"Nah, ni sarapan terakhir yang aku buat. Diharap makan dengan penuh berselera kalau tak kepala kau aku libas dengan tuala." S.coups meletakkan beberapa jenis hidangan di atas meja.
"Hm tengok dari luaran nampak sedap." komen Dokyeom sambil melihat telur gulung dan nasi goreng kimchi itu.
"Min, don't judge a book by its cover. Dont judge a taste by its luaran."
Sas!
"Diam, Wen Junhui." ujar S.coups selepas melibas kepala Jun dengan pantas. Woozi dan Wonwoo langsung mentertawakan lelaki cina itu.
"Kejamlah kau ni hyung, sakit tahu dia." ujar Minghao sambil mengelus dahi Jun.
"EHEM! NO ELGEBETEY SCENE OKAY!" Joshua mengetuk-getuk senduk di meja.
"Alah Shua, macamlah kau tak biasa. Engkau kan tak habis-habis berebut kan aku dari Sekop." ujar Jeonghan selamba.
"AHAHA PADAN MUKA KENA MUKA HYUNG BALIK HAHAHA!" gelak Dokyeom. Joshua mengelus dadanya bagi menahan marah.
"Ana sudah berubah, anta-anta sekalian bila?"
"Heh taik kucing kau berubah, semalam baru je kau tarik rambut aku kekuat sebab cubit pipi Jeonghan." balas S.coups.
"Ni nak makan ke nak buat sidang berdebat?" tanya Vernon.
"Ntah korang ni, dah menitis air liur Kwan hyung tengok telur gulung dari tadi." sokong Dino dan membuat Seungkwan berteriak.
"Yah mana ada! Engkau yang asyik perhati je telur tu!"
"Alololo my baby Dino lapar eh, nah abang suapkan." Hoshi mengambil sepotong telur gulung dan menghalakannya ke mulut Dino.
Tindakan Hoshi mendapat pelbagai jenis reaksi daripada Seventeen. Dan majoritinya ialah reaksi jijik.
"Baby Dino? Wadahek?" soal Jihoon.
"Woi tu baby aku bukan baby kau!" jerit Jeonghan tak terima.
"Bapak ah, Hoshi hyung ni bebetul gay aku rasa." ujar Dokyeom pula.
Sayangnya Hoshi tidak mempedulikan semua itu dan masih menunggu Dino menerima suapan tersebut.
"Ok nice tambah lagi kapal gay dalam rumah ni, SoonChan." sindir Wonwoo.
"Woozi hyung jangan nangis pula." ucap Mingyu.
"Pehal aku nak nangis?"
"Yelah, kasih sayang Hoshi hyung pada hyung dah berbahagi dua."
"...."
Jun menyerahkan selipar jambannya kepada Woozi.
"Gunakanlah senjata ini, sahabatmu tahu sekarang ialah waktu yang tepat." bisik Jun.
"Thanks, sahabat."
Buk
Buk
Buk
...
"Weh Pd-nim bagi apa kat kau?" tanya Seungkwan tatkala dia sedang makan tengah hari bersama Vernon di gerai mamak.
"Misi."
"Misi apa?"
"Penting ke untuk kau tahu?" Seungkwan mengembungkan pipi.
"Pentinglah!"
"Tak nak gitau, dahlah hari tu main taekwando je badan aku sampai badan berharga aku ni lebam."
"Alah sorrylah, lagipun aku yang rawat kau kan sampai semua member kita pikir Verkwan tu bebetul ada."
Vernon mengurut dagunya, masih memikirkan apakah dia harus menceritakan misi itu kepada lelaki di hadapannya ataupun tidak.
YOU ARE READING
Mission
Fanfiction『 PEMBERIAN MISI TELAH DITUTUP !! 』 Demi para isteri yang tercinta aka Carats, Seventeen sanggup melakukan sebuah misi yang bertentangan dengan apa yang mereka lakukan sekarang- ACEEHHH SANGGUP LAH SANGAT! Di dalam fanfic ini anda akan melihat suka...