"Jadi kau dah dua tahun lebih duduk dalam ni?" Aku mula membuka bicara setelah beberapa tapak kami berjalan. Tadi, selepas masing-masing selesai menikmati secawan mi kuning segera bersama bawang goreng, Naufal tanpa segan silu menawarkan diri sendiri untuk jadi manusia yang bertanggungjawab menujukkan kawasan penuh GL kepada aku.
Walaupun pada hakikatnya GL ni sebenarnya sebuah pusat juvana tapi-
Baik, aku surrender, GL ni nama je pusat juvana. Tapi kalau tengok dengan sepasang mata kasar, langsung tak nampak mana pusat juvananya, malah boleh dikatakan sebagai asrama mewah untuk sekolah international yang mungkin yuran boleh cecah ratusan ribu.
Aku tak terkejut sangat tentang ini, tengoklah latar belakang keluarga budak-budak ni macam mana.
Selain sebuah bilik dorm dua tingkat yang berkonsepkan kaca, beberapa bilik warden dengan konsep rumah studio, bilik makan terbuka yang dibina dengan kayu berkualiti tinggi juga menampakkan suasana yang berbeza dalam ni. Turut ada gazebo dan buaian pokok berdekatan dengan rumah makan.
Tapi yang ini sangat diluar jangkaan aku, di dalam GL ada pusat gim yang--
berpenghawa dingin.
Tak cukup lagi ke tadi aku lihat ada kawasan rekreasi yang dilengkapi dengan beberapa alat senaman. Agak agak berapa banyaklah perutukan yang pengasas GL ini khaskan untuk tubuhkan pusat juvana sebegini.
Paling aku tak boleh brain,
Macam mana dia boleh ada idea untuk jadikan pusat juvana sebagai satu idea perniagaan. Sungguh di luar kotak.
"Haah, sama tempoh dengan GL didaftarkan." Tenang Naufal menjawab. Dia menghentikan langkah kaki.
"Kita orang batch pertama. Nanti bila dah tamat tempoh hukuman aku, aku akan labur duit untuk buat mural. Aku akan muralkan muka aku besar besar pada dinding yang mana dari setiap sudut GL akan nampak. Dari mural tu, aku boleh beritahu GL ini pernah diduduki oleh seorang lelaki tampan." ayat diakhiri dengan senyuman puas bersama anggukan kecil.
Tidak lama, kemudian dia melepaskan keluhan sebelum menyambung langkah yang terpasung tadi. "Itu pun kalau GL dapat bertahanlah."
Aku pandang dia sekilas dengan kerutan di dahi. Ada sesuatu yang menarik untuk aku tahu. Budak-budak ni tak pernah 'kosong'.
"Ouh, sorry. Kau budak baru masuk. Tak patut pula untuk aku cerita, terlalu awal, takut kau tak selesa." Menyedari riaksi aku, laju Naufal bersuara.
"Tak apa. Aku tak ada masalah. Baru atau lama, aku tetap dah ada dalam ni sebagai pelatih." jawabku dengan harapan aku boleh dapat sesuatu yang tidak pernah aku tahu. Harapnya.
"Penuntut."
"Huh?"
"Kita orang tak panggil diri sebagai pelatih, pesalah atau apa apa seangkatan tapi sebagai penuntut. Kelakar tambah tak sedar diri juga kalau fikir. Dahlah kau ni pelaku jenayah tapi gelar diri sebagai penuntut, ingat ini apa, asrama?" Jelas terdengar nada Naufal yang berubah dihujung, menyindir diri sendiri.
"Tapi itulah hakikatnya. Ini pun sebab tuan Malik yang minta untuk tukar panggilan. Tempat ni tak ubah seperti asrama untuk didik kita orang bukan tempat hukuman." Sempat Naufal memandang sekeliling. Sebelum meneruskan apa yang tergantung tadi.

YOU ARE READING
Silent Ludic
Teen FictionLudic- full of fun and high spirits Kisah persahabatan dalam institusi juvana, Gold Latibule. Memulakan sesi pengenalan dengan hamparan boxer kotak berlabuh yang terperam lama. Tiada siapa boleh agak perangai sebenar mereka. Perangai yang sebenar be...