" Bu, Indah dah lambat nak pegi KPP2 ni", Aku mengeluh. " Sabarlah sikit, kite dah nak gerak ni. Nak bayar dulu kat pusat tu", ibu Ku membalas. Aku pun akur akan jawapan ibu Ku.
*
*
*
*
*
" Nah, pi bayar", ibu Ku mengarahkan Aku untuk membayar kelas memandu Ku. Aku pun bergegas turun dari kereta dan pergi membayar. Sesampai pusat itu, Aku pun membayarnya. " Awak dah lambat ni. Kelas sepatutnye jam 8", tegur gadis itu. Aku pun dengan perasaan takut dan gentar terus mencapai telefon dan melihat jam di telefon Ku. Ya , Aku memang terlalu lewat ketika itu. Aku pun dengan tergesa - gesa menuju ke kereta.
*
*
*
*
*
Tepat pukul 9 pagi. Aku lewat sejam. Perasaan Aku ketika itu memang tidak menentu kerana Aku takut dimarah oleh guru memandu Ku. Sedangkan Aku belum pernah menemui mereka. Setelah ibu Ku masuk di kawasan tempat memandu itu, Aku terlihat seorang lelaki yang menunggu Aku di depan pejabat memandu itu. " Bu, itukah anak Mak Cik Munirah?", soalan keluar dari mulut Ku. " Ibu, tak tahulah. Tapi, Mak Cik Munirah bagi tau ibu, ade anak die tunggu", jawab ibu Ku.
Aku pun turun dari kereta setelah ibu Ku meletakkan kenderaan seketika. Aku mengucup tangan ibu Ku lalu pergi ke arah lelaki tersebut.Benarlah dia, anak Mak Cik Munirah, Mohammad Adell Azman. " Rafdah.." dia menyebut nama Ku. Aku tergelak kecil kerana dia salah menyebut nama Ku. " Rafidah". Aku membetulkan nama Ku. Dia terus senyum dan membawa Aku mendaftar di pejabat. Kemudian, Dell membawa Aku ke litar untuk membuat RPK dan RSM. Ya, Aku rasa bersalah ketika itu kerana Aku datang lewat. Aku melihat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50 an sedang menerangkan lagi 4 orang pelajar yang belajar bersama Ku. Ya, guru itu adalah ayah Dell, Cikgu Azman.
*
*
*
*
*
Setelab ayah Dell selesai menerangkan, Dell pula menerangkan semula RPK disebabkan Aku yang datang lewat. Dell fokus kepada Aku di saat itu kerana Aku yang belum mengetahui lagi tentang RPK.Aku tidak tahu adakah Aku menyedari tentang penerangan itu. Aku tidak tahu apa yang terjadi. Degupan jantungKu makin laju. Perasaan Aku disaat itu tidak menentu.
Petang pun menjelang, kelas pun selesai. Aku terlihat kereta ibu Ku di tempat parking. Aku segera menuju ke kenderaan ibu Ku dan masuk ke dalam kereta. " Ibu, siape name anak Mak Cik Munirah tu", Aku bertanya. Ibu Ku juga tidak mengetahui nama dia. Aku sudah mengetahui nama Dell dari tanda nama yang ada di begnya. Aku hanya perlukan kepastian.
Ibu Dell, merupakan teman ibu Ku. Mereka berkawan sejak tahun 2014. Aku masih ingat ketika ibu Dell datang ke rumah untuk menghantar ibu Ku yang ketika itu juga mengambil lesen kereta. Aku masih ingat apa yang dikatakan ibu Dell, " Suzana, baik anak kau ni dijodohkan dengan anak aku". Pada waktu itu, Aku amat keliru dengan ayat yang dikeluarkan oleh Mak Cik Munirah. Mana taknya, Aku masih 14 tahun ketika itu dan Aku masih lagi tidak memiliki apa - apa perasaan dengan lelaki.
*
*
*
*
*
Setibanya di rumah, Aku cepat - cepat masuk ke bilik dan membuka aplikasi Facebook untuk mencari akaun Dell. Tanpa, Aku sedar Aku telah pun terdetik rasa suka dengan Dell pada hari itu. Tidak sia - sia gurauan ibunya 4 tahun yang lalu. Kecil sangat dunia ini.
*
*
*
*
*
So, amacam, korang suke tak part 2 ni... maybe korang tertanye - tanye kan apa yg akan trjdi slps dri prknalan tu... Rafidah ni mcam2 yg dia buat nak trik prhtian Dell ni... Selalu korang dengar lelaki kan tarik perhatian perempuan... ha, kli ni korang bacelah cra prmpuan pula mngurat... 😆😆😆 So, klau korang nak tahu part strusnya, korang kene tunggu new part ... In Sha Allah esok aku publish new part... sorrylah aku busy nak buat present, so, aku lmbt sikitlah nak publish... 😆😆😆
YOU ARE READING
CIKGU MEMANDUKU CINTA HATIKU (Part 1) [COMPLETED]
RomanceKISAH INI ADALAH KISAH BENAR... BUKAN REKAAN SEMATA - MATA... NAMA WATAK SAHAJA DITUKAR DAN CERITANYA DIOLAH SEDIKIT... Mengisahkan tentang Indah yang meminati guru memandunya, Dell. Indah merupakan pelajar berusia 18 tahun. Indah tidak pernah menga...