' e p i l o g '
6:58 AM / Monday
" Life becomes more meaningful when you realize the simple fact that you'll never get the same moment twice. "
-jihyo songBuku yang berwarna putih itu ditutup dan disimpan ke dalam laci berdekatan.Manakala camera polaroid miliknya yang berwarna putih itu diletakkan kembali ke dalam kotak peribadi miliknya.
Hmm...hujan dah reda sikit
Dia berjalan keluar daripada biliknya.Bilik dikunci rapat.Kunci pendua miliknya selalu tersimpan kemas dalam simpanannya.
Tapi,kunci itu hanyalah kunci pendua.Bukan yang original.Kunci itu ditempah khas dari kedai kunci berdekatan.
Hanya untuk langkah persediaan juga.Atau lebih tepat,untuk keselamatan dirinya.
Langkah diambil menuju ke bilik laundry.Kelengkapan suaminya masih lagi tidak disiapkan.
Ya.
Suami....suami tanpa paksa atau rela miliknya.
Bukan.Bukan miliknya.
Lelaki yang bergelarkan suami tetapi bukan miliknya.
Lelaki itu hanya milik Lalisa Manoban.
Dirinya juga tidak pasti dengan status Jeon dan Manoban.
Layanan Jungkook terhadap Manoban sama sahaja dengan wanita yang pernah dia minat.
Hanya minat.Tidak lebih tidak kurang.Mungkin tubuh lelaki itu tidak mempunyai sebarang tempat untuk meletakkan perkataan cinta.
Dan perkahwinan mereka hanyalah untuk menunaikan hajat mama kepada Jungkook Jeon.
Dan disebabkan rasa berhutang budinya terhadap ibu angkatnya,permintaan itu walau dirasa mustahil untuknya tunaikan terpaksa Jihyo Song tunaikan juga.
Kemeja berwarna hitam,seluar slack hitam,tali leher hitam diambil dari almari pakaian yang tersedia di bilik itu.
Hitam.Warna kegemaran Jungkook.Hampir kesemua barang peribadi Jungkook akan berkaitan dengan warna hitam.
Kot putih labuh diambil dari almari sebelah.
Setelah siap semua kelengkapan suaminya,Jihyo membawanya masuk ke dalam bilik tidur utama rumah banglo itu.
YOU ARE READING
; her tears
Fanfiction; jihyo song "pain starts when suffers come" ; jungkook jeon "i'm happy for nothing" ; namjoon kim "embrace yourself to empower yourself" ' Tears are words that need to be written ' a malay fanfiction