Sesampai sahaja di Pavilion, aku,Elidya, kak Emilia dan kak Ariq terus masuk ke Restoran Pappa Rich's. Pelayan di panggil dan kami berempat berbual seperti biasa.
"Em,bila photoshoots?" Soal kak Ariq. Dia menilik iPhone 7+ miliknya. Mesej yang baru dihantar oleh ibu saudara dia aku rasa yang membuatkan dia gusar. Dia pernah juga kata yang mak cik sebelah ibunya ini garang macam singa betina.
"4.30 pm. Why?" Kata kak Emily.
"Ude aku dah mesej ni! Dia tanya bila balik. Macam mana ni?" Gusar saja wajah kak Ariq.
"Kau tipu jelah! Macam tak biasa je!" Jawab kak Emilia dengan malas. Mata dia melilau keluar. Dia terlihat tiga orang lelaki yang berpakaian seperti pegawai polis. Membulat matanya. Dah kenapa dengan dia ni?
"Red code! Red code!! Harraz dan paksu kau dekat pintu masuk!!" Jerit kak Emily. Dia menarik tangan kak Ariq untuk keluar.
Aku dan Eli berpandangan. Dah kenapa senior mereka ini? Dia memandang ke pintu masuk. Tiga orang lelaki berpakaian polis sedang masuk ikut pintu hadapan,manakala dua orang senior mereka sedang menutup muka menggunakan topi besbol milik mereka.
"Eli,kenapa kak Ariq dengan kak Em lari?" Soal aku.
"Mari aku kenalkan, yang paling rendah antara tiga orang polis itu adalah pak cik kak Ariq dan yang hampir tinggi dengan polis yang buat rambut macam Martinez twin tu adalah abang kak Em. Nama nya adalah Harraz Mikael. Yang rambut gaya sama macam Martinez twin tu aku tak kenal sangat tapi dialah polis angkat sekolah kita. Nama dia adalah Tuan Muda Asyraf Idham bin Abdullah. Mualaf sial,kacak bergaya lagi. Tapi dia macam suka kak Ariq saja. Senior lain semua perasaan yang dia selalu tenung kak Ariq setiap kali dia bagi ucapan. Lagipun,kak Ariq tu kan PKP sekolah,duduknya pula sebelah Tengku Adrian, KP sekolah. Diorang memang duduk depan setiap kali assembly dekat dewan. Funny fact! Senior kata Tuan Muda Asyraf Idham tu ada hati dekat kak Ariq. Siapa tak nak kak Ariq kan? Dah la full package! Instafam,model,beauty with brain,and the most importantly,loyal to her partner. Even tho Tengku Adrian cheating on her, dia masih lagi sanggup maafkan. Bukan senang nak dapat perempuan macam tu!" Panjang lebar si Eli menerangkan. Butiran-butiran yang tidak penting pun dia masukkan sekali.
Aku kembali memandang kehadapan. Kelihatan kak Ariq sudah pun memakai tudung sarung berwarna hitam. Cantik kalau dia pakai tudung. Bukan tak cantik kalau dia free hair,tapi dia lagi manis kalau pakai tudung. Macam muka Loren Gray pun ada. Natural beauty and not fake like another models. Indeed,she has a pair of gorgeous eyes. Natural blonde hair,pink lips and her curve! Nice!
"Weh! Kak Ariq panggil kita lah!" Kata Eli. Baru aku perasan yang kak Ariq sedang melambai memanggil kami. Aku dan Eli bangun dan menuju kearah mereka.
"Assalammualaikum Inspektor dan Tuan". Kata Eli. Aku? Lagi suka diam. Malas nak bercakap. Lagipula aku hanya akan jadi introvert kalau dengan orang asing. Automatik aku akan senyap. Gak selesa.
"Waalaikumussalam. Awak yang duduk makan dengan anak saudara saya tadikan?" Soal pak cik kak Ariq. Okay,ramah.
"Haah! Saya Eli dan ini kembar saya Ad." Ceria saja wajah Eli. Mentang-mentang pak cik kak Ariq ni kacak,mula la nak menggeletis.
YOU ARE READING
Assalammualaikum Cinta!
RomancePernah dengar tentang psycho? Ala orang yang boleh dikatakan agak gila daripada orang gila. Tapi yang bijaknya tentang si psycho ini, mereka tidak akan tunjukkan bahawa mereka mempunyai penyakit sebegitu. Macam itu juga dengan kisah Ad. Tidak dia sa...