Jungkook's POV.
"Eh, Jungkook? Buat ape kat sini? "tanya Seungcheol kepada aku. Ye laa, takde angin takde ribut tetiba datang kat meja dorang. Sape yang tak pelik ann.
"Eh takde laa hyung. Kook datang sini nak tanya kat Mingyu jee ade homework tak tadi" kata ku sambil tersenyum kekok. Mataku tidak lepas melihat member baharu seventeen itu. Tapi sedihnya, si dia hanya membaca buku novelnya tanpa mempedulikan aku.
"O? Kenapa tak tanya dalam kelas nanti jee. Satu lagi, bila masa kita sekelas ni? Bukan ke kau sekelas dengan Seokmin tu? "tanya Mingyu.
"Eh ye ke? Oo sorry2. Salah orang. Err... Hyung--" tanpa sempat aku menghabiskan ayat aku, Seungcheol hyung telah memotong percakapan aku.
"Eh Jungkook. Ni, hyung nak kenalkan ahli baru kumpulan kitorang. Dia baru pindah sini. Dia sekelas dengan Jimin hyung dan Taehyung hyung kamu. Mesti dorang dah citer kan?" aku hanya mengangguk mendengarkan kata-kata Seungcheol hyung tadi.
"Nama hyung Jeon Wonwoo kan? "aku mulakan percakapan dahulu.
Dia hanya mengangguk dan menyambung pembacaannya yang tergendala tadi.
Isyyy, aku mesti cuba lagi.
"Nama saya Jeon Jungkook imnida. Selamat berkenalan"kataku sambil membongkok 90°. Si dia hanya membaca novelnya tanpa mempedulikan aku. Entah kenapa tapi aku rasa sebak bila dia tak melakukan apa-apa reaksi pun bila aku sebut namaku tadi.
'Mungkin dia bukan Wonwoo hyung aku kot' aku cuba menyedapkan hati sendiri.
"Emm.. Ok laa hyung, Kook pergi dulu ek. Oh lupa pulak. Joshua hyung, tadi Taehyung hyung kirim salam kat hyung" kataku sambil beredar dari situ dengan hati yang berat sekali.
End Jungkook's POV
⭐⭐•⭐⭐
Wonwoo's POV"Eh, Jungkook? Buat ape kat sini? " aku terdengar Seungcheol hyung bertanya kepada seseorang. Korang mesti pelik an, asal aku guna hyung kat dia. Sebabnya dia, Jeonghan dan Joshua yang suruh kitorang panggil dorang camtu . Aku baru tahu tadi huhu. K back to the story.
"Eh takde laa hyung. Kook datang sini nak tanya kat Mingyu jee ade homework tak tadi" aku terdengar seseorang itu menjawab. Aku melihat orang itu dari celah-celah novelku tanpa pengetahuan mereka.
'O? Tu bukan ke... Ah salah orang kot' aku cuba menafikan kata hatiku.
"O? Kenapa tak tanya dalam kelas nanti jee. Satu lagi, bila masa kita sekelas ni? Bukan ke kau sekelas dengan Seokmin tu? "tanya Mingyu. Serious masa ni aku rasa nak tergelak. Haihh kelas ngan orang lain tanya homework kat orang lain. Adik sape laa ni haihh.
"Eh ye ke? Oo sorry2. Salah orang. Err... Hyung--" tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya , Seungcheol hyung telah memotong percakapan dia . Kesian budak ni.
"Eh Jungkook. Ni, hyung nak kenalkan ahli baru kumpulan kitorang. Dia baru pindah sini. Dia sekelas dengan Jimin hyung dan Taehyung hyung kamu. Mesti dorang dah citer kan?" tanya Seungcheol hyung kepada dia.
'Ooo nama dia Jungkook jugak ke? Sama laa dengan nama adik aku' aku berdialog sendiri.
"Nama hyung Jeon Wonwoo kan? "dia mulakan percakapan dahulu. Aku hanya mengangguk dan meneruskan pembacaan aku. Ye laa nak buat ape lagi kan.
"Nama saya Jeon Jungkook imnida. Selamat berkenalan"katanya sambil membongkok 90° kepadaku.
'Seriously nama dia Jeon Jungkook jugak ? Bukan ke Kookie dah--' aku cuba untuk mengawal ekspresi aku dengan tidak melihat kepadanya. Aku terus mengintainya dari celah-celah novel seperti tadi. Dia tampak sedih bila aku tidak melihatnya. Akhirnya dia meminta diri selepas mengirimkan salam hyungnya kepada Joshua hyung.
'Pelanduk dua serupa kot' kataku dalam hati.
Sibuk aku melayan perasaan seorang diri, aku terasa kepala ku diketuk oleh seseorang.
Jeonghan hyung!!!
