Lost Brother // Jeon Wonwoo x Jeon Jungkook [BTSVT]
FanfictionCerpen pendek yang sememangnya pendek seperti LEE JIHOON yang berkisahkan tentang seorang abang yang tinggi egonya mencari adiknya yang padahal hanya berada di depan mata sahaja .