"Sudahlah muncung tu Min, benda dah lepas dah pun." ujar Minghao selepas melihat Dokyeom mengelamun sambil mengerucutkan bibir.
"Tapi bukan salah kita Hao, kita kena tegakkan kebenaran!" ucap Dokyeom serius.
"Kau nak salahkan siapa?"
"Kita bukan nak menuduh tapi kita kena cari pelaku sebenar!" Minghao menatap malas kearah Dokyeom yang tampak beria tu.
"Pape jelah."
"Dah bangun dah gelendangan dua orang ni?" sapa seseorang dari belakang. Serentak Dokyeom dan Minghao mencebik.
"Alah Bang Amin ni, orang bukan gelendangan lah. Orang ni mangsa fitnah tahu!" balas Dokyeom. Amin mendudukkan punggungnya di antara Minghao dan Dokyeom.
"Wuish bahaya tu."
"Tulah!"
Klek
Vernon memasuki cafe, dia tersengih tatkala melihat Dokyeom dan Minghao.
"Hai hyung."
"Hm." balas mereka tak ikhlas.
"Tidur mana malam tadi?"
"Diorang tidur kat cafe, sian diorang kena fitnah." jawab Amin membuat Vernon tersengih kekok. Rasa bersalah mencuit hatinya.
"Tapi en, ada baiknya jugak korang kena halau pagi tadi."
"Kenapa? Ada orang letak lipas dalam makanan ke?" tanya Dokyeom membuat Vernon makin bersalah.
Sebenarnya idea lipas itu idea dia.
Gosh, banyaknya dosa Vernon kat Dk berkaitan lipas. :')
"Err tak, pagi tadi kitaorang kena makan sarapan yang Josh hyung masak." dahi mereka berkerut.
"Josh hyung bukan pandai masak ke?" tanya Minghao dan diangguki Dokyeom. Vernon pula mendengus.
"Humph, kalau bukan sebab misi takdenya kitaorang makan bacon dengan sosej rentung! Dahlah takleh nak bazir, Serkup hyung kedekut tak bagi masak baru." ucap Vernon kesal.
"Kau rasa apa masa makan tu?" tanya Amin.
"Rasa menyesal."
...
"Kau ni dah kenapa Gyu, tersengih-sengih. Tampo nak tampo?" tanya Kangmin, naik menyampah dia tengok Mingyu tersengih dari tadi macam orang tak betul.
"Tanok, aku tengah hepi ni jangan kacau." balas Mingyu membuat Kangmin curious.
"Happy pasal apa?"
"Wonu hyung teman aku tidur semalam hehe."
"Alah, Wonu hyung salah makan ubat lah tu sampai sanggup tidur dengan kau. Aku yakin 100%."
Buk!
"Adoi!" Kangmin mengaduh selepas Mingyu membaling kasutnya.
Headshot weh.
"Eleh jeles cakap!"
"Takde makna, aku bukan kunyit hitam macam kau!"
"Yah!!"
...
"Naeun.." Woozi mencuit lengan Naeun ketika anak kecil itu sedang sibuk melukis.
YOU ARE READING
Mission
Fanfiction『 PEMBERIAN MISI TELAH DITUTUP !! 』 Demi para isteri yang tercinta aka Carats, Seventeen sanggup melakukan sebuah misi yang bertentangan dengan apa yang mereka lakukan sekarang- ACEEHHH SANGGUP LAH SANGAT! Di dalam fanfic ini anda akan melihat suka...