03

177 35 2
                                    

:

Pintu kereta tempat duduk belakang dibuka perlahan.

"Kita dah sampai Tuan Kim."katanya sambil membongkokkan badannya sedikit.

"Ah ye Hosoek terima kasih hantarkan saya."ucapnya kepada pemuda itu sambil keluar daripada kereta miliknya.

Tuan Kim membongkokkan juga badannya tanda berterima kasih kepada Hosoek.

"Nae Tuan Kim sama-sama."

Hosoek menutup pintu dibahagian penumpang.

Baru sahaja Tuan Kim Chil Doo melangkah beberapa tapak,dia berhenti kembali.

"Hosoek!Jangan lupa ambil Joon okay?"

Hosoek yang baru sahaja mahu memasuki berhenti daripada berbuat demikian.

"Nae Tuan Kim!"

Mendengarkan jawapan daripada anak muda itu membuatkan Chil Doo tersenyum.

Dia terus sahaja berlalu pergi memasuki hospital besar itu.

; Hosoek

Kereta mewah itu dibawanya laju menuju ke lapangan terbang antarabangsa Korea.

Siapa je tak happy bila kawan sejak kecilnya sudah pulang ke tanah air.

Keluarga Hosoek merupakan pembantu rumah di kediaman Chil Doo sejak Chil Doo masih muda.

Dan disebabkan bapa kepada Hosoek sudah meninggal,Hosoek menggantikan tempat bapanya.Iaitu menjadi driver kepada kawan appanya.

Kim Nam Joon.

Lelaki yang sejak dari mereka masih kecil,menjadi teman rapat antara satu sama lain.

Dan semua orang di dalam rumah itu sedia maklum bahawa Namjoon adalah anak angkat Chil Doo.

Chil Doo?

Dia tak berkahwin.

Kerana sehari sebelum perkahwinannya dengan tunangnya,mereka terlibat dalam kemalangan.

Dan pihak hospital tidak dapat selamatkan tunangnya.

Kematian tunangnya menjadi salah satu sebab wujudnya hospital itu.

Dan Namjoon adalah untuk mengisi kekosongan hidupnya.

Pertama kali dia melihat Namjoon ketika Namjoon masih kecil,dia jatuh cinta.

Jatuh kasih sayang dia sebagai seorang bapa kepada Namjoon.

Itu apa yang Hosoek tahu daripada Tuan Kim sendiri.

Dan dirinya bersyukur kerana keluarga Kim bukan seperti mereka yang lain.

Memandang pangkat dan kekayaan untuk terus hidup dalam dunia ini.

Sedang elok dia mengelamun,dia sudah sampai di lapangan terbang.

Baru sahaja dirinya mahu keluar tiba-tiba pintu di sebelah pemandu dibuka seseorang.

Dan itu membuatkan Hosoek terkejut.

"Jangan bergerak!",larang lelaki yang memakai serba hitam itu.

Ye.Suara yang dalam dan matang.

Lelaki...

Hosoek yang panik terus mengangkat kedua-dua belah tangannya apabila merasakan lelaki itu mengacukan sesuatu di kepalanya.

Bangg!!!

Hosoek yang happy go lucky tetapi penakut  mengalahkan perempuan pengsan apabila bunyi kuat terhasil.

Dan lelaki itu,terkejut apabila gurauannya telah membuatkan Hosoek pengsan.

"Yah!!Soek ni aku lah!!Namjooooon!Kim Nam Joon!",pekik Namjoon sambil itu digoncang kuat bahu Hosoek

Dan akibat Hosoek terkejut yang melampau,Namjoon terpaksa menunggu Hosoek sedar dan turut redho berbaring di kerusi sebelah driver.

; Jihyo

Dulang yang dipenuhi dengan 2 buah cawan ditatang penuh cermat.Diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu rumah itu.

"Aigoo Jihyo-ya,tak perlu pun semua ni.Aunty duduk sekejap je ni.",ucap Young Ok apabila melihat Jihyo membawa dua cawan kopi.

"Alah aunty takpe.Lagipun dah lama kita tak duduk-duduk berbual macam
ni.",Jihyo mengambil tempat di depan Young Ok.

"Seong Im macam mana?Dia meragam tak dengan aunty?",tanya Jihyo sambil meribakan Seong Im.

"Dia dah lama dengan aunty.Macam cucu aunty dah dia tu.Takkan dia nak meragam lagi."

"Jihyo tak tau la apa yang akan jadi nanti.Besarkan dia tanpa kasih sayang seorang ayah."

Suasana tiba-tiba senyap.

"Kamu masih tak beritahu Jungkook?"

Jihyo hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.

"Jihyo percaya,akan ada satu masa yang akan perbetulkan semua ni."

"Jihyo,semua tak akan jadi kalau kamu tak uasaha sekarang juga."

"Jihyo....hanya serah pada takdir je.Apa nak jadi,jadi lah.Asalkan Seong Im ada dengan Jihyo.Jihyo okay."

"Takdir boleh diubah Jihyo.Semua yang dah berlaku,datang dari diri kita sendiri.Kita yang buat keputusan.Dan keputusan itulah yang akan menentukan takdir kita.",Young Ok hanya mengeluh melihat Jihyo.

Sudah banyak kali dia menasihat Jihyo.

Suruh diminta cerai,tak nak.Katanya dia memegang janji mama Jungkook untuk bernikah dengan Jungkook serta menjaga Jungkook.

"Takpe aunty,pandai-pandai lah Jihyo handle masalah Jihyo.",Jihyo cuba untuk menyakinkan Young Ok.

"Hmm..takpe lah kalau macam tu.Jihyo kalau nak aunty tolong apa-apa,bagitau ye?Jangan nak sorok apa-apa dari aunty.Aunty balik dulu."

Jihyo menghantar Young Ok di muka pintu rumahnya.

"Seong Im-ya,aunty dah merajuk dengan omma.Ottoeke?"

Seong Im yang melihat Jihyo membuat mimik muka sedih hanya tersenyum.

Hm tahu lah Jihyo bahawa Young Ok berjauh hati dengannya.

Buktinya?

Air kopi yang dihidangnya tidak tersentuh langsung oleh Young Ok.Tidak seperti hari lain.

Jihyo menutup pintu rumah banglo itu.

"Seong Im,baring dulu ye?Omma nak kemas sikit."

Jihyo meletakkan Seong Im di atas sofa.Bantal kusyen diletakkan di tepi Seong Im untuk mengelakkan dia jatuh.

Dulang yang berisi cawan diangkat dan diletakkan di dalam sinki.

Satu persatu dia membasuh perkakas dapur itu.

Kalau la aku tak merungut dan degil hari tu,aku rasa sekarang....mungkin aku dan dia dah bahagia dengan mama.

Dan mungkin juga,ada Jeon junior...

.
.
.
.
.
tae vcorntaenue😴

; her tearsWhere stories live. Discover now