56

2.2K 258 302
                                    

"Guys, dengar sini!" Jun mengetuk-getuk meja kerana ingin perhatian seluruh member Seventeen.

"Nak apa?" tanya Jeonghan sambil mengusap lembut rambut Dino. Mereka berdua sedang bercuddle mesra di atas karpet ya anak-anak.

"Malam ni kitaorang nak ajar Seungcheol hyung masak so aku tak nak ada tangan-tangan gatal pergi kacau kitaorang." ucap Jun dan diangguki Mingyu.

"Terutamanya kau Dino, jangan kau mengatal suruh Vernon letak lipas dia dalam periuk!" ujar Mingyu pula.

Dino mengerucutkan bibir sebelum menenggelamkan mukanya di leher Jeonghan.

"Yah, baby aku dah baiklah." ucap Jeonghan membela Dino.

"Pehal budak ni gedik sangat harini? Selalu bukan main jauh 3 meter dari kau, hyung." tanya Woozi sedikit hairan, Seventeen yang lain juga kelihatan pelik dengan tingkah maknae mereka yang agak berbeza pada hari ni.

"Sebab ni lah aku nak ajar S.coups hyung masak, tengok sampai Dino yang normal ni pun jadi sewel." ujar Jun tanpa filter.

Buk

Jeonghan membaling terompahnya ke kepala Jun, menjadikan mangsa terompah telah meningkat kepada dua orang setelah Vernon.

"Janganlah kutuk aegi aku!"

"Kalau macam ni respon Han hyung, memang sampai ke tua Dino kena buat misi dia." bisik Seungkwan ke telinga Dokyeom.

"Tulah, sedih betul hidup dia tu." balas Dokyeom pula.

Tok tok

"Aku dah balik." ucap S.coups tak berdaya.

"Asal muka macam belacan?" tanya Joshua.

"Vernon, perangai dia makin hanat. Aku benci dia." ujar S.coups, dia menjeling lelaki berdarah Amerika itu dengan tajam.

"Bukan dia anak kau ke?" tanya Wonwoo pula.

"Eie selisih dapat anak perangai macam ni, aku gelar dia anak aku sebab misi. Anak aku semua soleh soleh keyh ha macam The8 tu." ujar S.coups, Minghao mengembangkan hidung. Jarang S.coups puji dia depan member.

"Sedarlah hyung, perangai semua kat sini semua hanat. Paling hanat BooSeokSoon hyunglah." ujar Dino setelah lama berdiam diri.

"Eh bertuah punya budak, meneyesal aku ajar kau cara nak menge-"

Seungkwan, Dokyeom dan Minghao lantas menekup mulut Hoshi. Seperti biasa mulut hamster tu memang suka spoil benda.

"Ajar apa ni?" tanya Joshua.

"Takde papelah, tak penting." ujar Dokyeom dengan senyuman paniknya.

Greb

"Cheol hyung, jom belajar masak!" tiba-tiba tangan S.coups ditarik Mingyu menuju ke dapur dan diikuti Jun.

"Yah, aku kena masak lagi ke? Takleh ke order food panda je malam ni?"

"Banyaklah cengkadak hyung, ni kau dapat misi lagi. Aku takut kau masak jentik-jentik masak kicap je nanti ni."

"Yah, Gyu. Cakap baik sikit, aku ni bukan macam Jeo-"

"JANGAN MENTION NAMA AKU, TAK GUNA!"

...

"Kita nak masak apa?" tanya S.coups yang lengkap memakai apron bermotif pikachu.

S.coups ialah antara lelaki sado tapi berhati taman, marah weh dia kalau member lain nak pakai apron tu.

"Kita masak benda simple, sup daging je." jawab Jun, bahan-bahan membuat sup dikeluarkan dari peti sejuk.

"Okay hyung, benda first kau kena buat ialah ambil periuk."

MissionWhere stories live. Discover now