part 18

72 4 2
                                    

Sepasang baju melayu hijau pucuk pisang terlipat kemas di dalam kotak hadiah pemberian Aireen. Sekeping kad yang tertulis nama Ayy dibuka perlahan. Dua lembar kertas terselit di dalamnya. Helaian pertama adalah puisi yang pernah Ayy hadiahkan buat Aireen sewaktu ulangtahun kelahirannya suatu waktu dahulu.

I Love You 😘😘

Terima kasih segalanya

Jangan pernah jelak memandu diriku

Jangan pernah abaikanku

Jangan pernah persiakanku

Jangan pernah melangkah tanpaku

Jangan pernah berlari tanpaku

Sesungguhnya aku insan kerdil di dalam alam

Aku ibarat sebutir pasir ditengah lautan kehidupan

Aku ibarat seurat benang di dalam helaian sutera

Aku ibarat setitik nira dalam sebuah takungan

Aku perlukan pendamping

Aku perlukan peneman

Aku perlukan pembimbing

Dan kaulah penerang jalan-jalanku

Penerang kegelapan malam

Pemimpin dikala terang.

Dari seorang Ayy untuk Aireen.

4.30 pm

Ayy menahan sebak yang mencengkam. Bait - bait ayat yang pernah dihasilkan khas untuk Aireen bagai menikam hati.

Seolah - olah dia yang bersalah mengabaikan Aireen selama ini. Membiarkan Aireen sendirian menghadapi seluruh sisa kehidupan.

Perlahan jemarinya membuka helaian kedua. Ternyata sebuah puisi dari Aireen untuk dirinya.Deras airmata mengalir membasahi pipi. Hilang sudah ego seorang lelaki. Mujur Husna sangat memahami situasinya disaat ini. Sengaja Husna membiarkan Ayy bersendirian didalam kamar bila Ayy menyatakan keinginan untuk membuka hadiah terakhir Aireen.

Ayy,

Terima kasih atas kehadiran

Di dalam langit yang penuh warna

Andai suatu masa

Hilang aku darimu

simpan semua kenangan

yang pernah bertamu

Biarlah masa menginjak pergi

namun segalanya

senyum dan tawa

rajuk dan duka

tetap terlipat kemas

dalam nurani paling dalam

Terima kasih

menjadi pelangi malam

mewarna segenap lapisan rasa

hingga tak kusedar

bila mendung menyapa

Terima kasih sudi berkongsi

secangkir senyuman

yang tak ternilai harganya

Dari seorang Aireen untuk Ayy.

Jangan pernah lupakan aku biar kelam aku menjadi bayangan...

Ayy mendakap erat hadiah
pemberian Aireen. Terasa Aireen berada dekat disisinya. Mana mungkin Ayy melupakan Aireen setelah sekian lama mereka bersama.

Aireen hilang dari pandangan mata namun akan tetap kekal berada dihati. Damailah Reen kau disana. Akan ku kirimkan fatihah setiap hari agar kau tenang.

Maafkan aku Reen atas semua kesilapan dan kedangkalan aku selama ini. Maafkan aku kerana gagal memahami niat tulus kau yang begitu menginginkan aku bahagia.

Aku akan membahagiakan Husna semampuku kerana itu amanat terakhir dari Aireen. Ayy usap airmata yang berbaki. Hidup perlu diteruskan. Ayy melangkah masuk ke kamar mandi untuk mengangkat wuduk.

Sebentar kemudian bergema alunan surah yassin yang terlantun hiba. Hadiah yang tidak akan pernah berakhir buat Aireen.

Tamat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now