AY 1

47 6 1
                                    

Sedar tak sedar , sudah sebulan berlalu . Nampaknya lagi beberapa hari lagi aku akan kembali ke sekolah . Kini , aku menimba pengalaman baharu di tahun yang baharu . Rindunya tak terkata pada rakan - rakan seperjuanganku .

"Naurah!!"

Panggilan dari abang sulungku memecah kesunyianku pada pagi itu . Aku segera menyahut dan menapak turun ke ruang tamu .

"Ada apa along panggil ni . Terjerit semacam macam Naurah sesat kat hutan hmp " . Aku bertanya sekali pakej merungut . haip tak baikk .

"Jom ikut along ke mall . Pergi panggil angah sekali . Along nak cari keperluan Naurah untuk sesi persekolahan yang tak lama lagi mula ni . Suruh angah ikut sekali . bawa laptop dia untuk dibaiki .Lama dah tak jalan dengan budak satu tu . "

"Ok angah . Arahan diterima ! Beri masa 30 minit dari sekarang okay ? Okay kan . tak usah jawab hehe . Cau luh " . Izman hanya menggeleng melihat sikap Naurah yang satu tu . Riang dan ceria apabila bersama dia dan Hafiz atau lebih mesra dipanggil angah dalam keluarga kecil mereka .

Hanya hidup bertiga selepas disahkan ibu bapa mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya sejak 4 bulan yang lalu . Seterusnya syarikat hak milik arwah abahnya diserahkan kepadanya pada umurnya yang sudah mencecah 22 tahun . Nasib ada Pak Ngah dan sepupunya Farhan yang sudi membantu sedikit sebanyak dalam industri perniagaan yang diceburi oleh arwah abahnya dahulu kala .

***

Tok tok tok !

"Assalamualaikum Pak Hafiz . Boleh gue bicara sebentar . Buka pintunya dong ."

"Waalaikumussalam" . Duh , budak indonesia mana ni yang sesat jalan alih alih terus depan bilikku . Bikin saspen nih .

Tombol pintu dipulas . 1 , 2 , 3 .

" Aduhhhhhhhh!! "

Angah menjentik dahiku kuat . Aku mencebik .

"Jangan nak memandai lain kali . one more , jangan mencebik . Nak angah ikat ke mulut muncung tu ? Biar tak bersuara , tak makan tak minum 1 bulan hmph?". Perlinya .

"Eh , sukatilah . Tapi Naurah tahu angah mesti terkejut punya kan . " Aku mengekek ketawa .
" Eh . Bukan sebaliknya eh? Ada orang tadi tu kena jentik dahi . Budak tu yang terkejut dahi suci dia kena jari setajam duri milik Muhammad Hafiz Furqan . " . Bangga Angah .

Aku berdecit . " Ah sudahlah . Layankan angah sampai Naurah berjanggut pun takkan habis punya . "

" Ohh orang perempuan ada janggut .. hmm.. baru angah tahu kala ini " . Katanya sambil mengusap dagunya .

"Eeeii.. dahlah . cepat siap . Along ajak pergi mall . Angah ikut sekali . bawa laptop angah yang rosak tu .cepat tau . dalam masa 30 minit dari sekarang . Minta diri dulu bro ! " . Cakapku laju lalu berlari anak ke bilik tidur ku untuk menyiapkan diri .

Dari dalam aku dengar Angah membebel sebab aku main lari masuk bilik tanpa mendengar respon dariku . Hahahhahaha . Aku ketawa jahat sambil melangkah ke almari .

Aku mengenakan seluar slack hitam , blouse muslimah berwarna soft purple paras lutut dan shawl labuh berwarna dark purple .
Bedak ditempek sedikit ke muka . Pakai pelembap bibir supaya bibir tak kelihatan pucat . Aku capai handbag hitam yang tergantung di belakang pintu bilik dan melangkah turun ke ruang tamu dengan girangnya .

" Ok Along . Dah siap . Mari gerak ." Kataku .

"Lebih 5 minit . Tadi kata setengah jam je ? " . Kata Along dengan riak selamba .

"Tu , malaun tu ajak fight tadi . Nasib Naura mengalah awal . " . Aku menunjuk Angah yang sedang mengemaskan dirinya di hadapan cermin utama di ruang rumah itu . Dia tersengih .

Appreciate YouWhere stories live. Discover now