Luqman yang terlihat Aryn sedang tidur di sofa tanpa selimut terus berlari naik ke bilik adiknya.
"SYED MUAZZAM BIN SYED SYAH! Kau bangun sekarang"terjahnya. Syed mengeliat kemudian menyambung tidur.
Luqman yang terasa mencabar terus menendang Syed sampai jatuh.
"Sakitlah bodo"berangnya. Luqman tersenyum sinis dan memeluk tubuhnya.
"Oh sakit? Kau tak fikir ke isteri kau kan ruang tamu tidur tanpa beralaskan apa apa?"sindirnya. Syed terdiam. Dia mencari kelibat Aryn, jadi memang betullah apa abangnya kata.
Syed berlalu ke ruang tamu tanpa menghiraukan Luqman, tudung Aryn ditarik.
"Hoi bangun! Bangun!"jeritnya sehinggalah menampakkan sedikit rambutnya.
"Kau pahal tidur luar? Kau nak attention? Meh sini aku bagi. Perempuan macam kau inikan memang bawa masalah saja"tengkingnya dan menarik Aryn menuju ke biliknya tapi dihalang oleh Luqman. Aryn menangis kerana tangannya direntap kasar oleh suaminya.
"Kau tak perlu layan dia macam ini. Kalau kau tak nak dia, kau lepaskan dia. Biar aku saja jaga dia. Kau ini bukan boleh diharap"berang Luqman. Syed memandang Aryn dengan perasaan geram manakala Aryn masih menangis, tapi tangisannya kali ini makin banyak air mata yang dikeluarkan.
Ya allah, aku tak nak berpisah dengan dia. Ye aku jujur walaupun aku baru kenal dia 3 hari aku sudah jatuh cinta dengannya. Apa yang aku perlu buat sekarang? Adakah aku patut gerak ke kampung untuk berjumpa ibu dan memberitahu akan hal ini.
"Kau abang aku. Sanggup kau nak rampas hak aku kan? Kau ini memang abang tak gunalah"Syed mula mengempalkan penumbuk dan naikkan ke atas tapi dihalang oleh Aryn.
"Syed please don't do this. Dia tak salah and Syed pun tak salah. Ye Aryn yang tergedik gedik tidur dekat luar. Saja nak mintak attention dari Luqman. Puas?"tipunya. Luqman dan Syed tersentak. Aryn menundukkan kepalanya.
"Baguslah kau jujur. Kau nak sangat Luqman inikan? Yelah aku kan tak 'bagi apa yang kau nak'"ujarnya penuh sinis. Luqman masih diam. Aryn mengelap air matanya. Dia sudah lali dengan tuduhan sebegitu.
"Ok Luqman aku dan Aryn akan bersama selama sebulan. Kalau dalam sebulan itu aku jatuh cinta dengan dia aku takkan ceraikan dia tapi aku rasa takkan jadi kot benda itu. Dah aku nak sambung tidur"sambung Syed dan terus naik ke atas. Aryn membetulkan tudungnya yang ternampak rambut sedikit manakala Luqman terus meninggalkannya dan terus masuk ke biliknya.
Aryn kau memang bawa balalah.
🍭🍭🍭🍭
Aryn menjemur kainnya yang baru saja dicuci olehnya tadi. Tiba tiba handphone samsung miliknya berbunyi.
Hello
Ini Cik Aryn ke?
Ye, kenapa. Ni siapa?
Puan Aisyah sudah meninggal dunia kerana terkena jangkitan kuman di peparunya. Jadi kami mahu cik menuntut mayat ibu cik.
Aryn terduduk, handphonennya jatuh di atas rumput. Air matanya mengalir deras.
"Ibu!!!!!!!!!!!" Aryn berlari ke dalam rumah untuk mengemas barang barangnya dan pulang ke kampung.
"Aryn nak ke mana ini?"soal nenda. Aryn masih diam, dia sibuk mengemas barangnya.
"Aryn??" Aryn mendongakkan kepalanya menghadap ke nenda. Dia berdiri lalu memeluk nenda.
"Ibu Aryn meninggal. Aryn ini anak derhaka! Tak tahu pun ibu sendiri ada penyakit"rintihnya. Nenda mengusap belakang badan menantunya.
"Shuuu. Tak baik cakap macam itu. Sudah pergi kejutkan Syed, gerak dengan dia ye" Aryn ragu ragu hendak memberitahu nenda masalahnya bersama suaminya.
"Tak apa Aryn pergi seorang diri"Aryn menggangkat begnya dan bawa ke bawah. Nenda hanya mengikutnya dari belakang saja.
"Eh Aryn nak ke mana?"soal Luqman. Aryn hanya senyap saja. Dia keluar untuk menyarungkan kasut ke kakinya.
"Nenda Aryn pergi dulu"Selepas dia menyarungkan kasut dia terus menyalam tangan nenda. Luqman disebelah langsung tidak dihiraukan.
"Aryn jom saya hantar"pujuk Luqman lagi tapi Aryn masih berdiam diri.
"Nenda cakap dekat Syed, Aryn mintak maaf dari rambut hingga hujung kaki. Aryn tak boleh jadi isteri yang terbaik untuk dia. Kalau dia nak mintak cerai bagitahu Aryn, Aryn nanti akan datang ke KL"ujar Aryn disertai tangisan. Luqman hanya mampu menghadiakan senyuman saja. Aryn mula berlalu pergi apabila teksi yang ditempahnya sudah datang.
YOU ARE READING
Gadis Kampung Isteri Aku
ActionTak pernah dijangka oleh Syed bahawa dirinya dikahwinkan oleh gadis kampung yang paling dia benci dan jijik. Tapi semua berubah apabila gadis itu dapat mencuri hatinya.