BAB 7

1.4K 68 8
                                    

Dina terngadah melihat rombongan yang datang ke rumahnya. Ayah dan Ibu kelihatan senang menyambut mereka semua. Dia tahu tujuan mereka beramai-ramai datang ke rumahnya. Seperti yang ayah beritahunya dua hari lepas, pihak lelaki akan datang merisiknya.

Dia berikan senyuman ringkas pada mereka yang perasan kehadirannya yang memerhati dari tingkat atas. Ada di antara mereka mula berbisik sesama sendiri, dan ada juga yang membalas senyumannya. Mana tidaknya, dia adalah satu-satunya bunga terbiar di dalam rumah ini. Dia faham sangatlah.

Mata kembali pada muka pintu apabila ayah dan Ibu masih berdiri di situ menyambut tetamu. Sesaat kemudian, seorang lelaki muncul di hadapan orang tuanya lalu bersalaman dengan ayah.

Dina membulatkan mata sebelum menjerit nyaring buatkan seluruh isi rumah melihat padanya. Segera dia turun ke bawah dan pergi ke pintu utama rumah. Mukanya berkerut-kerut tidak suka melihat lelaki yang berwajah selamba di hadapannya ini.

“Kau buat apa kat sini? Kenapa kau datang sini? Siapa ajak kau ke sini hah?!” Soalnya dengan suara kuat. Bibir dikemam apabila soalannya tidak dijawab. Malah lelaki itu menjelingnya. Tak guna!

“Jawa...” Kata-kata Dina tersekat di kerongkong saat matanya jatuh pada sepasang suami isteri yang hampir kurang sama umur dengan orang tuanya yang dia kenal sangat-sangat.

“Maksu paksu..” Sebutnya perlahan. Pasangan suami isteri itu membalas dengan senyuman.

Ligat kepalanya berfikir apa yang sedang berlaku. Dia hanya kenal pasangan suami isteri yang baru tiba tadi dan lelaki di hadapannya ini. Manusia-manusia di dalam rumah tidak seorang pun dia kenal.

“Kau jangan cakap kau yang nak risik aku tu!” Dina terjerit setelah terfikir akan itu. Dia memandang lelaki di hadapannya seolah ingin menelannya. Dia tahu sangkaannya tidak salah. Pasangan suami isteri itu jelas telah menerangkan segalanya, Ibu bapa kepada lelaki di hadapannya ini.

“Tolong sikit! Aku tak inginlah nak hadap kau.” Dina senyum sinis. Habistu semua ini apa?

“Tak ingin, tapi kenapa kau ada kat sini.  Mulut kata tak nak, tapi hati diam-diam pasang niat. Tak malu.”

Zarith ketap gigi. Sakit hatinya mendengar perlian Dina. Seolah dia yang terhegeh-hegeh pula. Sedangkan... Argh! Malas nak fikir lagi.

“Kau tu apa kurangnya? Terima risikkan aku juga. Tak sedar diri.” Balas Zarith geram bersama sindiran, membalas kata-kata yang dilemparkan kepadanya.

“Aku tak terima pun lagi. Kalau aku tahu kau yang datang aku tak suruh ayah bawa dia orang ni datang rumah. Tak inginlah aku nak tengok kau kat sini. Sakit mata tahu tak. Menyemak!” Balas Dina kasar. meluap-luap rasa marahnya setelah tahu lelaki itu rupanya  yang merisiknya. Macam yang dia kata tadi kalau dia tahu bahawa keluarga Zarith yang akan datang, dia tak akan setuju untuk menerima risikkan ini. 

“Dina! Kenapa cakap macam tu dengan tetamu? Kita dah bincang hal ini kelmarin, kan? Dina akan terima rombongan ini.” Dina  mendengus kuat. Itu sebab dia tak tahu!

“Dina tak tahulah pula lelaki ni yang datang. Ayah pun berahsia sangat, kan. Apa yang nak dirahsiakan tak tahulahh.. Sepupu je pun. Ingatkan artis popular ke apa. Buang masa je.” Usai itu, Dina pusing belakang lalu naik ke atas semula. Sempat dia menangkap suara Zarith memarahinya kerana biadap. Dia ketawa perlahan, sinis. Lelaki itu sama sahaja sepertinya, biadap. Cumanya tadi dia yang banyak kata, jadi hanya dia yang kelihatan keterlaluan.

Zarith melihat belakang tubuh Dina dengan tajam. Sengaja mencari hal dengannya. Kalau dah nama anjing dan kucing, memang tidak boleh berbaik gamaknya! Dia yang bersangka tidak akan berlaku pertengkaran mulut hari ini, rupanya sangkaan itu meleset! Mereka memang tidak boleh mencipta suasana harmoni.

Ini pula berkahwin? Heh, mati hidup balik takkan berlaku. Percayalah. Yang paling penting, ini semua bukan kehendak dia. Orang tuanya yang beria-ria merancang dengan ayah Dina. Entah apa yang orang tuanya lihat pada Dina.

