BAB 3 - Kelas Yang Sama

3.6K 173 31
                                    

Katakam saja,
I love you Rudy!.

🍁🍁🍁

Ali tercari-cari kelas yang diberitahu oleh guru di pejabat sebentar tadi. Matanya melilau mencari-cari kelas yang dimaksudkan oleh Puan Dayang. Iaitu kelas 4 Mya 1. Namun hampa apabila kelas yang dicari tidak dijumpai. Kakinya masih lagi melangkah untuk mencari kelas yang dikehendakinya.

Terkadang dia mengeluh sendiri. Terasa menyesal menerima tawaran sekolah ini. Jika di sekolah lama dia sering dibuli inikan di sekolah barunya. Sudahlah sekolah berprestej tinggi. Memang teruk dia akan dibuli lagi-lagi dengan lelaki yang baru sahaja dilanggarnya.

"Kenapa lah nasib aku selalu malang" gumamnya.

"Tak baik mengeluh, kau budak baru ke?" Soal lelaki yang berada di sebelahnya. Senyuman diberi lalu kaca matanya dibetulkan sedikit.

Ali kaget. Pantas sahaja dia memalingkan wajahnya. Senyuman diberi.

"Haaha, aku budak baru. Dari tadi aku cari kelas tapi tak jumpa" rungut Ali. Amboi, sudahlah dia tidak mengenali lelaki yang sedang berjalan bersamanya ini. Pandai sahaja dia merungut.

Lelaki berkaca mata itu tergelak kecil melihat telatah Ali yang tersipu malu seakan perempuan. Huluran tangan dimulai.

"Aku Khairil. Boleh panggil Khai dan ni kucing ak Arron" perkenal lelaki yang berkaca mata itu dengan senyuman. Kucing yang berada di bahunya diusap lembut. Tanda sayang.

Ali menyambut huluran tangan Khai. Mereka berjabat tangan tanda persahabatan mereka dimulai. Khai tersenyum kecil. Untung sahaja dia menegur Ali. Dapatlah juga dia teman baru.

"So, jom aku tunjuk kau dekat mana kelas 4 mya 1" ujar Khai. Ali mengukir senyuman lebar. Tanda gembira. Lantas sahaja tubuh Khai dipeluk erat.

"Thanks Khai!" Teruja sangat sampai lupa dia telah memeluk Khai. Khai gelak. Lawak pula perangai Ali seakan budak-budak.

🍁🍁🍁

4 Mya 1.

Tok! Tok!

Encik Saiful berpaling ke arah ketukan pintu itu. Senyuman kecil terukir. Ali perlahan-lahan melangkah ke kelas itu bersama Khai. Khai sudah pun mengambil tempatnya. Manakala Ali harus memperkenalkan dirinya dahulu.

"Murid-murid kita ada murid baru. Perkenalkan diri kamu Ali" arah Encik Saiful bersama senyuman.

Ali mengangguk perlahan. Baru sahaja dia mahu menbuka mulutnya. Kedua matanya tertacap pada satu susuk dingin yang sedang memandang tajam ke arahnya. Ali meneguk liur kasar. Tidak sangka mereka akan bertemu semula. Ingatkan hanya sebatas kejadian yang menimpa dirinya tadi. Aduh, malangnya nasib dia di hari pertama persekolahnya.

"Ali, perkenalkan diri kamu. Mengelamun pulak budak ni" sekali lagi Encik Saiful memberi arahan. Kali ini nada suaranya agak tinggi.

Ali tersentak.

"Maafkan saya cikgu. Nama aku Ali Bin Ghazali. Aku dari SMK Victory III" ringkas sahaja perkenalannya. Wajahnya ditundukkan sedikit.

"Panggil apa?" Soal salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut.

"Ali" ringkaa jawapan yang diberi oleh Ali.

Encik Saiful dan para pelajar yang lain mengangguk faham. Ali senyum. Namun matanya masih menatap lelaki beku yang duduk di meja hujung tingkap itu.

"Baiklah Ali, kamu boleh duduk di sebelah Rudy. Rudy kamu ok kan kalau Ali duduk sebelah kamu?" Soal Encik Saiful kenapa anak didiknya itu. Pendiam sangat Rudy ni.

Rudy mengangguk sahaja menandakan tanda setuju. Begnya dialihkan supaya Ali bisa duduk di sebelahnya. Perlahan-lahan Ali melangkah dan duduk bersebelahan Rudy. Rudy memandang Ali kosong.

'Kenapa lah aku boleh sekelas dengan gengster ni' bisik hatinya. Tidak senang duduk dia bersebelahan Rudy. Tambahan pula kedua mata lelaki itu tidak kalih memandangnya. Seram pula dia.

"Aku tak hamak pun nak tengok kau" kata-kata Rudy menyentakkan lamunan Ali yang sudah jauh terbang ke awan biru. Ali mencebik.

"Baguslah kalau tak hamak. Sebah daripada tadi kau asyik pandang wajah aku je. Kenapa?" Tempelak Ali geram.

Tak hamak acik dia lah!. Rudy menahan geram. Berani dia lawan aku!. Tunggu nasib kau.

TBC..

Selamat pagi guys!
Hola! Dah lama tak update kan haha
So yes, i update dah ni
Vote banyak2 ok?
Mula dri hrini buku ni akn diupdate dri semasa
Ke semasa

Stu lagi, peminat fangboy?
Berita baik! Ada buku untuk fangboy
Boleh jenguk2 ok?
Jangan lupa vote! Bru ku update bab 1

And jangan lupa support smua cerita rai
Thanks tau! Ni tak sendu je buku2 rai
Nak delete pun ada!

Comment&vote. Jangan lupa tau!
Enjoy your reading my beloved readers.
Typo? Abaikan!

[C] Rudy, I Love You! [RULI]✅Where stories live. Discover now