BAB 3

825 59 2
                                    

“Assalammualaikum..” Dina menarik bagasinya masuk ke dalam rumah. Dia membiarkan bagasinya itu di muka pintu sebelum melangkah masuk ke ruang tamu yang sunyi.

“Ibu..” Panggilnya.

“Kat dapur ni!” Dina tersenyum. Lantas dia bergerak ke bahagian dapur. Seorang wanita sedang membelakanginya dihampiri. Setelah berdiri di belakang wanita itu, kepala menjengah apa yang sedang dilakukan oleh wanita itu.

“Masak apa tu, ibu.” Dina berdiri di sebelah wanita yang dia gelar ibu itu. Dia hanya melihat ibunya yang mengacau lauk di dalam periuk sambil menutup hidung. Busuk.

“Ikan patin masak termpoyak.” Terjongket keningnya. Tempoyak rupanya. Patutlah busuk. Dia memang tak boleh bau tempoyak. Kuat sangat bau makanan berasaskan durian itu.

“Ibu masak apa lagi?” Soalnya penuh harapan Ibunya masak lauk tambahan.

“Ini je Ibu masak.” Dina mengeluh. Sudah!

“Dina tak makan tempoyaklah, ibu..” Dina bergesel di bahu Ibunya itu. Memujuk supaya memasak lauk tambahan.

“Ikut suka kamulah.” Balasan Ibu buatkan Dina rasa seperti tercekik biji durian. Tidak hadam dek akal. Ibunya sendiri tahu dia tak makan tempoyak. Mestilah kena ada lauk tambahan yang lain. Dia nak makan apa ni?

Sorrylah. Ibu teringin sangat nak makan tempoyak ni. Pandai-pandai kamulah masak sendiri. Buat teluar mata ke.” Dina buat keputusan meninggalkan Ibunya di dapur.

“Tak nak makan malam ni. Kenyang.” Sekerjanya mati. Perutnya terasa sebu. Malas nak masak sendiri.

Puan Dahlia menggelengkan kepala. Entah apalah perangai anak daranya seorang ini. Tempoyak tidak makan. Suruh masak sendiri, malaslah agaknya itu.

Dina menghampiri bagasinya yang ditinggalkan tadi. Dia menarik sehingga ke tangga kemudian mendaki perlahan anak tangga dengan membawa bagasi yang berat.

Masuk sahaja biliknya, dia dapat menghidu bau lavender. Bibirnya tersenyum suka. Hilang penatnya mendaki tangga sambil bawa beg berat tadi.

Pintu ditutup, bagasianya dibiarkan di pintu. Beg galasnya turut ditanggalkan dari badannya. Badannya dilambungkan atas katil empuknya.

“Aku dah balik.” Ujarnya perlahan. Tangannya menepuk perlahan permukaan katil. Sukanya dapat bersama semula dengan katil kesayangannya ini. Kali ini lama dia boleh manja-manja dengan katilnya. Sebab dia sedang cuti semester!

Tangannya meraba beg tangan kecil yang dia bawa bersama. Tali beg itu masih melilit tubuhnya. Telefonnya digagau tanpa melihat. Setelah dapat, telefonnya itu di bawa ke hadapan muka.

Camera di buka. Rambutnya dirapikan lalu bibir melorek senyuman manis dan snap! snap! snap!

Beberapa gambar diambil dengan pelbagai gaya di atas katil. Kemudiannya aplikasi Instagram di buka. Dia memilih gambar yang terbaik untuk dipost di akaun Instagram miliknya.

Setelah selesai, dia letakkan telefon di tepi, namun masih mengenggamnya. Berkali-kali telefonnya itu bergegar tanda terdapat notification masuk.

Mata dipejamkan, menikmati kedinginan biliknya ini. Nyaman. Selesa apabila berbaring seperti ini ketika sedang penat dan lenguh-lenguh disebabkan banyak berjalan. Sehingga tanpa sedar dia terlelap.

__________

Bunyi sayup-sayup azan menyedarkan Dina yang sedang lena tidur. Terpisat-pisat dia bangun sambil mengenyeh mata. Dia melihat jam di pergelangan tangannya.

[OG] Akad Yang TerlarangWhere stories live. Discover now