#TENTANG HATI❤

569 17 0
                                    

TENTANG HATI

Hati manusia adakalanya tersangkut dengan ilmu, maka hatinya merasai dirinya alim dan memandang rendah orang awam atau jahil.

Hati manusia adakalanya tersangkut dengan amal, maka jiwanya merasa ia mulia dengan amalnya dan memandang rendah orang yang kurang amal.

Hati manusia adakalanya tersangkut dengan harta, maka dia akan merasai bahawa dia orang kaya dan memandang rendah orang miskin.

Hati manusia adakalanya tersangkut dengan pangkat, maka ia merasai dirinya tinggi dan berkuasa hingga memandang rendah orang bawahan dan lemah.

Sememangnya kita sebagai manusia perlu memiliki amal ahli abid dan ilmu para ulama. Namun jangan sampai tersangkut dengan ilmu dan amal hingga merubah hati daripada sifat fakir kepada kemegahan. Ia adalah tipu daya yang membawa seseorang bertambah tebal hijab hatinya dan membuatkan ia semakin jauh dengan Allah SWT

Walid Al-Malik

Kitab Tauhid - Allah Syariat dan Hakikat II

Kumpulan Quotes IslamiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang