FOTO di tangan, dia tatap semahu hati. Sejak sejam yang lalu dia lakukan itu.
"Ana Zahirah." Perlahan saja julat suara menyeru nama Zahirah tapi dinginnya nada itu mampu bikin bulu roma sesiapa merinding!
"Aku tak habis fikir. Kau dan aku sama aje tapi kenapa kau tak boleh faham aku? Kenapa kau tetap buat apa yang aku tak nak kau buat?"
Sungguh, dia berang dengan keputusan Zahirah. Sangat-sangat mengecewakan!
"Kau... Mengecewakan aku. Tapi tak apa. Aku akan terus-terusan bagi kau peluang. Aku akan buatkan kau sedar, inilah sebenarnya peluang kau untuk lepaskan segala perasaan kau. Aku akan sedarkan kau yang inilah jalan terbaik untuk orang macam kita."
Foto Zahirah tak lagi ditatap dia. Sekarang seraut wajah Aydin pula memenuhi kornea mata. Aydin, satu watak yang termasuk ke dalam dunia permainannya secara tidak sengaja. Satu watak yang...
"Menarik."
Dia berkata sendiri sambil mengulum senyuman lebar. Memerhatikan Aydin dari jauh, dia rasa seronok. Terhibur apabila Aydin dan pasukannya hanya menemui jalan buntu sedangkan dia di sini bebas berkeliaran selepas menarik beberapa nyawa.
Awal-awal dulu sewaktu dia memulakan permainan nyawa ini, nama Aydin tidak termasuk dalam senarainya. Tak pernah langsung dia tahu tentang kewujudan seorang Aydin tetapi sekarang, nama itu mencuri perhatiannya. Aydin telah menduduki carta kedua tertinggi di dalam kepalanya sementara Zahirah kekal di nombor satu. Nak kata apa? Perasaan berdaya saing dia melonjak naik!
"Aku dah outsmart kau. Aku akan tetap outsmart kau. Aku akan selalu outsmart kau," kata dia seraya mengusap bahagian kepala Aydin di dalam foto.
Dia letakkan foto Aydin bersebelahan foto Zahirah. Mata tertancap pada satu lagi foto. Dia sekadar merenung lelaki di dalam foto tersebut sebelum menjongket bahu kemudiannya. Tangan mencapai sebuah buku nota lalu diselak sehinggalah foto Lianna menyapa penglihatan. Dengan senyuman melebar, dia capai marker pen merah. Tanda X dibuat besar-besar pada foto Lianna.
"Selamat jalan, Lianna."
YOU ARE READING
Jagakan Aku
Misterio / SuspensoTajuk: Jagakan Aku Penulis: Syu Ariani Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-139-4 Harga: RM29.00 (Semenanjung) // RM32.00 (Sabah & Sarawak) Terbitan : September 2019