Chapter 6

657 55 57
                                    

•Restaurant Carat•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•Restaurant Carat•

Joshua, Jeonghan dan Seungcheol menikmati hidangan masing-masing tanpa sepatah kata.

Sekali-sekala mata Joshua memerhatikan Seungcheol. Dia perasan Seungcheol asyik mencuri pandang ke arah Jeonghan yang sedang makan. Dia ada idea.

" Jeonghan... Awak makan comotlah. Macam budak-budak. Sini,biar saya bersihkan. " Kata Joshua lalu mengelap sisa makanan yang terpalit di tepi bibir Jeonghan dengan ibu jarinya. Jeonghan terkesima bercampur malu dengan tindakan spontan Joshua itu manakala mata Seungcheol membuntang besar melihatnya.

" Shua... You don't have to do that next time. Saya boleh bersihkannya sendiri." ujar Jeonghan dengan pipinya yang memerah.

" Awak suka makanan dekat sini ? " soal Joshua sekaligus mengalih isu tadi.

" Nae.. Saya suka. Makanan di sini semuanya sedap-sedap macam yang awak katakan. " kata Jeonghan yang sememangnya suka makan.

Joshua tersenyum senang mendengarnya. " Saya dah agak yang awak akan sukakannya. Saya tengok awak makan dengan berselera betul." katanya.

" Masige mogo. Saya yang belanja harini." ujar Joshua. Jeonghan hanya mengangguk dengan senyuman tipis.

Okay, Seungcheol memang tidak wujud di sini. Dia hanya menahan cemburu sepanjang mendengar perbualan mereka .

" Awak okay, cheol? Ada nak apa-apa tak ?" soal Jeonghan prihatin bila Seungcheol hanya berdiam diri sejak tadi.

" Saya okay dan takpe, makanan saya masih ada. " balas Seungcheol dengan senyuman palsu.

" Jeonghan...makanlah banyak sikit tauhu ni. .Banyak juga manfaatnya untuk diri awak kalau awak makan." kata Joshua seraya memasukkan beberapa ketul tauhu menggunakan chopsticknya ke dalam pinggan makanan Jeonghan.

Jeonghan teragak-agak untuk makan tauhu itu.

" wae anmogo ? You didn't like it ? " tanya Joshua. Dia tidak tahu yang Jeonghan ada alahan pada makanan itu.

" Or you want me to feed you?" belum sempat menunggu respons Jeonghan, Joshua sudah pun menyepit seketul tauhu dan menyuakan ke arah mulut Jeonghan.

Seungcheol menarik tangan Joshua. Entah bagaimana, seungcheol pula yang makan tauhu itu membuatkan Joshua dan Jeonghan tercengang buat seketika.

xxx

Mereka masih di restaurant itu dan lepas kejadian tadi, baru Joshua tahu yang Jeonghan sebenarnya ada alahan pada tauhu.

" Jeonghan. Awak ada sukakan sapa-sapa tak ?" tanya Joshua.

" Ada dan dia ada dalam kalangan kita bertiga." Kata Jeonghan.

Seungcheol yang pada masa itu tengah makan terus tersedak mendengarnya.

" yah, gwaechanna?" Jeonghan yang cemas segera menuang air kosong ke dalam sebuah gelas dan menghulurkannya kepada Seungcheol.

Seungcheol meneguk minuman yang diberi dengan anggukan kecil.

Jeonghan menghembus nafas kelegaan bila tahu yang Seungcheol baik-baik saja.

" Okay , kembali kepada jawapan awak tadi. Awak kata orang yang awak suka tu ada dalam kalangan kita bertiga. Yah, siapa orang tu?" Soal Joshua dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak.

" Orang yang saya suka itu adalah...."

Dada Seungcheol sudah berdebar hebat menantikan jawapan Jeonghan.

" Diri saya sendiri semestinya!" dia kemudiannya tergelak sendiri.

" Yah, Jeonghan beraninya awak mempermainkan kami." kata Seungcheol. Geram pula dengan Jeonghan.

" yelah. Mati-mati saya percaya orang yang awak suka tu betul ada dalam kalangan kita bertiga." kata Joshua dalam nada tidak puas hatinya.

Pandangan mata Jeonghan secara tidak diduga, beralih memandang Seungcheol. Ingin saja dia katakan siapa dia orang itu tapi mana mungkin...dia tidak seberani seperti yang disangkakan.

xxx

Jeonghan,Seungcheol dan Joshua menaiki bas terakhir. Tiada orang melainkan hanya mereka bertiga di dalam bas itu. Mereka bertiga memilih untuk duduk bersama di tempat duduk yang paling belakang.

Joshua mahu duduk di sebelah Jeonghan tapi Seungcheol lebih pantas menyelit di mana kini dia duduk di tengah manakala Joshua dan Jeonghan duduk di sebelah kiri dan kanannya.

" kau jangan ingat aku tak tahu yang kau tu sebenarnya sukakan Jeonghan." kata Joshua perlahan di tepi telinga Seungcheol dengan senyuman licik.

" Dahtu, kalau betul pun.. Apa kaitannya pula dengan kau ?" kedengaran sinis nada Seungcheol.

" Semestinya ada kaitan. Sebab aku pun sukakan Jeonghan." balas Joshua.

Joshua dan seungcheol bertentang mata dengan pandangan yang tajam dan penuh saingan.

Tiba-tiba sebelah bahu Seungcheol menjadi berat. Dia lantas menoleh ke sisi kirinya dan lihat Jeonghan yang sudah lena tertidur di atas bahunya. Dia terasa bahagia untuk seketika.

" Jeonghan-ah.. I love you." bisik Seungcheol.

To be continued...

Preview next chapter⏩

"Cheol. Joshua ajak saya keluar date hujung minggu ni. Awak rasa saya patut pergi atau tak ?" tanya Jeonghan.

" hm. Ikut suka hati awakla." balas Seungcheol acuh tak acuh.

" Cheol..."

Message to readers:

Nothing to say. Just nak cakap sekarang dah chap.6 so harapnya korang still enjoy lah baca story ni. Hope tak semakin bosan. Saya rancang nak buat story ni dengan chapter yang tak +20chap. So kalau takde apa lagi, jumpa korang dalam next update. Bye(●'з')♡

Sent!


✅ 𝐈𝐍𝐓𝐎 𝐘𝐎𝐔 +JeongcheolWhere stories live. Discover now