"Mira, tolong jangan tinggalkan saya, saya minta maaf sayang" merayu rayu Sufian meminta peluang dari kekasih hati nya
"Maafkan saya sufian, sudah tiada ruang untuk awak dalam hati saya, saya dah lama move on dari awak" balas Mira kepada Sufian
Sungguh terluka hati dia apabila kekasih hati nya yang sudah hampir 1 tahun bersama dan merupakan cinta pandang pertamanya berkata demikian.
"Tolong Mira, terima saya balik. Saya janji saya takkan buat awak sakit hati dah" rayu Sufian lagi.
"Hmm.. Maafkan saya Sufian, dah terlambat untuk saya buka balik hati saya untuk awak" balas Mira lembut untuk menjaga hati Sufian kerana pada yang sama dia sedang mengecewakan hati lelaki itu.
Lalu di 'block' nombor whatsapp Sufian yang tidak berhenti merayu kepadanya.
Musnah hati Sufian ketika itu kerana buah hati nya menolaknya sedemikian rupa, Sufian seolah olah tidak boleh menerima kenyataan yang dia telah kehilangan seseorang yang begitu istimewa untuk nya. Bermula hari itu lah hidupnya berubah seratus peratus. Sufian menjadi separuh gila kerana amat rindukan Mira dan tidak boleh menerima kenyataan. Sufian tetap berusaha untuk men'contact' Mira, tetapi keputusannya menghampakan kerana segala media sosial Sufian telah Mira sekat. Sufian tidak menyangka yang Mira sebegitu benci terhadap dirinya. Memang salah sufian pun kerana memainkan hati Mira. Hari demi hari, Sufian makin jadi tidak keruan kerana menggantung rindu nya. Tetapi dia tidak mampu membuat apa apa pun. Pada masa itu, Hari Raya AidilAdha sudah semakin dekat, lagi seminggu sebelum menjelang hari yang ditunggu seluruh umat islam itu. Namun, bagi Sufian semua itu tidak penting kerana dia tidak dapat beraya dengan orang kesayangan disisi nya. 'Mood' raya telah hilang kerana kehilangan seseorang ketika Raya Haji hampir tiba. Tetapi Sufian masih belum berputus asa untuk mendapatkan buah hati nya kembali.