part 15

45 5 0
                                    

" Reen, siapa Zachery ? Kenapa selama ni kau rahsiakan dia dari aku ? Kenapa kau asyik mengelak bila aku ajak kau keluar ? Kenapa tergamak kau buang aku Reen ?" lirih suara Ayy. Bertalu-talu soalan dihamburkan.

Aireen pejamkan mata. Sebuah keluhan berat terluncur keluar.
Aku tak pernah buang kau Ayy. Kau sentiasa ada dalam hati aku yang paling dalam. Namun sayang jawapan itu hanya berbisik di dalam hati Aireen.

" Maaf Ayy.Bukan aku mengelak dari jumpa kau. Aku  betul- betul sibuk sekarang ni" Aireen cuba berdalih.

" Sibuk dengan kerja ke sibuk dengan Zachery ?" keras suara Ayy. Entah kenapa bila teringatkan Zachery panas sungguh hatinya.

" Jangan libatkan dia dalam hal kita boleh tak Ayy. Lagipun aku tak mahu ganggu kau. Kaukan sibuk nak uruskan majlis pernikahan kau dengan Husna."

" Kenapa  aku tak boleh libatkan Zachery ? Semenjak dia ada kau lupakan aku. Kau sedar tak tu Reen ?"

" Ayy, kau dah ada Husna. Kau kena tumpukan perhatian kau untuk dia. Setakat hilang aku dari hidup kau bukan masalah besar buat kau kan Ayy "

Ayy pandang Aireen dengan hati yang sakit. Sakit bergaul dengan pedih. Kau tak pernah tahu apa yang ada dalam hati aku Aireen. Muka aku ni je yang sentiasa mempamer senyum sedang hati hanya aku yang tahu.

" Aku rasa tak ada apa-apa lagi yang perlu kita bincangkan malam ni. Apa- apa pun aku nak jadi orang pertama untuk ucapkan tahniah sempena pernikahan kau nanti. Aku doakan agar bahagia milik kau dan Husna selamanya "

Aireen berpaling dan mulai mengatur langkah meninggalkan Ayy. Tanpa sedar Ayy paut bahu Aireen dan segera ditepis oleh Aireen. Pantang baginya disentuh sesuka hati.

" Maaf Reen. Aku tak sengaja "

" Baliklah Ayy. Dah malam ni "

Aireen terus mengatur langkah tanpa mempedulikan Ayy lagi. Hatinya sudah kebasahan. Lebih lama berdepan dengan Ayy bimbang semakin banyak rahsia hatinya terbongkar.

" Reen ." terdengar suara Ayy menjerit memanggil nama Aireen. Langkah Aireen mati seketika.

" Aku mohon. Tinggalkan Zachery. Aku akan tinggalkan Husna. Aku nak kita macam dulu Reen ."

" Balik Ayy. Jangan buat kerja gila. Banyak harapan terletak di dalam genggaman kau dan Husna. Tergamak ke kau melukakan hati mak kau Ayy ?"

Setitis airmata akhirnya gugur juga. Aireen terus menghilang meninggalkan Ayy sendirian.
Lemah seluruh badan Ayy. Perlahan dia jatuh terpunduk di atas rumput yang menghijau.

Dia ingin menjerit sekuat hatinya. Mulai malam ini dia telah pun kehilangan Aireen.
Dalam menahan sakit dijiwa yang kian menggila Ayy atur langkah meninggalkan rumah Abang Fuad.

Kalau benar Aireen memang menginginkan dia bersama Husna Ayy akan lakukan. Dia akan buktikan kepada Aireen bahawa dia mampu membina sebuah kehidupan tanpa Aireen disisinya.

Aireen..terima kasih atas segalanya. Terima kasih atas kenangan kita. Terima kasih buang aku dari hidup kau..

Terima kasih Aireen !

Dia...Limited EditionWhere stories live. Discover now