Aryn menangis teresak esak apabila dia dan seorang lelaki yang tak dikenali di tangkap khalwat.
Ya allah, sesungguhnya hambamu ini tidak kuat hadapi semua ini. Aku tak nak kehilangan orang yang aku sayang.
Syed meraup wajahnya kasar. Habis semua kalau satu keluarganya tahu yang dia sudah ditangkap kerana tidur satu hotel bersama gadis yang tidak dikenali.
"SYED MUAZZAM BIN SYED SYAH!"jerit Tengku Hamidah dari jauh. Pasti dia dibebel panjang oleh nendanya.
"Kamu buat apa ini? Ya allah budak ini kata nak bertaubat tapi buat benda terkutuk ini lagi" nenda mengerling gadis yang daripada tadi menundukkan wajahnya.
"Nenda, percayalah Syed tak buat apa apa pun dengan perempuan ini. Entah entah perempuan ini yang rangkap Syed. Dasar perempuan sundal!"berangnya di pejabat JAIZ. Nenda menggelengkan kepalanya, perangai cucu tidak sama langsung dengan arwah ibubapanya.
"Sudah nenda tidak kesah kamu harus berkahwin juga"keputusan muktamad membuatkan Aryn menaikkan wajahnya. Dia melutut dihadapan Tengku Hamidah dan memeluk kaki wanita tua itu.
"Saya mohon sangat tengku jangan kahwinkan saya dengan cucu tengku. Saya takut ibu saya marah dan tak terima saya lagi"raungnya. Syed menarik tudung Aryn kebelakang.
"Kau inikan hipokrit! Kau yang perangkap aku selepas itu kau takut ibu kau marah pula. Pandai kau buat alasan. Memang perempuan zaman sekarang sanggup jual badan sendiri untuk dapatkan duit ke?"perlinya. Nenda menampar pipi cucunya. Tidak pernah ada lagi dalam keluarganya yang tidak hormat perempuan.
"Watch your mouth! Dah nenda tengah pening ini. Korang kahwin sekarang jugak. Nenda tak kira biarlah apa orang nak kata pun. Ha kamu jangan risau pasal ibu kamu nanti nanti saja kita bincangkan. Syed bawa dia ke rumah. Kita nikah esok saja"arah nenda dan meninggalkan mereka berdua. Syed sempat menjeling Aryn sebelum keluar daripada tempat itu.
Aduhh apa kau dah buat ini? Kau dah hancurkan keluarga orang
Aryn membontoti Syed dari belakang sampailah ke lot parking.
YOU ARE READING
Gadis Kampung Isteri Aku
ActionTak pernah dijangka oleh Syed bahawa dirinya dikahwinkan oleh gadis kampung yang paling dia benci dan jijik. Tapi semua berubah apabila gadis itu dapat mencuri hatinya.