13-Cupcake

2.8K 398 27
                                    

Mrs Hayoung!Emergency!You need to help Jaemin and Chenle now!

Aku terus berlari ke bilik tugasan.

Kun baru sahaja muncul dari lif.Sebaik sahaja masuk,Kun menekan dinding dan secara tiba-tiba dinding tu terbuka.

Pelbagai senjata kelihatan.

The people start attacking them because someone saw their weapons.You guys need to be fast and kill the family as soon as possible.

Kun memberi aku revolver manakala dia ambil pistol sebaik sahaja siap pasang peluru.

Kun pegang tangan aku.

"Goodluck"

Aku mengangguk.

Secara tiba-tiba kami berada di sebuah kedai kek berwarna pink.Hampir satu kedai tu dipenuhi cupcake.

Kelihatan Chenle dan Jaemin berlari keluar dari kedai akibat dikejar beberapa orang.

Aku memandang Kun.

"Cari keluarga dia"

Aku menahan Kun.

"Siapa je keluarga perempuan tu"

Kun tersentak.

"Aku...tak tahu"

Aku menepuk dahi.

"Kalau kita bunuh orang innoncent sekali pun tak apa ke?"

Entah kenapa ayat tu muncul dari mulut aku.

Oh I see,Lee Soo Man cuba buat aku jadi wild.

Kun menggeleng kepala dengan laju.

"Kalau kau nak kena bunuh dengan Taeyong dipersilakan.Tu sebab tugas ni susah.Kita tak selalu dapat info penuh.Kadangkala tugasan ambil berhari sebab benda macam ni lah.Tapi kita tak ada masa..so kena cepat" Kun terus berlari kearah dapur memandangkan kedai ni dah kosong.Semua orang kejar Jaemin dan Chenle.

Aku harap dia orang laju.

Aku masuk ke dalam dapur.Tangan aku memegang pistol yang berada di pinggang aku.

Kun pandang keliling dapur.

"Kau cari apa?" Aku menanya.

"Gambar keluarga dorang"

"Mustahil lah.Ni kedai bukan rumah"

"Siapa kata mustahil?"

Aku memandang Kun.

Dia tengah pandang surat-surat khabar yang dilekatkan di dinding.

'Keluarga Kim yang berjaya membesarkan bisnes mereka hingga ke Amerika Syarikat'

Gambar dua orang perempuan kelihatan di akhbar tu.

'Kim Rana dan ibunya Kim Haemi'

"Aku rasa Rana ni kakak Jana"

Kun mengangguk.

"Mungkin."

Kun berjalan kearah surat khabar yang lain.

"Taeyong cakap budak tu kena buli kan..kenapa pula dorang nak buli orang yang berasal dari keluarga yang agak berkerjaya macam Jana"

"Boleh jadi sebab rupa dia" Kun menunjuk satu akhbar.

Aku mengambilnya.

'Adik kepada Kim Rana iaitu Kim Jana mengambil alih bisnes di Korea manakala keluarganya menjaga bisnes di Amerika'

Gambar seorang perempuan dengan rambut ponytail.Mata dia besar,hidung dia kembang manakala mulutnya kecil.

Jana memang tak ada rupa yang cantik namun dia tak patut menerima segala buli di sekolah.

Comic | NCT √Where stories live. Discover now