57 no fake fake animor keyh 😂

2.4K 261 374
                                    

"Selamat makan!"

"Selamat makan!!" Seventeen mula menikmati sup daging itu dengan berselera-

oh kecuali seseorang.

Tang!

Tang!

Tang!

Bunyi sudu besi yang sengaja diketuk kuat pada pinggan tidak dihiraukan Seventeen, membuat rasa kesal Vernon semakin bertambah besar.

"Yah! At least minta lah maaf kat aku!" ujar Vernon. Dino memutarkan mata sebelum membalas.

"Lipas tu memang patut mati, dahlah hinggap kat muka Jihoon hyung."

"Ntah kau ni, sian dia kena basuh muka pakai dettol." ujar Hoshi, dia melirik kearah Woozi yang tekun makan walaupun dalam hati dia tak henti-henti memaki Vernon.

'Kau tengok kau nanti Vernon, memang comeback nanti kau punya part satu huruf je.' getus hati si pendek, bahaya tahu dia ni. Jangan main main dengan produser Pledis yang comel lote ni.

"Tapi janganlah bunuh dia dengan tak keperilipasan!" ucap Vernon masih tak berpuas hati.

"Hadeh kau ni Vernon, makin teruk Korea kau sekarang." Mingyu menggelengkan kepala melihat telatah si adik.

"Aku cuma ketuk dia pakai ridsect, salah ke?" soal S.coups dengan muka dindingnya.

Ya sebagai leader Seventeen yang menekankan prinsip berjimat-cermat dia tak menyembur gas yang ada di dalam ridsect sebaliknya menggunakan badan ridsect itu untuk memukul badan lipas. Inilah contoh leader yang berwawasan wahai anak muda.

"Yes! Itu ialah tindakan kejam, hyung boleh didakwa atas kesalahan mendera serangga peliharaan!" balas Vernon dengan bersemangat.

Tuk!

"Diam." ujar Joshua selepas mengetuk kepala Vernon.

"Tap-"

"Nak ketuk dengan senduk lagi ke nak dengan terompah? Ke dengan selipar jamban?" Vernon bungkam, dia menyumbat sesudu besar nasi ke dalam mulut sehingga kembung kedua pipi tanda marah.

"Jarang kau masak normal hyung." ujar Minghao membuat Seungcheol tersengih.

"Diorang yang banyak tolong aku hehehe.." ucap Seungcheol sambil menunjuk kearah Jun dan Mingyu.

"Tapi kenapa kau menjerit tadi?"

Senyuman S.coups mati kerana soalan Wonwoo.

"Ada babi tipu aku." jawab S.coups datar, Jun pula tersedak kuah sup.

"Yah, kau tu yang bengap sangat pergi makan bunga lawang!"

"Yah tapi janganlah tipu aku! Kau cakap Mingyu buat kekadang buat bunga lawang tu jadi snack!"

"Tulah kecil-kecil tak nak duduk dapur kan dah beso senang kena bodoh!"

Joshua memandang Jeonghan sebelum mereka berdua mengangguk serentak.

Tuk

Buk!

"Appo.." ringis S.coups dan Jun.

"Makan tu makan, jangan bertekak." ujar Jeonghan dengan terompah di tangan. Kini mangsa terompah telah naik kepada 3 orang iaitu Choi Seungcheol serta Wen Junhui yang menjadi mangsa senduk untuk kali ke berapa entah. 😂

"Emmm btw sedap tak aku masak? Aku masak penuh dengan rasa cinta tahu." tanya S.coups ingin tahu.

"Cinta apanya, dari start masak sampai habis asyik merungut je. Pikir Dino tak dengarlah tu." ujar Dino. S.coups menjeling si maknae sekilas.

MissionWhere stories live. Discover now