"Aishah Delaila Ananta Aman Hamid!!!!" Bergema satu blok anggerik itu dengan jeritan kuasa empat aku.
Aishah yang sedang makan Maggie goreng Mak cik Hasnah itu tersembur. Aku tak hiraukan pandangan Elidya. Bahu si nobita ini aku hempuk guna buku sejarah Sulalatus Salatin yang setebal kamus dewan bahasa ini.
"Kau nak bunuh anak pak cik Aman ni ke anjir?" Nasib baik kena tarik.
Jam baru pukul 6.58. Sekolah mula pukul 8 pagi tetapi si nobita ini selalu datang pukul 6.30. Sebab apa? Ayah dia tak boleh hantar lambat. Ada lagi enam adik dekat sekolah rendah dan dua dekat tabika. Nasib baik anak Dato' kalau tak, jenuh wei!
Wajah Aishah pucat seperti darah. Mau tak pucat. Masa tengah makan tersedak. Masa minum air kena hempuk, memang nasib malang. Berikan tepukan!👏
"Eli apa ni? Kami dengar daripada bawah tahu!" Tiba-tiba sahaja kak Alisa dan Emilia datang.
Selamat kau nobita!
Aku melabuhkan punggung ditepi Eli. Buku diletakkan diatas meja. Macam mana aku boleh lupa. Kelas 5 Alpha dekat sebelah.
Blok aku ni menempatkan kelas 4 Alpha, 5 Alpha, 3 Charlie, 2 Charlie, 1 Charlie, 3 Beta ,2 Beta dan 1 Beta. Beta kelas kedua. Macam kelas RK(Rancangan Khas). Charlie kelas aliran agama. Kira macam KAA dan Alpha kelas Sains tulen.
Anggerik blok budak pandai. Blok Dahlia untuk kelas Tango sahaja iaitu blok pelajar lukisan kejuruteraan. Angsana blok kelas ketiga iaitu satera. Dari tingkatan 1 sampai 5 ambil satera sahaja. Jadi tak boleh ambil Sains tulen.
Blok terakhir dan juga blok paling bermasalah, Melati. Kelas bagi budak business sahaja. Mana anak Dato ,Datin sesuai masuk sini. Ketua pelajar ada di situ, si Tengku Adrian Harris Tengku Hilman Harris.
Berbalik pada asal.
"Si nobita ni masukkan saya dalam group WhatsApp yang bukan-bukan. Tak memasal ada lelaki psiko yang suka dekat saya!" Tinggi suara aku.
Eli hanya mengangguk sambil makan kuaci. Haram punya kembar! Aku mengambil sedikit kuaci lalu memasukkan ke dalam mulut.
"Ala, at least ada juga lelaki yang nak dekat kau denga sebab yang elok ye dak?" Kak Alisa terus ketawa. Kak Emilia hanya menggelengkan kepala.
"Bagi nombor telefon". Pinta Kak Emilia
"Buat apa?"
"Just give it." Katanya. Aku menyebut satu persatu. Dia keluar dan kembali semula bersama satu komputer riba. Terkedu.....
Macbook Air syialllllllllll!!!!!!
Dia menekan satu persatu benda di papan ke kunci. Nak kagum sekejap. Pantas dan tangkas!
"Siap!" Jeritnya. Terperanjat aku!
"Macam mana Akak boleh bawa benda nni ke sekolah?" Soal Aisyah.
Biasalah. Macbook dia dah hancur sebab kena hentak. Siapa suruh gagal BA? Kan dah kena hentak dengan Encik Aman Hamid.
"Ada kabel dan ada hubungan baik dengan Cikgu bolehla....." Kata Kak Alisa.
Dia sedang sibuk makan Maggie milik Aishah.
Haih,nasib baik senior.
"Gerak dulu apa-apa roger wahai adik-adikku!" Kata mereka berdua. Kedua-duanya keluar daripada kelas aku.
Wajah Aishah dipandang. Memang jadi lauk budak ni.
"Hehe...peace no war?"
YOU ARE READING
Assalammualaikum Cinta!
RomancePernah dengar tentang psycho? Ala orang yang boleh dikatakan agak gila daripada orang gila. Tapi yang bijaknya tentang si psycho ini, mereka tidak akan tunjukkan bahawa mereka mempunyai penyakit sebegitu. Macam itu juga dengan kisah Ad. Tidak dia sa...