Chapter 5

677 56 30
                                    

•Toilet sekolah•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


•Toilet sekolah•

Seungcheol dan Soonyoung, masing-masing membasuh tangan mereka di singki setelah selesai membuang air kecil.

" yah, seungcheol. So, amacam ? Lepas blind date yang aku aturkan untuk kau dengan Tzuyu aritu, adakah sekarang kau dah sure tentang perasaan kau kat namja tu? " tanya Soonyoung.

Seungcheol yang sekadar tersenyum menjawab pertanyaan Soonyoung membuatkan Soonyoung yang sedia maklum clueless semakin clueless.

" Soooo... Are you really like him or not?"

Seungcheol dengan malu-malu mengiakannya tapi benar, sekarang dia memang dah yakin tentang perasaannya kat Jeonghan.

" Ceh, sekarang kau nak malu dengan aku pulak." Soonyoung tersenyum-senyum melihat muka merah Seungcheol masa mengiakan pertanyaannya tadi.

" Kau dah sure sukakan dia. And now what ? Apa plan kau ?" tanya Soonyoung.

" Plan ?"  Seungcheol memandang Soonyoung dengan riak wajah berkerut, tanda tidak mengerti.

" yelah plan. Aku nak tahu lah juga kalau kau ada plan nak luahkan perasaan kau kat dia pulak ke apa lepasni." kata Soonyoung.

" Ahhhh... Tentang tu...." Seungcheol membiarkan ayatnya tergantung seketika sambil mengusap belakang lehernya. Kemudiannya dia menggeleng.

" okay jap. Sebelum tu aku nak tahu siapa namja tu ?" tanya Soonyoung.

" JeongHan." Beritahu Seungcheol secara terus-terang kerana baginya Soonyoung memang patut tahu.

" JEONGHAN ?!"

" Yah, dah tu kau tunggu apa lagi gila ? Kau tahu kan ramai lagi budak sekolah kita yang lain yang gilakan dia ? Tapi tula nak cakap... sementara kau masih ada peluang ni, ada baiknya kau bertindak cepat.  Hmm tu pun kalau kau rasa taknak berputih mata di kemudian hari la. " kata Soonyoung dengan nada mencabar.

Soonyoung yang perasan wajah Seungcheol yang berubah cuak serta-merta,terus tersenyum nipis melihatnya. Semoga kalini dia berjaya buat Seungcheol confess pada Jeonghan.

xxx

" Cheol. Temankan aku pergi bilik guru jap. Aku nak kena hantar buku latihan math ni. Pleaseee... Temankannn..." pujuk Mingyu.

" Alahhh mengada lah kau ni. Pergi jelah sorang. Bukan ada yang nak culik kau pun." kata Seungcheol. Dia rasa malas nak berjalan keluar daripada kelas sekarang.

" Ada. Wonwoo. Nanti dia culik aku camna?" seloroh Mingyu lalu dia menerima ' rolled eyes' daripada Seungcheol kerana bersifat terlebih mengada-ngada.

"Jomlah lagipun japgi dah rehat." pujuk Mingyu lagi.

Seungcheol sekadar mempamerkan 'poker face'.

" pleaseeee~" Mingyu membuat 'puppy eyes'pula kalini pada Seungcheol.

" eyyy kau ni kann... K lah. Aku temankan." Seungcheol akhirnya kalah juga dengan 'puppy eyes' Mingyu.

" YEAYYY."

xxx

•cafeteria•

" Weh, cheol. Tu Jeonghan kan ?" tanya Mingyu pada Seungcheol yang duduk makan di sebelahnya.

" Mana ?" mata Seungcheol meliar kiri dan kanan mencari dimana Jeonghan berada.

" Bertentangan dengan meja makan kita ni ja... Selang empat baris." beritahu Mingyu dan lantas Seungcheol memandang secara lurus ke depan.

" Betullah kan tu Jeonghan ?" mingyu bertanya lagi.

" Eum~" balas Seungcheol. Tiada namja lain lagi dalam sekolah mereka ini yang berambut panjang kalau bukan Jeonghan.

"Siapa lelaki yang dengan Jeonghan tu ? Dorang nampak mesra semacam je."  kata Mingyu.

Mingyu tidak dapat menebak siapa lelaki itu memandangkan lelaki itu duduk membelakangi mereka dan menghadap Jeonghan.

" Dorang kawan je tu.." balas seungcheol.

" Kawan apa kalau sampai tolong selit-selit rambut Jeonghan bagai." 

Seungcheol tiada jawapan untuk itu. Dia sekadar memerhati kemesraan Jeonghan bersama lelaki itu dengan pandangan cemburu.

xxx

" Jeonghan.. Jom harini balik sekali ? " ajak Joshua. Dia adalah pelajar dari kelas Gred 5-A2 yang juga merupakan sekadar teman biasa Jeonghan.

" Saya nak bawa awak  makan dekat restaurant favourite saya. Makanan kat situ semuanya sedap-sedap. Jangan risau, saya belanja." kata Joshua dengan senyuman ikhlasnya.

Nak menolak Jeonghan rasa serba-salah tapi kalau dia bersetuju untuk pulang dengan Joshua, bagaimana pula dengan Seungcheol ? Itu yang difikirkannya.

" Jadi macam mana ? Awak nak tak ? Tapi saya harap sangatlah awak tak hampakan saya..." ujar Joshua dengan nada berharap.

" Kalau macamtu boleh tak kalau Seungcheol ikut kita sekali ?"

To be continued...

Preview next chapter ⏩

" Jeonghan. Awak ada sukakan sapa-sapa tak ?" tanya Joshua.

" Ada dan dia ada dalam kalangan kita bertiga." Kata Jeonghan.

Seungcheol yang pada masa itu tengah makan terus tersedak mendengarnya.

Message to readers:

Hi, my lovely readers.  Finally, new chapter already updated. Saya mmg tgh hiatus tapi bila dah ada masa cuti ni terajinlah nak menulis. But it's still too early nak busyy.  Nanti busy mmg confirm2 time cuti pun takdan nak menulis. So, bergantung jugalah. So now back to kalini punya chapter. How was it? Siapa yang teka Joshua dalam chapter sebelum ni tu, korang mmg betul pandai. Heheheu. About next chapter, korang rasa apa pula yang akan berlaku ? Well...let's wait. ^ω^

Sent!

✅ 𝐈𝐍𝐓𝐎 𝐘𝐎𝐔 +JeongcheolWhere stories live. Discover now