BAB 4 : I PROMISE

3K 39 6
                                    

MELANGKAH masuk ke dalam kamar yang sentiasa berbau harum, Zafran tarik nafas dalam-dalam. Wangian lilin lavender yang dinyalakan oleh Hayla memang mampu memberi sedikit ketenangan kepada mental dan fizikalnya. Cukup selesa, nyaman, seronok berada di ruang yang bersih dan kemas. Hilang jugalah sedikit keletihan yang beraja di badan.

Tuala putih yang tersangkut di bahu digosok-gosok ke leher yang berpeluh. Tubuhnya yang hanya bersinglet dan berseluar pendek turut basah dengan keringat. Malam ini dua jam dia meluangkan masa untuk bersenam di gim tingkat bawah kediamannya. Letih memang letih. Tapi ada kepuasan yang tak tergambar setiap kali dia berjaya melengkapkan rutin work outnya.

Pada usia yang baru menjengah keempat puluh tahun, Zafran amat berbangga dengan kecergasan fizikal yang mampu dikekalkan. Penting bagi lelaki sepertinya menjaga bentuk tubuh dan penampilan diri. Dia tak ingin dipandang seperti tipikal lelaki yang telah berkahwin. Selepas beristeri, beranak pinak, tubuh badan mula berubah. Perut semakin lama semakin maju ke depan. Dan dia percaya dengan usaha keras dan konsisten, otot-otot tegap di badannya ini boleh dikekalkan lebih lama lagi.

Pandangannya tertarik kepada beberapa buah beg kertas yang bersusun di atas katil. Sambil tangan kiri mengelap tengkuk dengan tuala, sebelah lagi tangannya sibuk menyelongkar isi kandungan beg tersebut. Dikirai satu per satu baju yang dibeli oleh Hayla siang tadi. Tangan yang memegang sehelai blaus kosong berwarna biru muda, diangkat lurus ke depan. Terteleng kepalanya ketika mengamati detailing blaus tersebut. Hmmm... not bad. Puji hatinya sendiri.

Semakin lama dia lihat cita rasa Hayla semakin baik. Tak macam dulu, kolot dan nampak sangat kekampungan. Tengoklah cita rasa perempuan itu sekarang. Empat helai baju yang dibeli oleh Hayla hari ini semua lulus penilaiannya. Potongan moden, simple dan warna yang menarik.

Kebaya nyonya berwarna kelabu yang dipadankan dengan kain batik ini paling cantik di matanya. Bentuk tubuh Hayla pasti akan lebih menyerlah dibaluti kebaya pendek begini. Walaupun ada corak berbunga di bahagian kain, tapi dia boleh berkompromi lagi. Asalkan bukan sepenuh-penuh baju itu ditaburi corak bunga. Sakit mata tengok!

Dalam diam sebenarnya Zafran sangat berbangga dengan trophy wife yang dia miliki. Berbanding isteri sepupu- sepupunya yang lain, wajah Hayla boleh dikatakan yang paling cantik. Dia hairan macam mana perempuan kampung seperti Hayla boleh memiliki kejelitaan yang sangat eksotik. Unik. Tak seperti perempuan Melayu biasa. Tapi taklah rupa pan-Asian sebab Hayla bukan berdarah kacukan.

Dengan usia yang masih muda, tubuh Hayla boleh digambarkan sebagai cukup sempurna. Berpinggang ramping dengan lekuk-lekuk terbentuk indah. Seksi! Mampu menggiurkan mana-mana mata lelaki yang memandang. Sebab itulah dia sentiasa menekan dan mendesak Hayla agar bijak berfesyen. Kalau tak, tak mungkin sepadan mereka berjalan berdua. Memalukan!

Nak termuntah kalau dijenguk semula kisah lalu di belakangnya. Ketika mereka baru-baru mendirikan rumah tangga dulu, mata ini seperti mahu bernanah melihat penampilan kolot Hayla. Pure kampung! Kalau bukan baju kurung lusuh yang berbunga-bunga, pakaian rasmi Hayla di rumah hanyalah T-shirt longgar dan kain batik. Naik keliru dia. Terasa macam ada tiga orang pembantu rumah pula.

Terkenal sebagai sosialit yang punya pesona dan gaya hebat, sudah pasti Zafran sentiasa mahu menjaga kelasnya. Kalau dia sering tampil segak, tampan dan up to date, takkanlah nak digandingkan dengan perempuan tak reti berfesyen? Gelilah! Mahu tak mahu, terpaksalah dia melibatkan diri. Benci-benci pun terpaksa buat juga.

Tak cukup baik ke dia tolong pilihkan stail pakaian Hayla? Bukan setakat itu saja, didaftarkan pula Hayla ke kelas grooming. Sanggup dia modalkan sejumlah wang untuk membentuk isteri yang sempurna di mata semua orang. Isteri yang sesuai dengan cita rasanya. Kalau bukan kerana usaha kerasnya, ingat Hayla boleh jadi cantik macam sekarang? Memang taklah! Dia berani kerat jari.

I PROMISEWhere stories live. Discover now