Bab 3

808 109 3
                                    

Aku memandang janggal satu persatu wajah yang duduk bersila di hadapan aku.

"Kut ya pun teruja ada penuntut baru janganlah buat macam dia ni patung cedana sampai nak tenung bagai nak tembus." Salah seorang pelatih baru sahaja masuk sambil membawa dulang yang terisi dengan-

mi segera dalam cawan?.

"Nah megi dah siap." Satu persatu mi cawan dihidang di depan mata. Ada tujuh cawan sementara di dalam dorm ini hanya ada enam pelatih termasuk aku.

Tiada lagi seorang.

Dan dia Furqan.

Walaupun aku tak pernah jumpa mereka ni tapi syukurlah aku dapat salinan profile mereka berserta gambar berukuran passport yang terbaru. Dari situ aku dapat tahu nama mereka.

Nak harapkan gambar dari kad pengenalan dari darjah enam tak tukar tu semua muka hauk. Memang sampai dah beruban tak nak tukar gamaknya.

"Mana Furqan wey, dia tak tahu ke ni waktu kita nak sesi suai kenal dengan penuntut baru?."

"Kau ni sabarlah Ashrul, kejap lagi dia sampai lah tu. Semua ni sebab kau yang bergayut kat tali ampaian tu dah kenapa." Sekali das si lelaki bertanya soalan tadi terkena pukulan.

"Kau Thaqeed kan?. Ahmad Thaqeed."  Lelaki yang membawa megi ini atau sebenarnya Firash bertanya.

"Haah. Kau orang boleh panggil aku Thaqeed. Mana kau orang tahu nama aku?."

"Warden Adham ada beritahu sebelum kau masuk GL. Dua hari lepas mungkin."

"T. H. A. Q. I. D?." Airil menanya.

"Bukan, tak ada I, double E."

"Kenapa tak guna I?." Dia seakan tidak berpuas hati dengan ejaan nama aku.

"Haah memang dia masa baby dulu merengek-rengek sampai muka merah suruh mak dia eja double E." Lelaki disebelahnya, Naufal menyindir.

"Ya tak juga en." Selamba dia membalas sebelum menyedut kuat mi kuningnya. Dia memandang aku dengan kening terangkat, mi kuningnya masih tak terputus dari suapan.

"Makanlah megi kau, kalau tak nak boleh bagi aku. Selapang dada aku terima." Dengan mi masih di mulut, dia bersuara.

"Cukup Airil. Aku buat untuk kita seorang satu."

"Tch." Airil berdecit.

"Assalammualaikum." Satu suara asing memberi salam dari luar sebelum dia menapak masuk.

"Waalaikumusalam, sampai pun. Dah siap ke?."

"Dah, aku dah tukar tali baru. Kalau putus lagi memang aku kejar Ashrul suruh repair balik apa yang dia dah jahanamkan. Kerja nak lingkupkan harta benda dalam GL." Dan dia, Furqan.

Furqan mengalih pandangan kepada aku dengan pandangan kosong tanpa riak.

"Ha Furqan dah sampai bolehlah teruskan agenda kita."

"Perlu ke?." Furqan menanya dengan wajah terpaksa.

"Tak perlu selepas kita dah kenal. Cepat duduk makan megi tu." Airil sesuka hati mengarah.

Silent LudicWhere stories live. Discover now