"Isyy hyung, kenapa ketuk kepala Wonwoo ni? " kata aku sambil menggosok kepala ku yang diketuk tadi.
" Kau tanya aku kenapa!!! Kau tahu tak sebab kau tak bercakap dengan budak tu laa dia lari tau tadi. Sian budak tu aku tengok. Macam nak nangis dah" bebel Jeonghan hyung.
Aku hanya mampu menadahkan telinga sahaja. Aku bukan tak nak tengok dia tapi aku mana kenal dia. Asal lak aku kena beramah mesra pulak dengan dia. Laen laa kalau dia Kookie aku kan...ye dok readers semua~~
"Wei Wonwoo. Kau tengah fikir apa masa Jeonghan hyung bebel tadi? Isyyy, kau ni... Kalau dia tahu kau tak dengar dia tadi memang mati kau kat sini jugak, kau tahu tak? "kata...sape ek nama dia? Oishi? Ochi? Yang mata sepet tu. Huhu. Kalau dia tahu ni aku tengah mengata dia mati aku.
"Hehe... Er korang, jom aa masuk kelas. Loceng dah bunyi tuu" kata aku dan terus sahaja melangkah pergi.
"Hyung, kitorang pun nak masuk kelas dulu ek? Kesian pulak si Wonwoo sorang-sorang kat kelas nanti " aku terdengar percakapan mihoon? Haa aku rasa betul dah tu. Kalau korang tak kenal jugak, dia yang pendek-pendek tu. Mihoon laa kan? Tapi aku rasa bukan sebab aku kot dorang nak masuk kelas awal. Hmm ntah laa.
"Eleh teman Wonwoo hyung konon. Ingat kitorang tak tahu ke yang hyung tiga orang ni tak siap kerja sekolah pastu nak tiru buku hyung lain kan? "tebak maknae, Dino. Haa yang ni aku ingat sebab nama dia dekat-dekat dengan nama dinosaur. HAHAHA.
"Kau Dino... Siap laa kau kitorang kerjakan nanti" kata budak sepet tadi lalu mereka bertiga pun mengejar aku yang berada jauh di hadapan.
Oh lupa nak cakap, aku, si sepet tadi, mihoon dan sorang lagi, aku rasa nama dia Jun kot sekelas. Seungcheol hyung, Jeonghan hyung ngan Joshua hyung sekelas. Kelas kitorang tak jauh pon, hanya terletak bersebelahan jee.
Aku pun masuk ke kelas diikuti mereka bertiga tadi.
End Wonwoo's POV
⭐⭐•⭐⭐
Author's POV
Selepas Jungkook pergi dari meja group seventeen tadi, dia pun ke kelasnya dengan hati yang sangat sakit.
'Hyung, kenapa hyung tak nak tengok Kookie tadi? Kookie tahu tu hyung kan? Tapi kenapa? Kenapa--' setitik air mata Jungkook jatuh membasahi pipinya yang gebu itu. Sesungguhnya dia sangat sedih bila melihat Wonwoo seperti tidak mahu melihatnya apatah lagi untuk melayannya.
Jungkook menarik nafas lalu berkata 'Takpe hyung, Kookie takkan berputus asa. Kookie akan buat sampai hyung akan bercakap dengan Kookie. Fighting.' Dia menghalakan penumbuknya ke atas. Orang yang di dalam kelas itu hanya melihatnya dengan pandangan kenapa-dengan-dia-tu-?
"Wei asal kau tetiba cakap fighting pastu tumbuk ke atas? Kau tahu tak semua orang tengok kau pelik tau" kata Seokmin yang dari tadi melihat tingkah laku Jungkook.
'Sekejap nangis, sekejap senyum, sekejap cakap fighting. Ke budak ni dah betul bila jumpa dengan Wonwoo hyung tadi? ' kata Seokmin dalam hati.
"O? Takde pape laa. Aku cuma lenguh je tadi. Sebab tu aku buat macam tu. Eh dah laa Ms. Wong dah masuk tu. Nanti tak pasal-pasal kita kena berdiri sampai habis kelas dia pulak "kata Jungkook. Nak sembunyikan rasa malu leetuw.
"Ok" kata Seokmin lalu dia memusingkan badannya menghala ke hadapan.
TBC ~~~
#Ah In harap setakat ni ok lagi dan tak lari laa dari part sebelumnya tuu 😅 anyway thanks for read my ff yg x seberapa nii... Huhu
YOU ARE READING
[COMPLETE] Lost Brother // Jeon Wonwoo x Jeon Jungkook [BTSVT]
FanfictionCerpen pendek yang sememangnya pendek seperti LEE JIHOON yang berkisahkan tentang seorang abang yang tinggi egonya mencari adiknya yang padahal hanya berada di depan mata sahaja .