Hari pertama Aku KPP3 bersama Cikgu Azman. " Awak ade asas ke memandu ni?" Cikgu Azman menyoal Ku. " Tak, cikgu. Saye tak tau", Aku menjawab dengan jujur. Aku pernah belajar membawa kereta sebelum ini, tapi Aku mudah melupakan 😆. Jadi, Cikgu Azman mengajar Aku dengan tertib. Ia menerangkan dengan perlahan - lahan tentang cara memandu yang betul.
Aku tertanya - tanya, manakah perginya Dell. Dia tidak mengajar Aku kah? Lamunan Aku terhenti apabila Cikgu Azman mengarahkan Aku untuk memandu kereta tersebut. Aku pun tersenyum kambing dan mengikut arahannya. Aku berbual - bual dengan Cikgu Azman. Sedangkan itu adalah hari pertama Aku bertemu dengan Cikgu Azman.
Akan tetapi, Aku seakan - akan kenal beliau sudah cukup lama. Cikgu Azman juga berkawan baik dengan ayah Ku. Jadi, Cikgu Azman bertanyakan khabar ayahKu dan menanyakan tentang diriKu. " Saye sekolah agama, cikgu", Aku memberitahu Cikgu Azman. " Patutlah awak ni terlihat lembut dan alim seperti ustazah", tersengih Cikgu Azman. Aku pun tersipu malu dengan gelaran ustazah. Ya, Aku belajar di sekolah agama. Jadi, semua orang yang mengenali Ku suka memberikan gelaran ustazah kepada diriKu.
*
*
*
*
*
Malam itu, Aku mencari lagi Facebook Dell. Bermacam cara Aku lakukan. Hampir seminggu Aku mencari. Aku bosan, Aku hampir mengalah. Tetapi Aku tidak berputus asa. " Buuu, sape eh name suami Makcik Munirah"? soal Ku tanpa rasa malu. " Tak silap, Azman. Kenape kau tanye?" soal ibu Ku pula. Aku dengan berfikiran kritis menjawab, " bukan ape bu, suami die yang ajar tadi. Tulah Indah tanye". Ibu Aki menggelengkan kepala. Aku pun cuba mencari akaun Facebook ayah Dell.BINGO!!!
Aku menemukan akaun ayahnya. Kemudian, Aku mencari di bahagian senarai rakan Facebook dan Aku jumpa Akaun Facebook Mohd. Adell. Aku gembira ketika itu dan dengan pantas mengetik akaun tersebut. HAMPAAA!!! Akaun itu tidak aktif. Aku mengeluh kesal. 😰 Aku berputus asa sekali lagi. Tapi Aku tidak berputus asa. Aku teruskan misi Ku untuk mencari akaunnya.
*
*
*
*
*
Hai korang.... sorrylah part ni tak berape menarik sangat. sebab tulah perjumpaan yang amat menghampakan untuk Rafidah. Tapi jangan ingat die putus asa tau... die tak putus asa... Dia ada idea baharu lgi utk menawan hti Dell... stay tune ... 😚😚😚
YOU ARE READING
CIKGU MEMANDUKU CINTA HATIKU (Part 1) [COMPLETED]
RomanceKISAH INI ADALAH KISAH BENAR... BUKAN REKAAN SEMATA - MATA... NAMA WATAK SAHAJA DITUKAR DAN CERITANYA DIOLAH SEDIKIT... Mengisahkan tentang Indah yang meminati guru memandunya, Dell. Indah merupakan pelajar berusia 18 tahun. Indah tidak pernah menga...