BAB 1

1.6K 76 5
                                    

Dina melangkah mengharungi kesesakan manusia di pusat pengajiannya. Tujuan mereka adalah sepertinya, mahu pulang ke rumah selepas ini. Lebih seronok, cuti semester baru bermula.

Anggun setiap langkah yang diambilnya. Setiap langkahnya juga menunjukkan sisi dirinya yang berkeyakinan. Rambut paras dadanya yang tidak terikat bebas ditiup angin.

Dengan senyuman yang tidak pudar dari tadi, anak tangga didaki satu- persatu untuk ke hostelnya.

"Apa ni.. Kau orang dah kemas beg siap- siap?" Buku yang didakap kemas diletakkan di atas meja belajarnya seraya berpusing menghadap rakan sebiliknya yang enak meluruskan pinggang dengan bagasi di sisi katil.

"Eh Dina.. Bila kau masuk?" Hilang mood baik Dina mendengar soalan itu.

"Ini ke roommate? Aku masuk pun tak perasan. Apa yang kau orang tengok kat telefon tu. Khusyuk sangat nampak." Dina bergerak mendekati katil. Dia mengintai telefon Athirah, yang menyoalnya tadi.

"Nak travel, huh?" Athirah menjatuhkan kepala dengan senyuman lebar. Dina menggelengkan kepala.

"Untunglah.." Komennya sambil mengorak langkah ke katil sebelah. Hanya tinggal beberapa sahaja tapak lagi, Dina mengubah langkah.

"Asfa tak payah tengok pun dah tahu apa dia buat. Mesti layan video oppa Kpop dia, kan?" Soalnya pada Khaira setelah dia tiba di katil seorang lagi rakan sebiliknya yang turut ralit bermain gajet. Khaira menjatuhkan kepala, setuju.

"Handsome tak?" Soal Khaira sambil menghulurkan telefonnya pada Dina.

"Bolehlah.." Komennya jujur sebelum mendapatkan bagasinya.

"Kau ni tak pandai menilai lelakilah. Hot macam ni kau boleh cakap bolehlah je? Aku tak tahulah type lelaki macam mana kau suka." Dina mengangkat bahu. Dia sendiri tak tahu. Eh bukan, dia tak pernah fikir tentang itu langsung.

"Aku suka.." Dina berjeda.

"Wah.. Semua pandang aku. Topik macam ni memang kau orang suka, kan?" Athirah, Khaira serta Asfa mencebik serentak.

"Salah. Tapi kau yang bercakap tentang topik ni tarik yang perhatian kita orang!" Kali ini Dina pula mencebik.

"Cepatlah habiskan ayat kau!" Desak Asfa tiba-tiba. Khaira dan Athirah menjatuhkan kepala.

"Haih.. Berminat betul kau orang, kan?" Dina sengaja melengahkan. Dia bercakap soal lelaki? Hidup mati balik dia takkan cakap! Baginya jodoh itu ketentuan dari Allah. Buat apa idamkan itu ini dari lelaki kalau sebenarnya jodoh dari Allah itu sebaliknya? 

"Aku lebih suka kalau kau orang tolong aku kemas baju. Boleh- ouch!" Dina mengerutkan dahi. Dia menunduk ke bawah. Sebiji bantal berada di kakinya.

"Kenapa kau orang ni!" Marahnya.

"Padan muka! Main-main lagi." Dina mencebik bibir dengar jawapan itu. Dia mengangkat kepala. Serentak itu dia melepaskan keluhan. Ketiga-tiga kawan sebiliknya kembali melihat telefon bimbit.

"Kau orang memang.." Seorang pun tidak memandangnya. Dina menghembus nafas ke atas buatkan rambut hadapannya berterbangan. Ini tandanya dia geram tapi tak boleh buat apa-apa!

"Tak apalah! Aku kemas sendiri. Seronoklah kan kau orang kelas pagi je. Aku ni sampai ke petang." Pintu locker dibuka. Buku yang diletakkan di meja belajar tadi disusun di dalamnya.

Zip bagasi dibuka selepas membuka pintu almari bajunya. Tangannya tetap bergerak mengambil baju yang berlipat walaupun bibirnya mahu mengukir senyuman apabila mendengar bunyi derap kaki.

[OG] Akad Yang TerlarangWhere stories live. Discover now