Office Nizam dengan tempat kerja Azri takdalah jauh sangat, sebab itu kitaorang biasa lunch sekali bersama . Bekerja di skop kerja yang sama sebagai M& E enginner memudahkan Azri dan Nizam berhubung mengenai masalah kerja di tempat mereka untuk berbincang.
Hujung minggu ini Siti Zaleha ada memaklumkan pada Azri yang dia akan pulang ke kampungnya di daerah Benta Pahang. Tak banyak Azri ketahuhi berkenaan keluarga Siti Zaleha itu. Ada juga dia memberitahu yang dia anak tunggal dan ibubapanya sudah meninggal dunia di sebabkan kemalangan kereta 15 tahun lalu di Raub. Dia hanya ada neneknya yang bernama Nek yam yang sudah berusia 80 tahun yang masih tinggal di kampung. Nek Yam itu yang menjaganya setelah ibubapanya meninggal itu.
Ari dah siap mengambil makan tengahari ini di salah sebuah kedai makan nasi campur di kawasan jalan TAR itu. Kelibat kawan baiknya Nizam tak nampak batang hidungnya lagi, dia menghirup air sirap limau ais nya. Tiba- tiba belakang bahunya di tepuk.
Nizam : 'Haa...minum tak ajak orang!'..Nizam tergelak melihat kawannya seperti nak tercekik air sirap yang diminumnya.
Ari : 'Celaka ko Zam..terkejut aku, haa mana ko pergi ?dahlah sampai lambat..aku dah siap order dulu tadi..maleh aku nak tunggu ko dengan beratur panjang ambil nasi kejap lagi itu'.
Nizam : ' Melilau aku cari parking dol!..ko tahulah waktu lunch hour macam ini, mana ada parking kereta kat sini yang kosong, Hmm..kedai makan Makcik siah kita ini pulak sentiasa penuh orang datang'. Terang Nizam kepada kawannya.
Ari : 'Dah tak payah bebel kat aku ..ko pergi beratur cepat...aku tunggu ko nak makan sekali ini'. Ari melihat Nizam cepat-cepat beratur dan mengambil berbagai lauk campur di situ dan kembali ke mejanya.
Mereka berbual- bual berkenaan bermacam perkara semasa makan itu. Sebelum lunch tadi Ari ada call memberitahu Nizam dia ada sesuatu yang dia nak bagitahu padanya. Nizam teringat dalam kepalanya dia terus bertanya pada kawan baiknya ini.
Nizam: 'Hmm..benda apa yang ko beria sangat dalam telefon tadi ko nak bagitahu aku?' Ari memang menunggu kawannya bertanya soalan ini, wajah Ari mula berseri apabila soalan itu di tanya oleh kawan baiknya yang kusyuk menjamu makanan itu.
Ari : 'Zam...sebenarnya aku rasa aku dah sampai seru nak khawin lah. Nizam berhenti menyuap nasi dalam mulutnya, dia hanya memerhatikan saje Ari menyambung balik percakapannya tadi. Aku dah jumpa seorang perempuan yang aku suka Zam untuk dijadikan suri hati hidup aku. Ari tersenyum melihat kawannya yang terdiam dengan mata tak berkelip memandangnya ini.
Ari :' Weh Zam..ko dengar tak apa yang aku cakap ini?, aku yang nak khawin ko pulak yang terkejut beruk'. Nizam macam terkesima sekejap tiba-tiba kawan baiknya ini memberitahu dia untuk berkhawin.
Nizam : 'Ko nak khawin ngan sapa Ari?' itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.
...............................................................................................................................................................
YOU ARE READING
Cerita Cinta yang tidak siap (Lambat update)
RomanceBy the way nama aku Azri and this is my story..mature content..ada unsur-unsur..merangsang nafsu...tanggungjawab sendiri..selamat membaca Cerita antara azri..zaleha, nizam dan Ira sebagai watak utama..cerita cinta tidak siap ni awalnya pekenalan..d...