1-Comic

10.2K 597 153
                                    

Aku menyandang beg aku.aku memandang ayah aku yang terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri.

Rasa sebak muncul dalam diri aku.Dah biasa dah dia minum sampai tak sedarkan diri.

Aku..rindu diri dia yang lama.

Pintu rumah dibuka.Kasut terus dipakai.

Sampai sahaja sekolah,kelihatan teman lelaki aku,Jung Yoon Oh.

Aku terus melambai dengan senyuman lebar.

Dekat rumah aku tak pernah senyum.Jadi sekolah je lah tempat di mana aku boleh bergembira.

Yoon Oh menggegam tangan aku.Kami masuk ke kelas dan duduk di tempat masing-masing.

"Hayoung" Yoon Oh memanggil.Aku terus memandang.

"Balik ni kita pergi kedai komik.Nak?"
Aku mengangkat sebelah kening kononnya berfikir.

Sejujurnya,duit aku dah tak cukup untuk beli komik sebab ayah aku ambil semuanya semalam untuk beli arak.

Yoon Oh pula berasal dari keluarga kaya.Semua yang dia nak mesti dia akan dapat.Lagikan dia ni anak tunggal.

Aku mengangguk perlahan.

"Tapi aku tak nak beli apa-apa sebab tertinggal duit dekat rumah" Aku memberi alasan.

Yoon Oh mengangguk perlahan sebelum mengalihkan pandangannya.

-------------------------

Kedai komik hanya berada di depan sekolah.Biasanya kedai ni penuh tapi hari ni tak.

Mungkin sebab exam dah nak dekat?

"Ada komik baru keluar"  Yoon Oh membisik.

Aku mengangguk perlahan tanda faham.Yoon Oh pusing satu kedai untuk cari komik tu manakala aku hanya ikut dia.Sejujurnya tangan aku gatal sangat nak beli komik-komik ni tapi aku sedar aku tak mampu.

"Ha dah jumpa!" Yoon Oh memngambil sebuah komik yang berwarna hijau.

"Jom pergi bayar" Yoon Oh terus berjalan kearah kaunter.

Aku hanya melihat.

Habis bayar,kami terus keluar dari kedai.

"Aku nak pergi tandas kejap tau"

Aku mengangguk perlahan.Yoon Oh terus masuk semula ke kedai komik.

Aku ambil komik tadi untuk baca sinopsis.Best sangat ke komik ni sampaikan Yoon Oh terus beli sebaik sahaja komik ni keluar.

Neo Culture Technology

Pasal Sains ke apa ni?Aku faham ayah Yoon Oh ni doktor tapi Yoon Oh lebih suka komik lawak.

Aku terus pusingkan komik tu untuk baca sinopsis.

Sekumpulan lelaki misteri.Bakal kah anda menawan hati mereka?

"Ceh" Aku menjeling.

Ni je ke sinopsis dia?Macam tak menarik langsung.

Aku memusingkan kepala aku untuk tengok Yoon Oh dah keluar ke belum tapi lain yang jadi...

Comic | NCT √Where stories live. Discover now