_______

Dina masuk ke dalam bilik dan tidak keluar lagi. Malas dia ingin tahu apa yang terjadi di bawah sana. Dia lebih fikir akan nasib dirinya selepas ini. Persetujuan dia telah beri kelmarin kepada ayah, dia akan terima perkahwinan ini seikhlas hati.

Tapi..

Ketika itu dia tidak tahu siapa calon yang dimaksudkan ayah. Tidak sangka lelaki yang paling dia benci atas muka bumi ini rupanya yang dikatakan ayah kepadanya.

Baik? Sopan?

Dina ketawa sinis.

Ayah tidak dengar gamaknya kata-kata Zarith di bawah tadi. Sama sahaja sepertinya, mulut lancang. Entah terselit di mana baik dan sopan itu pun dia tidak tahu. Bukan sahaja tadi, malah sebelum ini jika mereka bertemu, mesti seperti rumah yang diduduki sebuah keluarga yang ramai. Bingit!

Dia pun tidak ingat di mana mulanya perasaan bencinya terhadap lelaki itu. Ianya berlaku semula jadi. Melihat lelaki itu untuk pertama kali setelah meningkat ke alam remaja, buatkan dia membenci lelaki itu tanpa sebab. Entahlah, hanya lihat wajah itu, buatkan dia benci. Dia sendiri tidak tahu punca.

Mungkin kerana emosinya sebagai remaja tidak stabil buatkan tertanam perasaan benci di hatinya. Semua ingin dibencinya ketika usia itu. Apa sahaja yang dilihatnya, dia akan membenci perkara itu. Jadi apa yang dia benci adalah apa yang berlaku di saat itu. Zarith antara salah satunya yang berlaku di dalam tempoh 'membenci' itu.

Dalam kata lain, semua perkara selalu  menyebalkan hatinya ketika itu. Serba tidak kena.

Dan Zarith pula, sama sepertinya. Benci akan dirinya. Tidak pula dia bertanya kenapa, tetapi eloklah jika begitu, bukan? Benci sama benci.

Kini, apa yang telah terjadi? Zarith ialah bakal suaminya. Dia pula sebaliknya. Walhal masing-masing menyimpan benci di hati. Dunia telah terbalikkah? Lelaki yang paling dia benci akan hidup bersamanya selepas ini.

Dina memegang kepala. Serabut!

Terdetik di hatinya mahu turun dan mewar-warkan yang dia tidak terima risikkan ini. Dia tidak boleh fikir bahawa Zarith menjadi suaminya nanti. Tidak terbayang dek akal. Terasa seperti fius otaknya terhenti untuk meramalkan masa hadapan yang mungkin berlaku selepas mereka berkahwin.

Dia rasa paling teruk pun mereka akan bergaduh setiap hari. Jatuh cinta? Tidak akan berlaku memandangkan keadaan mereka ketika ini yang tidak ubah seperti anjing dan kucing. Bila tibanya masa yang membolehkan mereka jatuh cinta?Tika selepas mati? Heh, mati hidup balik pun dia takkan terima biarkan Zarith berada di hatinya. Tidak sesekali.

Dina mengeluh kuat sebelum bangkit Dan menuju ke beranda bilik. Dia melihat ke bawah. Sesaat kemudian, seorang lelaki muncul di celah-celah kereta yang diparkir di hadapan rumahnya. Wajahnya berbuah kelat serta-merta.

Dia menjeling lelaki itu. Mungkin menyedari yang dirinya sedang diperhatikan, lelaki itu memandang ke atas. Serta-merta Dina menjeling tajam sambil menunjukkan buku buku limanya yang tidak seberapa itu.

Zarith turut menjeling dan melakukan hal yang sama. Tidak terusiklah dengan penumbuk kecil Dina tu. Tidak gentar langsung. Dia mengabaikan Dina di atas sebelum memandang ke muka pintu. Dia tersenyum kepada orang tua Dina yang memandangnya sekilas.

Dia masuk ke dalam kereta sementara orangnya dan orang tuanya berbual. Sempat dia memandang ke atas, Dina masih di situ sedang menjeling kepadanya tajam sambil berpeluk tubuh.

Dia mula bencikan Dina ketika gadis itu menayangkan wajah kerek di hapannya selepas dia berikan senyuman. Di benaknya berfikir Dina ialah gadis yang sombong. Angkuh. Berlagak bagus. Orang dah senyum, balaslah semula.

Ketika itu dia fikir budak KL memang begitu, memandang rendah kepadanya yang ketika itu duduk di kampung dengan atuk dan nenek disebabkan orang tuanya sibuk bekerja untuk menyara dia seorang.

Disebabkan itu, sehingga kini dia benci akan gadis itu. Lantakkan sekiranya Dina telah menjadi seorang gadis yang cantik paras rupanya. Reti bermekap. Pandai berdandan sendiri. Pandai bergaya mengikut trend terkini. Dia tidak terpikat langsung dengan personaliti gadis itu sekarang.

Di fikirannya, Dina tetap gadis yang dia benci. Sombong serta berlagak bagus.

*******
BAB 7 ✅

THANK YOU FOR YOUR SUPPORT ❤️

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 15, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[OG] Akad Yang TerlarangWhere stories live. Discover now