Bunyi kunyahan kerepek bawang berselang seli dengan bunyi daripada tetikus yang ditekan sedari tadi. Mata hitam melirik dari kiri ke kanan membaca petikan yang tertera di dada skrin komputer ribanya.Sesekali anak rambut yang terjuntai dikuak ke belakang. Dapat sahaja maklumat yang diperlukan, laju sahaja aku menyambar pen dan menyalin. Setiap lima minit, laman web akan bertukar ke laman yang lain. Terlalu terhad setiap info yang boleh didapati melalui media massa mengenai Gold Latibule, sebuah pusat juvana untuk anak-anak orang berada.
Melalui apa yang dibincangkan semasa mesyuarat, tidak semua orang awam bahkan orang kerajaan tahu akan kewujudan GL ini sendiri. Ditambah pula pusat ini boleh dikatakan baru sahaja bertapak, maka memang tidak hairan andai kata tidak semua tahu tentang sekolah juvana untuk golongan elit ini benar benar wujud.
Hanya kerana untuk menjaga nama, pangkat, kuasa dan demi mengaburi mata media massa, tertubuhlah Gold Latibule. Ibarat sekolah Henry Gurney yang menempatkan pelaku jenayah di bawah umur dan masih bersekolah.
Tiada beza pelaku dalam GL dengan Henry Gurney tapi disebabkan mereka ni anak orang berprofil tinggi dan mahu menjaga reputasi keluarga. Setiap apa yang berkaitan GL adalah sulit.
Hampir tiga jam aku duduk bersila di atas kerusi kayu berhadapan laptop ini semata ingin tahu dengan lebih mendalam tentang GL. Tapi itulah, tiga jam yang menjumpai kekecewaan dihujungnya. Tidak semua benda boleh dapat dalam internet lagi lagi yang melibatkan golongan T2.
T2 ni salah satu golongan dalam T20 juga. Golongan kaya raya yang harta dijamin tak akan habis beberapa keturunan.
Sebelum lagi jauh, aku beritahu dahulu. Aku Thaqeed Irfan, 24 tahun, kacak, seorang anggota beruniform biru tua unit risikan khas. Ya, ya. Terlalu muda untuk unit risik ini. Aku akui, aku masih budak mentah dalam unit aku tapi aku jadi anggota beruniform bukan guna kabel biru atau merah.
Walaupun ayah aku ketua cawangan daerah ****** (kena censored demi keselamatan) tapi aku tak guna ayah aku sebagai kabel untuk aku duduk dekat tempat aku sekarang ini. Dari aku terlibat dengan unit risik yang buat otak aku semput setiap masa baik aku ambil unit yang paling santai. Unit yang sentiasa memerlukan anggota hanya duduk di balai. Kan lagi best tu.
Satu fail disebelah komputer riba yang mengandungi maklumat penghuni GL aku selak satu per satu. Butiran maklumat mereka aku pandang sekilas memandangkan sebelum ini aku dah pernah baca.
Satu perkataan yang terlintas di kepala aku setiap kali memandang butiran mereka.
Gila.
Mereka gila. Dengan usia mereka yang setahun jagung boleh terlibat dengan kes jenayah sebegini.
Kau orang anak orang kaya kut. Hancurkan masa depan dengan cara sebegini.
Rugi mat.
Di lampiran terakhir, aku-
tarik senyuman hambar.
Name: Mohd Thaqeed Bin Mohd Razin
Birth: 17 February 1997
Ic number: 970217******
Height: 176.8 cm
Weigh: 76.3 kg
Case: Involved in bullying cases
Date of entry: 21 February 20**
Detention period: Until the end of the study period
Latest date of court hearing: 19 February 20**
Court status: The court hearing is over
Police report: -

ANDA SEDANG MEMBACA
Silent Ludic
Teen FictionLudic- full of fun and high spirits Kisah persahabatan dalam institusi juvana, Gold Latibule. Memulakan sesi pengenalan dengan hamparan boxer kotak berlabuh yang terperam lama. Tiada siapa boleh agak perangai sebenar mereka. Perangai yang sebenar be...