AY 2

23 3 0
                                    

"Belajar elok elok okay ? Balik nanti angah yang jemput Naurah " . Kata Along setiba kami di perkarangan sekolahku . Aku mengangguk seraya menyalami tangannya .

"Bagitau angah , Naurah pulang awal hari ni . Jam 1.00 ok ? " . Giliran along pula mengangguk angguk .Aku meminta diri untuk melolos keluar dari pintu kereta milik along .

Aku mengiringi pemergian kereta tersebut dengan mata . Aku berpaling menghadap pagar sekolah .
Oh school and all student ! I ' m back . Kataku dalam hati sambil tersenyum sinis .

Menyedari kedatangan pelajar berpusu pusu menuju pagar sekolah . Aku mematikan senyuman . Gaya muka serius aku pamerkan .

Aku melangkah senada menuju ke arah seorang pengawas lelaki yang bertugas mengawal kedatangan pelajar . Dia yang sedang menulis sesuatu di buku notanya terus menghadap ke hadapan sesudah menyedari kehadiranku . Penolong ketua pengawas dah marehhh .

" Awal hari ni . Saya bangga . Terus kekalkan sampai hujung tahun . " . Aku terasa lucu ketika dia tersengguk sengguk mengiyakan kataku . Kecut lah tu . Namun mukaku tak pernah akan beriak lucu .

" Tulis nama pelajar yang lewat datang ke sekolah tanpa terlepas seorang pun . Tiada istilah pilih kasih dalam menjalankan amanah awak . Hantar senarai nama kepada saya semasa waktu rehat nanti . Saya mahu tepat pada masanya dan jangan terlepas pandang . Ada faham ? " . Kataku panjang lebar sambil mengemaskan jam tangan di pergelangan .
Sekali imbas dah macam kak long kawasan . pergh .

"Baiklah , saya faham . " . Katanya .

"Good". Kataku sekilas pandang dan terus masuk menuju ke kelas Tingkatan 5 Ar Raudhah . Tak sabar rasanya hendak berjumpa dengan rakan rakan yang sekepala .

***

Aku berdehem . Membetulkan suara .

"Assalamualaikum". Aku memberi salam sambil tangan memainkan peranan mengetuk pintu .

"Waalaikumussalam" . Ketiga - tiga gadis yang paling awal tiba di kelas kami itu memandang aku serentak .

"Naurahhhhhhhhh!!!"

Arghhh.. Aku paling pantang orang over ni . Aku lantas mengangkat kening sebelah kanan sambil tangan berpusing pusing di tepi kepala .

"Mereng eh?" . Kataku dengan riak berkerut . Sah lah ni mereng plus over di hari pertama sekolah .

Mereka ketawa kuat . Aku pantas menegur lembut .

"Shh".

Mereka diam seketika .

"Aku rindu kau beb . Lama tak dengaq khabaq hangpa . Pasai pa tak buka phone hang ? " . Aku ketawa kecil mendengar soalan Naylah .

" Weh Nay , geli tau telinga aku ni dengar loghat utara kau . Sebenarnya , aku tukar phone tapi lupa nak inform korang . " . Mereka mengangguk . Aku duduk di sebelah Wisyah .

"Acah kedah konon ". Perli Wisyah . Aku tersengih mendengar perliannya . Di antara kami berempat , Wisyah lah yang paling banyak perli dan sakat . Nayla pula sangat kebudak budakan namun apabila sampai ke situasi yang memerlukan kematangan , dia akan berubah 360° . Sungguh mengagumkan .

"Dahlah , merah muka dia kena sakat weh . So funny " . Bela seorang gadis yang sedari tadi menutup mulut . Puteri Azrya Farafishah . Seorang gadis elegan yang tersangatlah sinis dan sombong hampir hampir sama sombong macam aku . Namun , bersama kami , dia seorang yang sporting .

Naylah mencebik . Walahhh.. Comel Nay . Jangan buat .

" Dahlah korang , oleh kerana korang semua awal datang hari ni , aku nak kita berempat susun kerusi untuk perhimpunan pertama yang bakal bermula sebentar lagi . Sebelum guru - guru dan pelajar lain sampai . Jom . " Aku berkata sambil berdiri daripada kerusi . Harap mereka tidak menghampakan permintaan ku lah agaknya . Mereka masih duduk.

Appreciate YouWhere stories live. Discover now