Bab 2

861 117 8
                                    


Thaqeed Irfan point of view.

Jam menunjukkan angka 11:32 minit pagi waktu tempatan, perkarangan Gold Latibule.

Sebaik sahaja kereta Velfire hitam yang aku naik ini berhenti, aku terus buka tali pinggang keselamatan dan meluru keluar.

Kemain engkau, pergi tempat juvana pun pakai Velfire. Biasanya orang pergi juvana naik Proton Preve, up sikit dapat naik Honda Civic tu. Rezeki lebih boleh naik Black Maria, nampaklah gaya pesalah paling dikehendaki tu.

Dari pemerhatian aku, GL ni besar dan nampak elit. Ini pusat juvana ke asrama berprestij tinggi?.

Bukan mewah tu adanya satu bangunan gah kemudian dipasang chandelier. Bukan. Janganlah over sangat, ini dalam hutan.

Tapi kita boleh tahu tempat ni bukan biasa-biasa.

Mana tidak, enam kilometer sebelum menuju ke perkarangan GL, terdapat satu mesin automatik yang akan mengimbas wajah pemandu kenderaan dan direkodkan dalam sistem. Paling aku tak boleh brain, detect sahaja muka, nama penuh dan nombor ic tertera sama pada skrin mesin. Semua peranti dinyahaktifkkan penggunaan secara automatik, segala jenis alat yang tiada siri dalam rekod GL tidak boleh berfungsi.

Canggih betul teknologi dia orang guna untuk jaga keselamatan pelaku disini.

Buatkan aku lagi sekali tertanya. Ini pusat juvana ke kawasan perumahan orang terkaya di Malaysia?.

Beberapa minit di atas jalan, barulah aku ternampak pagar besi menjulang tinggi mengelilingi kawasan perkarangan GL. Tak silap aku, pagar ni mempunyai arus elektrik bervoltan sederhana tinggi. Itu maklumat yang aku dapat dari orang dalam.

Keluar sahaja aku dari kenderaan, angin kuat menampar tubuh aku. Nampak terik tapi berangin di dalam ni. Mungkin sebab banyak pokok. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa tak sedap hati sangat sekarang ni.

Belakang tengkuk aku gosok perlahan untuk kurangkan rasa canggung yang bertandang. Entah dari mana, dari siapa tiba-tiba. Pap.

Wajah kacak aku ditampar dengan sesuatu. Aku tak pasti apa benda tapi macam kain dan agak berbau.

Bau yang amat dasyat.

Tak. Maha dasyat.

Otak aku seakan gagal berfungsi sehinggalah aku buangkan benda asing itu dari wajah aku.

Tak guna! Aku dah mula rasa nak mencarut bertan-tan.

Macam mana seluar tebal ni boleh melayang ke muka aku, mustahil sebab tiupan angin. Bukannnya angin monsun pun!.

Bagai terdengar suara sorakkan riang, aku terus alih perhatian masuk ke dalam halwa telinga aku

"Padan muka Ashrul, elok elok aku tak sentuh remote tu, dia pegang pula tangan aku lepas garu ketiak dia." Wajahnya kelihatan puas yang teramat sebelum terpandang aku.

Dia masih memandang tanpa sebarang suara sehinggalah bola matanya aku perasan terpaku pada kain yang aku pegang. Terus wajah jijik ditayang.

"Tu." dia tunjuk pada seluar tidur yang aku pegang.

"Itu, seluar tu dah tiga minggu tak basuh." ujarnya.

Silent LudicWhere stories live. Discover now