AY4

20 2 0
                                    

" Tengku Harraz dan Tengku Melinaa ! "

Aku menyeru nama mereka berdua dengan jeritan yang sedikit tegas . Tercenggang kesemua pelajar yang berada di kantin .Sudahlah aku ke sini bersendirian .
Wisha , Nayla dan Azrya pula berkunjung je perpustakaan untuk mengembalikan buku .

"Yes Naurah Imanina . Whats your problem ?"

Dia boleh tanya aku masalah aku . Minah ni sah dah senget . Jelas mata ku melihat dia dan Tengku Harraz beasmaradana di khalayak ramai . Atau lebih tepat lagi bersweet sweet dengan Tengku Harraz sambil mengkritik pelajar tingkatan 1 yang baharu .

Sangatlah memalukan manusia sebegini . Sungguh dia hanya merosakkan imej sekolah .

"Saya tiada masalah . Sekarang awak yang bermasaalah . Tak sedar ke apa yang kamu berdua tengah lakukan ni ? " . Kataku tenang. Walaubagaimanapun kemarahanku , selagi boleh dikawal , aku masih boleh mengawal sopan santun bahasaku tetapi terselit nada tegas didalamnya .

"Apa yang kamu dah buat ? Kau tak payahlah masuk campur lah Naurah . Kau tumpukan je lah dengan hidup kau . Tak usah kacau hidup kitorang . Kan baby ? "
Harraz bersuara .

Melinaa hanya menggangguk sambil melentokkan gaya badannya . Sumpah , aku menyampah .

"Saya tak masuk campur . Tapi ini adalah tugas saya . Tolonglah . Tolong tunjukkan teladan yang baik buat junior . Susah ke ? " .

"Tak susah pun . " . Melinaa menjawab .

" Habis tu ? "

" Kami tak ingin lah nak ikut cakap kau . Kau fikir kau siapa ? ". Sambung Harraz dan dipersetujui Melinaa .

Aku mendengus geram .

" Watch your mouth " . Bisikku sebelum melangkah pergi . Semua pelajar seisi kantin hanya memandangku berlalu pergi sebelum aku hilang dari pandangan . Perkara ini biasa buatku dan mereka faham apa tugasku dalam sekolah ini .

Mereka berdua semakin mencabar . Aku mengeluh perlahan . Hilang selera ku untuk membeli makanan .
Langkah kakiku aku atur menuju ke bilik guru .
Aku perlu laporkan kehadiran lambat pelajar kepada guru disiplin .

Dalam perjalanan , aku berselisih dengan geng Firhad .

" Naurah , apa kecoh kecoh kat kantin tu ? "

Aku menarik nafas .

" Harraz dan Melinaa buat hal . Aku sebal plus penat dengan diorang ni . Tak pernah penat buat masalah .
Firhad , aku harap kau sendiri , kau , akan lebih ambil tindakan dan tegas terhadap mereka . Jangan sambil lewa kalau tak , makin naik kepala mereka nanti . "

Kataku panjang . Kan dah kena . Penolong yang tazkirah ketua pengawas . Tak pernah pernah dibuat orang . Di satu sisi , Syahran hanya tersenyum nipis mendengar bicara wanita yang digeruni ramai ini . Entah kenapa dia tercuit dengan keletah Naurah yang ala ala tegas itu .

" Okay maam . Nak kena diorang tu . Eh , untuk program orientasi , cikgu Azril maklumkan bahawa semua pelajar form 5 yang terpilih sahaja akan handle ."

Aku menggangguk . Aku menoleh sekilas ke arah Faiz dan Syahran yang berada d belakangnya .Mereka sibuk meneliti keindahan sekolah ini .

" Berapa hari ? "

"2 hari 1 malam ."

Pergh.. Orientasi kali ni memang makin complicated .
Siap dengan pakej bermalam lagi .

" Kalau macam tu , petang ni kumpulkan semua pelajar tingkatan 5 yang terpilih sahaja dan jumpa di bilik mesyuarat pada jam 1 petang nanti hingga selesai . Kita kena percepatkan perbincangan kita " . Kataku . Kalau last minit nak bincang , memang akan porak peranda lah program tersebut hanya kerana sikap sambil lewa yang dipamerkan oleh para ajk .

