8 years ago
"Happy birthday my twinnie..... Semoga cepat membesar." Kata Eridia. Hadiah ditangannya dihulurkan kepada kedua adik kembarnya. Kotak berisi hoodie berwarna ungu diberikan kepada Eliyana manakala hoodie berwarna putih pula kepada Ad.
"Ni dari abang,jaga baik-baik. Limited edition ni. Aku beratur dekat Pavi semata-mata nak belikan jam ni." Kata Rizki. Ad milihat kearah jam itu. Ceh,Rolex je,ingatkan jam yang macam Che' Ta hadiahkan kepada anak lelaki sulung dia tu. Apa-apa pun, Nasib baik dapat hadiah.
"Ni pula daripada mama dengan papa." Kata Puan Mariana dan Encik Khairil serentak.
Kotak segi empat sama itu dibaluti dengan pembalut hadiah berwarna hitam semata-mata. Elidya membuka rakus. Terserlah IPhone 8 plus yang berwarna rose gold. Ad membuat perkara yang sama. IPhone X yang berwarna merah membuatkan dia menjerit kesukaan.
"Thanks mum. Thank you dad." Jerit kembar itu serentak. Tubuh Puan Mariana dan Encik Khairil dipeluh serentak.
"Now let's eat. I'm hungry as hellllllll........." Kata Rizki meleret. Kaki dutuju ke meja makan.
Kek berbentuk hati dipotong lalu diletakkan diatas pinggan. Malam itu berlalu dengan gembira.
========================================{===============================
"Eli,nak number kau." Pinta Ad. Mereka berdua bertukar nombor baru.
Ad melihat kearah buku log. Nombor kawan-kawan yang lain disalin. Sadisnya. Disebabkan telefon bimbit kembar jatuh ketika bercuti ke London,mereka hanya berhubung menggunakan telefon rumah sahaja. Nasib baik mereka berdua mempunyai iPad dan macbook sendiri. Tidak lah bosan sangat. Tidak lupa juga,satu set Xbox dan juga bilik permainan video tersendiri.Itu semua duit sendiri ya. Diulangi,duit sendiri! Tak mainlah duit ibu bapa. Eh riak.
"Eli! Esok ada photoshoots untuk apa!!!" Laung Ad. Pada hal bilik kakak sebelah sahaja.
Elidya muncul dihadapan pintu bilik adiknya. Tangan sedang memegang iPad. Tertera jadual untuk dia dan adiknya. Mereka berdua merupakan model. International mungkin tak lagi,tapi bakal. Kerjaya mereka bermula apabila ibu mereka menyuruh mereka menggantikan seorang model yang tersekat di airport. Dari situ lah kerjaya mereka bermula.
Gaji? Tak adalah mahal sangat. Adalah dalam 5000 sebulan. Cukuplah nak beli Honda CRV kalau kumpul dalam masa dua tahun. Tak payah kumpul,memang dah beli dah pun. Cuma tak boleh bawa lagi. Nanti kena tahan,sia-sia sahaja.
"Esok ada photoshoots dengan majalah Vogue, Majalah wanita and untuk produk kecantikan apatah. Kalau tak ada apa-apa aku nak tidur esok first photoshoots start pukul 8. Dah la shoot dekat Kuantan. Patah pinggang nak drive papa and mama tak boleh bawa. Lagi dua ekor tu diorang kena pergi Italy. Tengok company kat sana". Kata Elidya lalu pergi ke biliknya semula.
Ad memandang kembali kearah macbooknya. Drama bersiri bertajuk Titian Cinta menjadi pilihannya.
Dia memaki hamun watak Umayr Harris yang dilakonkan oleh Zul Arifin itu. Sewaktu Umayr Harris menolak Aisy yang dilakonkan oleh Farah Nabila ke pagar rumahnya.
" Bodoh lah kau ni!! Si Aisy tu tak bersalahlah. Pergi la hempas si Sofea tu. Ishh,ini lah melayu. Suka jump into conclusion tanpa soal siasat". Katanya. Eh,salahkan melayu pula. Habis tu dia tu apa? Nepalish?
"Tidur lah bahalol. Esok nak drive pergi Kuantan!!!" Jerit Elidya. Ad memperlahankan nada suara.
Dia kembali menatap macbook itu. Dia mendengus kemarahan apabila si Umayr Harris hanya menelefon Aisy hanya untuk mengingatkan bahawa dia akan menghantar surat cerai dan Aisy hanya perlu menunggu sahaja.
YOU ARE READING
Assalammualaikum Cinta!
RomancePernah dengar tentang psycho? Ala orang yang boleh dikatakan agak gila daripada orang gila. Tapi yang bijaknya tentang si psycho ini, mereka tidak akan tunjukkan bahawa mereka mempunyai penyakit sebegitu. Macam itu juga dengan kisah Ad. Tidak dia sa...