Program sebegini bukanlah satu perkara yang diuruskan dalam sekelip mata . Keperluan ,kebajikan dan keselamatan peserta hendaklah kami jaga sebaik mungkin . Oleh itu , barang yang banyak diperlukan dalam menyelesaikan program ini dengan jayanya .

Pernah berlaku suatu ketika dahulu , program orientasi pelajar form 1 sekolah ini . Semasa itu , aku berada di tingkatan 3 . Program tersebut berjalan dengan jayanya namun , akibat daripada kecuaian pihak penganjur sendiri , maka semua pelajar tidak dihidangkan dengan makanan dan mereka mendapat sijil penyertaan dengan nama yang berlainan .

Itulah akibat mereka yang tidak membuat persediaan dengan lebih awal dan kemas .

Back to real .

" Ok . Nanti aku ambil kunci kat pejabat sekaligus minta keizinan dari tuan pengetua ."

Aku mengiyakan .

" Oklah aku minta diri dulu . Apa apa roger. Faiz , Syahran . Aku gerak dulu . "

Aku meminta diri untuk ke bilik guru . Walaupun aku jenis yang hati batu , namun kekadang , dengan rakan sekelasku , sikap sporting dan peramah ku akan datang secara tiba tiba . Harap mengerti .

Firhad , Syahran dan Faiz hanya mengangguk tersenyum mengiringi pemergianku dengan ekor mata .

Jikalau pelajar lain lihat mereka senyum serentak kepada mereka , sudah pasti kes histeria sudahpun bermula . Tetapi tidak bagi aku , si hati batu .

***
"Dengar dengan jelas dan teliti , saya akan sebutkan senarai pembahagian ajk .

Bermula dari ajk pendaftaran iaitu Nayla dan Faiz .
Ajk pentas iaitu Farhanah dan Qayyum .
Ajk disiplin iaitu Firhad dan Wisya .
Ajk kebajikan iaitu saya dan Syahran .
Dan ajk masakan iaitu Azrya , Afiq , Rina dan Haqim .

Itu sahaja . Sebarang bantahan boleh rujuk dengan Cikgu Tahir kerana beliau yang membahagikan kita semua dalam tugas masing masing . "

" Bila nak beli barang ? " . Tanya seorang rakan sekelasku yang bernama Rina .

" Kita lihat siapa yang lapang pada hari jumaat . " Kataku putus .

Aku berdehem untuk memberi laluan kepada Firhad untuk menyambung .

" Untuk aktiviti yang dijalankan seperti yang kita bincang sebentar tadi , semua ajk akan turut terlibat sama dalam menjayakannya . Untuk hari esok , khamis dan jumaat , kamu semua dikehendaki pulang lewat sedikit untuk persiapan bagi program ini . Apa apa makluman tambahan , saya akan maklumkan di grup .
Itu sahaja . Kita tangguhkan majlis kita . Semua boleh bersurai ."

Setelah mengemas bilik mesyuarat yang telah diguna , kami bergegas pulang . Dalam perjalanan menuju pagar sekolah . Wisya tak habis habis merungut.

" Kenapa aku jadi ajk disiplin pula ? "

" Aku takdelah tegas sangat "

" Kenapa bukan kau Naurah ? "

Bukan aku tak mahu , cuma rehatkan suara untuk kem lain yang akan dianjurkan .

" Terima je k ? " . Kataku .

Dia mencebik.

Nayla menyambung lagi . " Untung tau kau dapat sama tugas dengan your idol . Betul tak ? " .

" Memanglah untung Naylaa .. " . Azrya masuk menambah perencah dalam usikan .

" DIAM!!!!"

Kami bergelak ketawa sehingga sampai ke pagar sekolah .

***

Soryy gais chapter ni pendek dan bosan .
Its okay .

Enjoy para readers !

Appreciate YouWhere stories live. Discover now